Isnin, 7 Mei 2018

lebuh raya timur barat

Lebuh raya timur barat telah mula dibina pada tahun 1967 dan dibuka kapada umum pada tahun 1982.Kelambatan perbinaan nya disebabkan oleh ganguan oleh pihak komunis yang sentiasa mengangu kerja2 pembinaan.Dikatakan pembinaan lebuh raya timur barat sentiasa dikawal oleh pihak angkatan tentera malaysia,Salah satu tujuan perbinaan lebuh raya yang menghubungkan antara kelantan dan perak ini ialah untuk mengekang kegiatan penganas komunis.Ditengah2 antara perbinaan lebuh raya ni banyak terjadi kisah yang melibatkan pihak komunis.Tertulis dipapan tanda tugu peringatan lebuh raya timur barat,ada berpuloh2  letupan oleh pihak komunis keatas jentera untuk buat lebuh raya dan ada sekurang2nya kematian yg melibatkan pegawai yg bertugas dengan cara serang hendap oleh pihak penganas.


Aku mula2 mengunakan lebuh raya ni pada 25 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1993,setelah 10 tahun dibuka kepada umum (cap ayam betul aku ni,lmbt sgt pergi).Aku memang lambat untuk tenguk(guna) lebuh raya ni,mungkin kerana tak mampu untuk pergi,mungkin juga tak ada kepentingan.Aku mengunakan lebuh raya ini hanya kerana mengikut rombongan kenduri kawin di baling kedah pada tahun 1993,Seorang kawan aku telah bertemu jodoh dengan seorang awek dari baling,dikesempatan itu aku telah mengikuti rombongan ini dan laluan yg digunakan ialah laluan lebuh raya timur barat,Dari terengganu  ke baling lebih kurang 400km.Sejak itu aku selalu mengunakan lebuh raya timur barat kerana mengunjungi kawan aku dan atas sebab menghantar anak kenalan untuk belajar diuniversiti di negeri2 sebelah utara.Selain itu untuk pergi makan angin kepulau pinang dan perlis.Sejak 5 tahun yg lalu aku kerap mengunakan lebuh raya timur barat kerana mengikut team motocross untuk race dinegeri2 sebelah utara.Agak lambat aku buat catitan ni.
Jalan yang bertampal,dalam video ni memang kelihatan ok jer jalan nya tp dlm keadaan sebenar memang bergegar kederaan yg dipandu,pemanduan yg selamat dlm 80km jer,tp ada jgk yg pandu mcm peluru dia punya laju..

Kalau tenguk digoogle map,lebuh raya timur barat bermula disimpang pasir putih tapi ada yg kata bermula dibatu melintang jeli.kapada aku lebuh raya timur barat bermula dari batu melintang jeli,kelantan.Ikuti catitan aku yg bermula dari batu melintang jeli sehingga ke grik perak.

Boleh dikatakan lebuh raya timur barat mempunyai empat bahagian,empat bahagian tu aku reka sendiri,Empat bahagian yg aku maksudkan ialah
1) batu melintang hingga ke sempadan kelantan-perak.
2) Sempadan kelantan perak hingga hentian titiwangsa.
3) Hentian titi wangsa hingga tasik banding
4) Tasik banding hingga Grik perak atau last lebuh raya timur barat.
Hentian Titiwangsa

1)Dari batu melintang laluan nya menaik sehingga ke sempadan perak,Binaan jalan nya memang kurang memuaskan,Bertepek2 ditampal,macam taik lembu tampalan nya :) walau mcm mana pun dilaluan ini boleh dikatakan agak memuaskan ada garisan jalan nya tapi tak menempati sebagai jalan lebuh raya..Diperingkat ni kita akan terjumpa kawasan air panas,kepanasan nya aku pun tak tahu,sekadar baca ditanda jalan sahaja,selain itu akan terjumpa  dgn RR batu 13. RR ni sangat terpencil dan dan menyeramkan,ada yang cakap RR ni berhantu tapi hantu yg dijumpai merupakan hantu yang alim kerana mereka memakai jubah,hahahaha. Selain itu kita akan terjumpa kawasan empangan pergau,empangan pergau yang aku maksudkan tidak lah nampak selaut airnya tetapi sekadar dlm pengetahuan saja.Hendak lah sentiasa berjaga2 melalui kawasan ini kerana sering terjumpa gajah yg melintas jalan,lagi membahaya kalau jalan berkabus tebal.Pada agakan aku nak sampai ke sempadan perak dlm 25km lebih kurang,selepas ni semua jarak kilo meter nya main agak2 je,aku mmg buat catitan tentang jarak tapi terdelete dlm memory phone.
Apabila jalan berkabus,masa ni suhu nya rendah,tak payah buka aircond,Perhatikan laluan nya,bertepek2,mcm tak ada kerajaan je,Cap ayam sungguhhh,Walau macam mana pun dgn ada laluan ni dapat menghubungkan antara kelantan dan perak,Bukan nak kutuk sangat pun cuma tak padan dengan cakap menteri2,Berdegar2,benda tak macam mana pun,huhuhu

2) Masuk sahaja kenegeri perak kita akan dihidangkan dgn laluan yg lansung tak menempati standard lebuh raya,laluan yg berkedut2,maknanya kalau kereta yg dipandu tu buruk akan bergegarlah diseluruh body,ditambah lagi dgn garisan jalan nya tak ada termasuk kiri kanan dan garisan tengah.bukan tak ada lansung tapi dah benar2 lusuh,kiri kanan jalan plk penuh dgn semak samun,bkn semak samun semua tapi memang semak samun..(cap ayam punya pengurusan) Mungkin masa aku lalu belum lagi masa untuk digunting rerambut semaknya.Kali pertama aku lalu lebuh raya timur barat pada tahun 1993,aku rasa turapannya serupa sahaja,tak berubah lansung.Kalau diturap pun sekadar2 sahaja,(pemimpin kata negara kaya sangat,nak baiki jalan pun berkira)Terhenyut disini dan terhenyut disana.Perjalanan menjadi sangat membahaya kalau hari hujan,dengan hujan yg turun menyebabkan tempat tersebut akan berkabus tebal,lebih bahaya lagi kalau memandu diwaktu malam.Kawasan ini jgk merupakan tempat gajah2 melintas.Lebih kurang 16km dari sempadan kelantan perak akan sampai kehentian titiwangsa,Biasa nya penguna lebuh raya timur barat akan berhenti sekejap dihentian titiwangsa atas sebab2 nak berehat dan ramai yang nak rasa sejuk nya hentian ni,dikatakan hentian ni yg paling tinggi dimalaysia dan juga yang paling sejuk,suhu nya boleh turun sehingga 14 darjah celsius dimasa2 tertentu.Hentian titiwangsa merupakan hentian yg tak dijaga dengan baik terutama dikawasan hentian nya,Telah lama tak berturap baru,maksudnya cap ayam jugak..:) :)
Jambatan pulau banding

3) Meneruskan perjalanan kita dihidangkan dgn laluan yg agak bagus,laluan seperti mula2 masuk lebuh raya tapi jalan nya dah banyak yg menurun,hentian titiwangsa merupakan kemuncak lebuh raya timur barat.Garisan jalan nya boleh dikatakan baik tetapi banyak juga tempat yg lusuh garisan nya,ada tempat yg nampak ada tempat yg tak nampak.Dari hentian titi wangsa hingga tasik temenggur lebih kurang 30 km.Ditengah2 tasik temenggur mempunyai sebuah pulau yg panjang nya dalam 4 km dan lebarnya lebih kurang 1 km dan dinamakan sebagai pulau banding.Dua buah jambatan telah dibina untuk menghubungkan keseberang,(Tasik temenggur terjadi disebabkan oleh pembinaan empangan temenggur disebelah hilir sungai perak ni.maka terjadi lah tasik temenggur.) Dipulau banding merupakan pintu masuk untuk berekrasi ditasik temenggur dan juga merupakan pintu masuk untuk ke hutan belum yg termashyur tu.Dipulau banding juga mempunyai bermacam2 kemudahan termasuk dengan pam minyak,maksudnya pulau banding macam pekan kecik jugak. pada tahun 1993 dulu ada stesen minyak tp sekarang ni aku tak pasti plk,sbb aku tak pernah isi minyak kat pulau banding melainkan pada tahun 1993,lagi pun aku tak pernah berhenti dipulau banding.
   (Empangan temenggor adalah empangan hidroelektrik utama digerik,perak,yg dibina dihulu sungai perak.Ia terletak diseberang sungai perak kira2 200km ke timur laut Ipoh.Empangan ini dibina di bekas negeri melayu yang dikenali sebagai negeri Reman,yang diserahkan oleh british dan Thailand ke negeri perak menerusi perjanjian 1909.Binaan ini telah menghasilkan sebuah tasik yang sangat besar yg dikenali sebagai tasik temenggor.Pulau yg ditengah2 tasik temenggor dikenali sebagai pulau banding.Diyakini menjadi tasik yang menengelam kan sebuah empayar melayu purba yg dibina sejak beribu tahun yang lalu.Pembinaan nya bermula pada tahun 1967 dan siap pada tahun 1972.Kos pembinaan nya ialah Rm 352 juta.Operasi bermula pada tahun 1975 dan dirasmikan oleh YM Sultan Idris Shah 2 iaitu sultan negeri Perak..) 
Macam ada rahsia besar ditasik temenggor ni.Macam ada terbina tamadun yang besar2 seperti tamadun mesopotamia mungkin tamaddun macam dilembah indus,Mana lah tau..huhuhu

Sejarah negeri Reman
(Sejarah Kesultanan Reman bermula pada tahun 1810 apabila Tuan Tok Nik Tok Leh, kerabat diraja Patani melakukan pemberontakan bagi memperoleh kemerdekaan wilayah Reman dari Patani. Reman dari sejarahnya adalah sebahagian dari negeri Patani (sekarang dalam Thailand). Perang antara Reman dan Patani telah melemahkan kedua-dua belah pihak. Kerajaan Siam melihat konflik ini memberi peluang kepadanya untuk meluaskan kuasa ke selatan, dan selepas itu Patani dan Reman jatuh di bawah kekuasaan Siam.

Pepatah dasar pecah dan perintah (divide et impera atau divide ut regnes) yang diamalkan pada zaman Rom dan pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, juga diamalkan oleh Siam selepas beberapa pemberontakan oleh orang Melayu di Patani.)

Tasik temenggur
4) Setelah melepasi dua jambatan ditasik temenggur laluan nya mula menaik dalam 10km setelah itu laluannya mula menurun sehingga lah sampai kekampung yang pertama didaerah grik,perak.Kampung pertama yang dijumpai dalam 20km dari tasik temeggor.Boleh dikatakan jalan nya baik sedikit seperti laluan yg melepasi hentian titiwangsa.Disini ada hentian yg seperti telah ditinggalkan,takut nak singgah,mcm ada hantu je dan  segala bapak jin kat sini,hentian ni terletak disebelah kanan jalan menghala ke grik,Nma hentian ni sebagai hentian sungai lebey.

Ditengah2 laluan ni ada tanah runtuh sejak september tahun 2017,Sehingga bulan Mei 2018 runtuhan nya belum menampakan lagi untuk siap walau pun kerja2 pembaikan sedang giat dijalankan,Kawalan lalu lintas dibuat 24 jam sehari.Kalau tempat yg nak dibaiki bukan tempat sibuk tak jadi masalah untuk disiapkan dalam masa yg pendek.Disini juga didapati gajah2 liar sering melintas..Jarak antara tasik temenggor ke bandar grik lebih kurang 40km..

Memendu dilebuh raya timur barat memerlukan kesabaran yang tinggi kerana keadaan jalan nya yg kurang baik,ditambah lagi dengan kederaan yang besar seperti bas dan lori yg sentiasa merayap,Lambat sangat,Tak boleh memotong sebarangan nanti terjerumus kedalam gaung.Boleh memotong tempat yg dibenarkan saja.SEKIAN

Ahad, 6 Mei 2018

tugu peringatan lebuh raya timur barat

Lebuh raya timur barat telah mula dibina pada tahun 1967 dan dibuka kapada umum pada tahun 1982.Kelambatan perbinaan nya disebabkan oleh ganguan oleh pihak komunis yang sentiasa mengangu kerja2 pembinaan.Dikatakan pembinaan lebuh raya timur barat sentiasa dikawal oleh pihak angkatan tentera malaysia,Salah satu tujuan perbinaan lebuh raya yang menghubungkan antara kelantan dan perak ini ialah untuk mengekang kegiatan penganas komunis.Ditengah2 antara perbinaan lebuh raya ni banyak terjadi kisah yang melibatkan pihak komunis.Tertulis dipapan tanda tugu peringatan lebuh raya timur barat,ada berpuloh2  letupan oleh pihak komunis keatas peralatan untuk buat lebuh raya dan ada sekurang2nya kematian yg melibatkan pegawai yg bertugas dengan cara serang hendap oleh pihak penganas.

Itu lah serba sedikit tujuan pembinaan lebuh raya ini dan memang telah dapat dihentikan kegiatan ganas oleh komunis sehingga kini.Selain itu tujuan perbinaan nya juga ialah untuk menhubungkan pantai timur dan pantai barat semenanjung malaysia.Bayangkan kalau lebuh raya ni tak dibina,orang kota bharu kelantan yg ingin ke perlis memerlukan ribuan kilo meter untuk sampai ke Perlis,dengan adanya lebuh raya ini perjalanan dapat di pendekan sehingga beberatus kilo meter sahaja.

Tugu peringatan ni ada di-dua tempat iaitu permulaan lebuh raya dikelantan dan akhir lebuh raya di perak atau pun sebaliknya.Gambar tugu peringatan ni ialah disebelah negeri perak.

Aku kesini pada 1-5-2018 kerana balik dari baling kedah ke terengganu,aku sempat singgah di batu peringatan ini pada pukul 6.00 petang pada hari tersebut,Sayang tempat ni seperti tak terjaga,kawasan yg kotor disebabkan ada pengunjung yg buang sampah merata2,Ada bahagian yg telah pecah,Harap pihak berwajib buat sesuatu supaya kawasan ni bersih..Tugu ini penting jgk kerana menjadi peringatan kapada mereka yg susah payah membina lebuh raya timur barat selama 16 thn sehingga dibuka kapada umum..