Khamis, 27 Disember 2018

Tasik Chini

Tulisan aku ni jangan ambik peduli sgt,aku menulis hanya yg terpikir je,bkn bermaksud nak kondem atau merendah2 tempat ni.penulisan dgn gaya aku,jangan kecik hati...sekian.

Tasik chini popular kerana cerita karut nya,tasik chini juga dikenali sbb tasik itu sendiri,kerana tasik chini merupakan tasik semulajadi yg kedua terbesar di malaysia dan tasik semulajadi yg terbesar ialah tasik bera,luas tasik chini ialah 50km persegi sementara luas tasik bera ialah 60km persegi.Dengan cerita yg karut marut lah  tasik chini dikenali dan menjadi masyhur.Cerita karut tasik chini ialah tentang naga nya.Naga tasik chini tak dapat dibuktikan akan keujudan nya,cerita naga dibawa dari mulut ke mulut sejak zaman dahulu oleh org asli yg mendiami berdekatan tasik chini,jadi naga tasik chini akan dimainkan utk menarik pengunjung.Bagi aku tasik chini tak payah ada cerita naga nya kerana tasik chini itu sendiri dah cukup kuat utk menarik pengunjung utk datang.Dari segi lojik nya kalau benar2 naga tu ada sbb apa kah naga tersebut tak muncul menampakan diri nya,masa kan naga yg perlu oksijan utk bernafas hanya berendam dlm tasik,citer karut lain yg aku dgr ialah tentang ular besar yg dijumpai,dikatakan besar ular tersebut ialah sebesar tong drum.Dari segi lojiknya ular sebesar tong drum mmg tak ada,malah rekod dunia ular besar pun mmg tak ada yg sebesar drum.Aku boleh percaya tentang cerita2 mcm ni hanya permainan iblis dan jin sbb makhluk tu berupaya menampakan diri dgn cara2 yg mcm tu.Hanya orang2 tertentu sahaja yg boleh nampak dgn sbb2 yg tertentu.Iblis tugas nya untuk menyesatkan manusia.Dengan lebih mudah naga tasik chini ialah cerita dialam lain atau alam ghaib bkn alam yg ada.


Aku ketasik chini pada 20-12-2018,pertama kali aku sampai ketasik ni,Untuk merasai denyut nadi tasik chini, Pengunjung mesti pergi jauh kedalam nya untuk beberapa malam,dari situ akan dapat rasa apa yang sebenarnya tasik china,klu sekadar pergi ke jeti dan tenguk2 mmg tak akan beri kepuasan kpd pengunjung.Tp aku sendiri hanya pergi ke jeti,ambik2 gambar,tenguk2,bercakap2 dgn org kat situ dan terus balik,aku ambik masa disitu dlm 2 jam.Bagi aku tasik chini bukan lah sesuatu yg pelik sgt kerana kejadian satu2 perkara itu mempunyai alasan yg tersendiri,mcm tasik chini terjadi mungkin disebabkan oleh tanah lendut jadi air akam terkumpul maka terjadi lh sebuah tasik,Mungkin juga level tasik chini sama dgn sungai pahang dan aliran kluar air terlalu lambat menyebabkan terbentuk nya tasik lagi pun sekeliling kawasan tersebut dikelilingi bukit bukau,Tentang flora dan fauna plk yg dikatakan berusia beribu2 tahun tu plk bkn lah pelik sgt kerana ditempat aku pun banyak jgk flora dan fauna yg berusia beribu2 tahun jadi apa yg pelik,last2 tunjuk pokok periuk kera,apa yg pelik periuk kera,tempat aku berlambak periuk kera tak ada pelik pun,hahaha.
Kemusnahan tasik chini
Sebelum aku ke tasik chini aku telah google tempat ni,Yg aku jumpa ialah keadaan sekeliling tasik chini seperti telah digunakan untuk pertanian atau kawasan nya telah ditarah dgn teruk,dgn terjadi yg demikian akan.menyebabkan tasik akan terkambus dgn sendirinya,Aku telah diberi faham bahawa kawasan tasik telah diwartakan sebagai kawasan yg dilindungi tetapi nampak mcm lansung tak dilindungi,Mungkin akan ada sesuatu tindakan susulan utk melindungi tasik ini dari musnah.peta google map kat atas menunjukan kawasan sekitar tasik yg telah dimusnahkan.kelihatan juga kawasan disebelah barat tasik seperti tak diusik,lebar nya pun hanya dlm 3km je..tempat2 lain telah habis musnah.

Kemudahan yg ada ditasik chini boleh dikatakan yg terbaik,semua ada seperti jeti untuk memerhati kawasan tasik,surau,tandas,wakaf2 untuk berehat,kedai makan,kemudahan bot.Kawasan yg sentiasa bersih dan kawasan yg redup dipayungi oleh pokok2 yg besar.
Perjalanan aku ketasik chini:
Aku dari kuala berang terengganu,bertolak dlm kul 9.00 pagi.Laluan yg diambik tentu lah lebuhraya pantai timur dari ajil hingga susur kluar gambang,Dilebuh raya gambang segamat aku ambik  simpang yg melepasi jambatan sg pahang iaitu dikampung paloh hinai iaitu kekanan,dari situ mungkin dlm 10 km .dan ambik plk kekiri dlm 6km kut,selepas itu aku melalui jalan yg sgt sempit tp laluan tu mmg kearah tasik chini berdasar google map yg aku on sentiasa.Laluan sempit tu rupa2nya tembus jgk dilaluan sebenar untuk ketasik chini,sampai ke jeti tasik chini lebih kurang pukul 12.00 tgh hari,aku berada disitu lebih kurang 2 jam dan aku kluar dari kawasan tasik pada pukul 2.00 ptg lebih kurang..SEKIAN CERITA AKU.








Rabu, 26 Disember 2018

Hentian keratong

Hentian keratong merupakan hentian terakhir dilebuhraya gambang-segamat.Hentian ini mempunyai kawasan parking yg luas,cuma kawasan nya tak ditar seperti hentian yg lain,hentian ini dikendalikan oleh risda berdasarkan kpd nama yg terpampang dipapan tanda.Kedai2 dihentian ini berniaga makanan ringan dan makanan yg perlu kpd pemandu yg mengunakan lebuhraya gambang-segamat.Mempunyai tandas dan surau yg selesa tp tak ada tempat berehat seperti wakaf2.Bandar yg paling dekat dgn hentian ini ialah bandar Tun Razak yg hanya beberapa km sahaja jauh nya.Boleh dikatakan hentian ini sebagai hentian kecik kerana hentian ini tak ada pam minyak petrol,penguna yg kehabisan minyak mungkin boleh ke bandar tun razak.Kesimpulan nya hentian keratong menjanjikan kehendak yg paling perlu dimasa penguna mengunakan lebuh raya gambang segamat...sekian

Semua gambar pada 21-12-2018..
landskap nya ada pokok tirus.Kawasan parking seperti nak di turap

kawasan parking yg luas

Tugu batu ni aku tak tau apa maksud nya

seperti pokok tirus

Lori balak memang sentiasa ada di hentian ni

Ramai yg singgah dihentian ni ialah pemandu lori dan pemandu lori balak,Memang tak ada lansung bas persiaran atau bas biasa yg singgah,mungkin hentian ni tak dapat memenuhi pemintaan yg ramai untuk satu2 masa

Selasa, 25 Disember 2018

Kawasan perkelahan gunung ledang

Bila sebut gunung ledang mesti kita akan teringat puteri gunung ledang dan peristiwa peminangan puteri gunung ledang oleh tun mamat.Peristiwa perminangan ini terjadi dah beratus2 tahun yg lalu ketika kerajaan melaka hampir kepenghujung nya.Walau mcm mana pun perminangan oleh tun mamat untuk raja nya telah ditolak mentah2 oleh puteri gunung ledang,Penolakan peminangan beralasan dgn pemintaan puteri gunung ledang yg lansung tak menesabah,permintaan yg mesti disediakan ialah:
Gambar gunung ledang dari jauh,gmbr dari google

1) sebuah jambatan emas dari gunung ledang ke melaka
2) Sebuah jambatan perak dari gunung ledang ke melaka
3) Tujuh dulang hati nyamuk
4) Tujuh dulang hati kuman
5) Tujuh tempayan air mata anak dara
6) Tujuh tempayan air pinang muda
7) Semangkuk darah sultan ahmad.
kolamputeri

Sultan tak dapat memenuhi hanya satu permintaan saja iaitu semangkuk darah sultan ahmad,Pada fikiran aku sultan ni ckp besar je,konon nya tak mampu hanya darah sultan ahmad,permintaan yg lain semua sultan tu sanggup,Dari segi lojiknya mana mungkin nak sediakan hati kuman,kuman tu sendiri dah tak nmpk,mcmana nak belah kuman untuk ambik hati nya,sedulang plk tu,Jambatan emas dan jambtan perak,lansung tak lojik,Bayangkan jambatan tu sejauh 40km dan mcm jambatan pulau pinang,sebelah perak yg sebelah lagi logam emas,Mampus keras emas tu tak boleh nak cari,lombong nya kat mana,negeri banyak emasnya kat mana?Mungkin jgk ada yang cakap semua permintaan yg pelik2 tu dapat sultan hadirkan kerana teknologi sgt tinggi dimasa tu,Kalau lah teknologi sgt tinggi dimasa tu yg menyamai zaman2 tamadun sumeria masakan darah sultan ahmad,sultan tak boleh hadirkan,Tak kan dimasa itu tak ada teknologi yg hebat untuk ambik darah sultan ahmad,Dimasa sekarang permintaan darah sultan ahmad tak jadi masalah lansung,pegi ke spital,cocok ambik darah,jangan kan semangkuk,dua mangkuk pun boleh.Atas sebab2 yg diatas lah aku mengangap sultan hanya cakap besar..Walau mcmana pun permintaan itu hanya lah tafsir ibarat saja,puteri nak bagi tau tentang hati sultan itu sendiri kerana sultan diketika itu seorang yg memerintah berpandukan kpd nafsu sahaja,oleh sbb itu lah puteri telah berkias.Mungkin jgk sultan faham apa yg puteri dimaksudkan.
Air terjun gunung ledang

Aku ke tempat berkelah air terjun gunung ledang dlm siri perjalanan aku dari terenganu kepahang,johor,melaka dan sedikit ke negeri sembilan,banyak tempat aku ronda2 dijohor dan makan2 dibanyak tempat,seperti makan soto diwarung dibukit gambir,makan roti canai dibandar pagoh,makan sup di bandar muar,menikmati keindahan negeri2 yg aku pergi,singgah dan berkenalan dgn penduduk nya yg ramah,
Kolam yg paling bawah

Dan salah satu tempat yg aku pergi ialah kawasan perkelahan gunung ledang,Sampai kat kawasan perkelahan pada pukul 10.00 pagi hari jumaat 211218.Dengan sedikit bayaran untuk parking kereta dan tiket,Kawasan perkelahan gunung ledang boleh dikatakan terbahagi kpd tiga bahagian,Yang pertama tempat letak kereta,Yang kedua kawasan Chalet dan yang ke tiga kawasan air terjun.Untuk parking dikenakan bayaran sebanyak 5.20 untuk sebuah kereta dan tiga org pengunjung,Kawasan parking yg luas,teduh dan selesa,Pengunjung yg menyewa chalet boleh bawa kederaan terus ke kawasan ini tanpa meninggalkan kederaan dikawasan parking luar,Harga sewa chalet aku tak tau,klu nak tau pergi lah tanya sendiri,keh keh keh keh.

Air terjun gunung ledang terletak jauh keatas,Tempat tu dinamakan kolam puteri,jauhmya lebih kurang 300 meter dari tempat mandi manda dikawasan bawah,Kolam puteri agak luas dan sesuai benar untuk mandi manda,kebawah sedikit dari kolam puteri ialah air terjun gunung ledang yg agak tinggi.Laluan untuk kesini sangat selesa,track dibuat mengunakan simen yg bertangga2 dan sangat mudah dilalui.Boleh dikatakan air terjun gunung ledang agak jernih tetapi kawasan perkelahan agak tak terjaga,mungkin masa yg aku pergi tak kena masa,mungkin juga dimasa itu pekerja tak ada,laluan tak bersapu.Aku sebenar nya bersantai2 sahaja untuk kenal kawasan perkelahan gunung ledang,tak ada niat lansung untuk mendaki hingga puncak.Dikatakan untuk terus kepuncak memerlukan juru pandu yg dikenakan yuran pendakian sebanyak rm120.

Kawasan perkelahan gunung ledang mempunyai kemudahan yg cukup,ada tandas,ada surau,banyak bangku tempat rehat,wakaf2 dan perniaga tp yg paling penting pokok kelapa yg lima batang,menambahkan seri kawasan perkelahan ni.Aku kluar dari kawasan perkelahan ni pada pukul 12.30 untuk  menunaikan solat jumaat dikampung sagil.....SEKIAN
air terjun gunung ledang
GAMBAR2>>>


















Isnin, 10 Disember 2018

ICERD dan aku

Pada 8-12-2018 telah berlaku dalam sejarah malaysia satu perhimpunan umat islam dan bumiputra malaysia secara besar2an untuk membantah ratifikasi ICERD iaitu konvensyen antara bangsa penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum.Permahaman tentang icerd boleh digoogle dlm internet jadi tak payah aku yg menaikan nya disini untuk pemahaman.
peserta rombongan aku
Walau mcm mana pun aku ada permahaman sendiri tentang ICERD tanpa membaca dari mana2 tempat,Kpd aku icerd merupakan satu penghapusan keistimewaan kaum bumiputra dan melayu seperti yg termaktub kemas dlm pelembagaan Malaysia,Dengan ratifikasi ICERD menyebabkan semua keistimewaan kpd bumiputra dan islam akan dirombak sepenuhnya mengikut kehendak pemerintah,Mungkin icerd baik untuk negara lain tapi icerd merupakan api dimalaysia,Menyentuh nya bermakna mencari onar yg sgt besar,Sebab yg terjadi demikian kerana pada masa ini negara telah dikuasai oleh bangsa china sepenuhnya,sedangkan golongan majoriti yg merupakan bumiputra dan yg ramai dari nya penganut islam tak mempunyai kuasa politik,kuasa politik telah lama didominasi oleh kaum bumi dan islam.Senang cerita kaum minoriti yg bukan islam telah menguasai politik malaysia sepenuhnya,jadi untuk mengratifikasikan ICERD sangat perlu kapada mereka.Dengan mengratifikasikan ICERD semua kaum dalam negara mempunyai sama hak,sama ada ugamanya,hak keatas tanah nya,hak untuk menyebarkan dakwah ugama mereka,Keistimewaan bumiputra dan islam akan hilang sepenuhnya.Sedang hak untuk bumiputra telah pun dipersetujui bersama semasa negara malaysia  hendak merdeka dulu,Kesamaan hak ini boleh dilaksanakan jika ratifikasi ICERD diteruskan.Perlu jgk diingat ugama rasmi persekutuan ialah ugama islam,dgn ada ICERD,semua ugama mempunyai sama hak.Dimasa itu kaum bumi yg kebanyakan nya islam meraung sekuat hati pun sudah tak berfaedah lagi.Bagi aku ICERD adalah agenda yahudi utk menghapuskan islam,Golongan kafir telah digunakan utk menjayakan agenda mereka,contoh mudah utk mengenali ICERD sebagai alat utk membunuh islam ialah negara yg dikuasai kafir,apabila penduduk islam dlm negara tersebut dikhianati tiada negara atas dunia yg akan menolongnya disebabkan oleh ugama yg dianuti nya tp kalau sebuah negara yg dikuasai islam dan ada penduduk kafirnya kurang diberi kemudahan,seluruh dunia akan membantu sbb kekafiran nya,Kpd aku ICERD tak perlu selagi islam didaulatkan,kerana islam itu dah cukup sempurna ajaran nya.
peserta rombongan aku yg segak bergaya

Apa yg aku  tulis kat bawah ni ialah pengalaman aku diperhimpunan aman bantah ICERD.Pengalaman aku boleh dikatakan sebagai mengerikan kpd aku dan tidak kapada peserta lain.Aku keperhimpunan ICERD  pada 7-12-2018  pada jam 10.30 malam dari kuala berang terengganu dengan rombongan bas seramai 40 orang peserta termasuk kaum perempuan,bas yang dinaiki merupakan sebuah bas yg ok jgk tp agak koman jika dibandingkan dgn bas2 peserta lain yang dijumpai dijalanan,walau pun kurang sedikit tapi tak sampai ada kejadian yg tak diingini seperti enjin rosak dan sebagainya.Alhamdulillah.Melalui LPT dari tol Ajil sehingga ke kuala lumpur mengambil masa selama tujuh jam dengan berhenti di R&R Gambang selama sejam setengah. (punya lah lama)Rombongan sampai ke masjid negara pada pukul 5.30 pagi.Masjid negara merupakan salah satu tempat hentian utk peserta bantah ratifikasi ICERD sebelum memulakan acara  selepas zohor.Tempat2 lain ialah Sogo,Masjid Jamek dan beberapa tempat lagi.Aku kekuala lumpur utk sertai himpunan ini hanya berbekal duit 20 ringgit,tiga botol air mineral,tiga buku roti yg berharga RM2.40 sen,itu je.itu lah bekal aku selama 15 jam aku dikuala lumpur yakni dari 5.30 pagi pada 81218 sehingga pukul 8.30 mlm tarikh yg sama.
gambar umum

Sebelah pagi sesudah subuh aku hanya relek2 serta menyapa peserta himpunan yg datang,salah seorang yg benar2 baik dgn aku ialah seorang bekas komando malaysia yg telah bersara dari kuala kangsar perak,baik orangnya,banyak bertanya hal ehwal negeri terengganu terutamanya bandar kuala berang,Dia ni tak pandai nak menganjing lorat kuala berang aku malah byk plk dia nak tau pasal lorat sehingga akhir nya beliau beritahu aku, lorat yg aku tuturkan sgt menyamai kampung2 diulu negeri perak,aku sengeh je lah..Aku ni jenis tak pandai nak bercakap standard seperti orang kuala lumpur,kalau aku berbahasa inggeris pun,berlorat ulu jgk,hampeh btol.aku berpisah dgn kawan baru aku sehingga perarak kehimpunan bermula.
gambar umum

Perarakan keperhimpunan bermula selepas solat zohor,peserta telah diberi taklimat apa yg sepatutnya dilakukan semasa perarakan dan apa yg perlu dilakukan ditempat perhimpunan.Dilarang sama sekali membuat provokasi,jaga adat dan sebagainya.Tak sampai 400 meter pergerakan aku,aku dah mengalami panas badan yg amat sgt,kepanasan disebabkan kesesakan org disekeliling,panas cahaya matahari dan mungkin jalan tar,Untuk menyejukan badan aku mengambil kawasan yg tak sesak,klu dirumah aku biasanya akan mandi dgn air batu utk menyejukan badan,pada msa itu aku sendiri dah terpisah dgn kawan2 aku yg satu rombongan,jadi tinggal lah aku terkulat2 seorang diri ditengah lautan manusia yg aku tak kenal,Ketika itu telah datang dlm fikiran aku bahawa aku akan mengalami strok haba kalau aku tak handle baik2,Untuk mengelakan perkara buruk terjadi yg akan membawa susah kpd peserta rombongan aku,lebih baik aku tak ikut serta dalam perhimpunan.aku jgk terpikir kalau lah aku mati kat situ, ini dah jadi tajuk berita dalam surat khabar. "SEORANG PESERTA BANTAH ICERD TELAH MATI AKIBAT STROK HABA" hehehehe,Setelah aku rasa ok sikit aku mula berjalan slow2 mengikut arus manusia sehingga satu tahap aku terjumpa dgn seorang dari peserta rombongan,Aku memaksanya supaya berhenti dan akiu ceritakan masalah yg aku hadapi,Beliau bersimpati dan kami berhenti ditepi bangunan muzium tekstil.Kat situ ada tempat teduh,aku dan kawan yg baru aku jumpai telah berehat dibawah teduhan bangunan,Oleh kerana aku rasa panas yg semacam aku telah log out fb aku sepenuh nya,log out yg tak mungkin boleh di access oleh sesiapa kerana password aku sgt rumit,aku juga logout google aku,bimbang kalau aku mati tak ada siapa yg boleh padam semua kegiatan aku di internet,punya lah jauh aku pikir,Dimasa itu jgk lah aku teringat yg aku belum lagi makan sejak dari naik bas sehingga sampai kekuala lumpur dan sehingga masa perarakan,dah hampir 17 jam.Dibawah teduhan bangunan itu lah aku bersarapan pagi dan makan tengah hari dgn makan sebuku roti yg aku bawak dari kampung,(punya lah teruk sbb ICERD).Dgn togok air mineral yg aku bawak terasa badan dah nak pulih,segar,dah mcm boleh berlari,kawan aku berbual rancak dgn budak2 moto besar,rancak dia punya berbual mcm tak sedar aku ni mcm nak mati,he3.ckp standard nya dia mcm org kuala lumpur.kagum jgk aku.Kawan aku ni ialah pengerusi mpkk kg payang kayu,kuala berang.kurus org nya dan dia ni jenis tak kisah.
peserta rombongan sedang tunggu bas nak balik terengganu

Setelah aku benar2 pulih,aku memaksa kwn aku supaya tak meneruskan ketempat himpunan utk dgr pesanan dari pimpinan melayu.Kwn aku bersetuju untuk ke titik awal iaitu kemasjid negara.Terasa jgk komannya aku kerana tak menyertai himpunan tetapi aku mengambil pendekatan tak ingin menyusahkan peserta rombongan klu terjadi apa2 kpd aku.Dimasjid negara aku berehat sepenuh dgn menyejukan badan dgn air paip dan minum air dgn banyak,.perhimpuan bersurai pada pukul 5 ptg dan semua peserta rombongan aku berkumpul utk balik ke terengganu.

video para peserta sedang menuju ke dataran merdeka

Rombongan bertolak balik keterengganu pada pukul 8.30 malam dan sampai kekuala berang pada pukul 3.30 pagi 91218. Berhenti makan dijabor pada pukul 12.30 pagi dan makan dijabor lah aku benar2 makan setelah lebih dari 24 jam,hahahaha,roti yg dua buku dan air mineral dua botol sampai plk kat rumah...teruk btol ICERD punya hal..sbb2 tak makan kerana susah nak buang air,buang air sampai beratur panjang...sekian cerita aku di bantahan ICERD.


Sabtu, 1 Disember 2018

kisah seorang perempuan


Setelah aku gagal bercinta dgn awek nasi lemak seperti cerita aku di link ni,   https://azramsulong.blogspot.com/2018/02/cinta-nasi-lemak.html  Aku berkenalan dgn seorang perempuan dibazar ramadan 2018,Dia salah  seorang penjual kat bazar tersebut.Aku agak umur nya dalam 17thn.Kecik orang nya dan kurus macam cicak kobeng,(hehehehe).Menjadi kebiasaan seorang penjual akan tersenyum kapada seorang pelangan yg datang berkunjung ditapak lot dia berniaga.Oleh kerana dia yang mula2 tersenyum kapada aku,aku beli barang jualan nya.Sebab aku jenis kuat perasan sbb tu mudah tergoda dgn senyuman org, terutama awek yg cun-cun,Barang jualanya merupakan kueh mueh dan lauk pauk,nama pun bazar ramadan tak mungkin pulak dia jual tiub motor.Jauh sekali dia jual baja kelapa sawit dan tak mungkin sama sekali jual besi buruk..

Keesukan nya aku pergi lagi kebazar tersebut,dari jauh lagi dia dah senyum kapada aku,Aku semakin lah perasan,walau mcm mana pun aku sedar senyuman tu hanya lah utk melariskan jualan nya,Walau macam mana pun aku tak sampai renung dia sgt,kerana bimbang plk puasa aku jadi kurus keringJadi macam cacing,halus.jadi aku beli jer barang jualannya.Sejak itu aku datang ke bazar tersebut hari2 dan ada yang berselang hari sehingga lah hari raya,tamat puasa maka tamat lah bazar ramadan,Maka hubungan aku dengan awek tersebut pun tamat,Aku tak tenguk dia lagi selepas tu,Aku sendiri tak taruh harapan apa2 kat dia kerana pada pandangan aku dia tu masih budak sekolah dan aku sendiri dah tua bangka..hahahaha.

Pada baru2 ni,diawal bulan oktober,entah mcm mana aku terjumpa dia disebuah kedai kat pekan.Aku cepat2 tegur awek tersebut. “Eh mcm kenal jer”  Aku buat berani,Aku berpura2 cakap mcm tu,sedangkan aku mmg kenal benar awek tersebut walau pun lama aku tak tenguk dia,Mana mungkin aku tak ingat rupanya setelah aku berkunjung ke bazarnya pada setiap hari,kalau aku tak beli kat bazar dia pun aku sempat skodeng dia dari jauh,Aku terus lagi menyapanya,
“awak tak pergi sekolah ke atau dah tamat sekolah,” aku berloyar buruk.Dia tersengeh2 je.Awek tu beri isyarat untuk keluar dari kedai,Aku ikut dia dari belakang,Aku pun hairan jugak dengan aku,sebab apa aku berani sangat ikut awek ni,sedangkan aku memang tak berani sangat dengan perempuan,terutama yg muda mcm ni,mungkin kekuatan aku kerana putus dgn awek nasi lemak yg dulu tu.Sampai kat luar dia bertanya kapada aku.

“sebab apa awak cakap macam tu,”Aku terkejut jgk,sebab cakap nya tu mcm dia marah.Aku balas balik,”tak boleh ke tanya macam tu,” Dan dia memulakan ceritanya..

Dia berumur 23 thn dan sudah pun berkawin,dia ada anak dua orang dan dia juga telah bercerai pada  tahun 2017 yg lalu,Dia berkawin masa berumur 18 thn,Habis SPM terus jer kawin,Tak sempat tunggu result.Atas sebab2 bercerai lah dia berniaga dibazar untuk menampung hidupnya.Dia diceraikan oleh suami nya kerana suami nya nak nikah lain dan dia balik tinggal dirumah ibu nya dikampung.Sejak itu hidupnya tak menentu.

Setelah lama dia bercerita dan aku pun ada haluan sendiri,aku meminta diri dan sempat juga aku minta nombor talipon nya.Tujuan aku minta nombor talipon tersebut aku sendiri tak tau,tujuan aku nak mengurat kah atau pun aku nak ambik peluang keatas ibu muda ni,maklum lah janda dan janda muda plk tu,janda tentulah gedik...itu pada fikiran aku.

Sejak dapat nombor talipon janda muda tu, aku memberanikan diri untuk talipon dia,aku  dah tak nak berwhasapp2 dah,nak cakap direct je,( amboi ) Terlalu byk benda yg diceritakan kpd aku,ttg kepahitan hidup menjanda,dari bekas suami tak beri nafkah sehingga kpd godaan yg diterima.Terpaksa buat kueh utk hidup sehingga berkerja dikedai makan sebagai pelayan.Yg paling sedih ialah ttg ibu nya sendiri yg tak suka kpd nya serta anak2nya sendiri (mak apa gini).Ibu nya melebihkan adik beradik nya yg lain dari dia yg dah ada anak utk dibesarkan.Sedangkan ibu nya bukan lah orang susah,Janda tu ckp dgn aku hidup dirumah ibu nya mcm duduk dlm neraka (bab ni aku tak setuju,neraka tak bleh dibuat bandingan). Last sekali janda dan anak2 nya telah dihambat oleh ibu nya dan hidup dgn menyewa dirumah buruk,kesian.

Sempat jgk aku bergurau dgn nya dan bertanya tak ingin utk berkawin lagi,dia jawab serik dah dgn perangai lelaki,Dalam begitu pun dia juga cakap klu ada yg berumur sudi menerima dia dan anak2 nya mungkin pintu hati nya terbuka (aku lah tu.Cakap janda ni pun berbelit2,sekali serik sekali terbuka pintu hati,baru setahun lebih menjanda dah tak tahan,huhuhu) Dia meneruskan cakap nya,sebelum kawin janji mcm2,gunung lah,bulan lah,cameron highland lah,intan lah,payung lah,sayang lah,planet pluto lah,lautan api lah,bila dia dah dpt kita,ni je yg dia buat.dia mcm menangis tp aku plk yg geli hati dgn kata2 nya,sampai planet pluto yg disebut.he3.

Sikap aku sendiri tak tau plk kpd janda ni,nak syok kat dia atau nak kesian,klu aku syok kat dia mesti aku ajak dia kawin,klu aku kesian kat dia aku mesti bantu dia,nak ajak kawin aku rasa perbezaan umur yg ketara tak memungkinkan...,aku tak larat nak tanggung mkn pakai dia dan anak dia,klu sekadar nak kesian mungkin bleh je dgn bagi kekuatan dgn nasihat atau kewangan sikit2,aku sendiri plk malas nak kawin,kpd aku berkawin lambat merupakan bala terlebih lagi dgn janda anak dua,Aku ada jgk terbaca dlm fb atau kat mane2 bahan bacaan serta ceramah seperti ceramah ustaz azhar idrus yg mengatakan,Allah dah menyediakan rezeki utk kita,jd jgn takut utk berkawin.tp aku mmg sikap aku,tak kan dgr nasihat orang kerana rezeki itu datang dari usaha kita tp klu kita dah tak bleh angkat jari,rezeki tu wajib tak akan datang.

Berbalik kpd janda tu dan anak2nya,dia masih begitu sehingga kehari ini,tak ada apa2 perubahan,masih menyewa dirumah buruk dan bocor atap nya (tu yg diceritakan kpd aku) citer nya serupa.janda tu berkerja dikedai makan,anak2nya ditinggal kpd jiran nya yang baik.Hingga cerita aku ini dimuat naik dlm google dia masih jgk begitu,harap ada yg sudi ambik dia sebagai teman hidup.Inshallah.SEKIAN. :) :) :)

CITER AKU NI BENAR 100%,TAK ADA TAMBAH-TAMBAH,KLU DIKURANGKAN MEMANG ADA.





Isnin, 26 November 2018

kawasan perkelahan Kampung Talung

Kawasan perkelahan kg talung terletak didungun terengganu,Kawasan perkelahan nya terletak berhampiran dengan kampung talong.Kampung Talong merupakan sebuah kampung yg jauh dari bandar,Bandar yg paling dekat ialah bandar durian Mas atau bandar al muktafil billah shah atau AMBS.Untuk kekampung talung kita mesti mengambil masa kerana kampung ni kampung yg terletak jauh dipendalaman.

Ada dua laluan untuk ke kampung talong,Kalau datang dari kuala terengganu jalan masuk nya ialah dikampung jerangau sungai,Kalau dari kuantan jalan masuknya ialah di bandar durian mas.Boleh juga masuk melalui simpang berdekatan dengan kampung paya lawas atau berdekatan dengan kampung dendang,tp laluan yg paling senang masuk ialah melalui simpang dikampung jerangau sungai.Dari simpang dikampung jerangau sungai untuk sampai kekampung talong memerlukan pemanduan sejauh lebih kurang 20km,melalui jalan yg baik tp hampir kesemua nya laluan didalam hutan dan tanah rancangan kelapa sawit serta dua buah kampung,Kampung yg pertama ialah kampung tepus dan kedua kampung minda dan kampung talong merupakan kampung yg paling hujung.
Mempunyai pemandangan yg cukup indah

Kerbau yg meragut rumput

Sekitar kg talong

Masjid kg talong

Aku kekampung talong pada 24-11-2018 kerana race motocross dilitar kampung jerangau sungai,dah sampai kesitu aku ambik peluang untuk kekampung talong pada sebelah paginya.Aku memang tak pernah sampai kekampung ni kerana tak ada keperluan.Untuk kekampung ni mmg terpaksa memgambil masa kerana kampung talong bkn laluan kemana2 kerana kampung ni terletak dipenghujung jalan.Melalui jalan nya mmg sgt aman dan tenang kerana sepanjang jalan jarang bertembung dgn kederaan lain walau pun didalam kampung yg dilalui,cuma jalan nya dibina agak sempit.

Sampai dikampung talong hanya setengah jam memandu dgn kelajuan yg santai2,kg talong sebuah kampung yg aman damai,tiada keresahan,penduduknya sgt ramah apabila diajak bicara,sgt hormat kpd pengunjung mcm aku,Payah jgk untuk aku terjemah kedamaian kampung ini,Mempunyai kerbau yg berkeliaran membawa maksud kedamaian,tidak kerisauan jgk bermaksud kedamaian,ada sungai yg mengalir disisi kampung jgk bermaksud kedamaian,cuma aku tak sempat minum nescaffe dikedai kampung ini kerana mengejar masa,dikedai kopi lah kita dapat merasa ketenangan disatu2 tempat kerana disitu lah segala perkara akan jadi perbualan,yg koman sedikit ialah line internet nya tak ada dgn mengunakan line umobile,mungkin mengunakan celcom line internet nya ok.itu aku tak pasti.Dari cakap2 dgn penduduk kampung ni lah aku telah diberitahu ada tempat perkelahan.

Video kekampung talong

KAWASAN PERKELAHAN KG TALONG:
Aku pusing balik untuk ke kawasan perkelahan kg talong iaitu jalan untuk datang ke kampung talong,lebih kurang satu kilometer melepasi kampung dan mengambil simpang kekiri,yang jauh nya lebih kuran 300-400 meter akan sampai kekawasan perkelahan kg talong,Kawasan perkelahan ini tak lah macam kawasan perkelahan yg lain,Jauh sekali untuk menyamai kawasan perkelahan sekayu iaitu kawasan perkelahan ditempat aku,Kawasan ni tak ada air terjun tp merupakan sebatang sungai,yg ada cuma dua binaan iaitu tandas dan wakaf,itu sahaja yg ada.Apa yg aku dapati kawasan ini agak luas dan masih sangat baru,mungkin hanya beberapa tahun tempat ni dibuat untuk berkelah kpd penduduk tempatan,kawasan ini jgk merupakan jalan utk kekebun penduduk tempatan.Walau macam mana pun sungai kelemin,nama sungai ditempat perkelahan ini cukup jernih airnya,sesuai benar utk mandi manda

Video dikawasan perkelahan

Tempat yg sunguh memdamaikan,sgt sesuai untuk camping setelah dimaklum kpd AJK kampung.

Sungai kelemin airnya cukup jernih untuk mandi manda,termasuk kanak2,kesini mungkin perlu datang beramai2 kerana tempat ni sgh sunyi.

Kawasan nya cukup luas

Salah satu binaan yg ada

Wakaf untuk rehat2,memadai untuk kawasan perkelahan baru.