Rabu, 5 Julai 2017

pengalaman pitam

Pada 28-6-2017 iaitu pada hari raya yg ke-4 aku telah kebukit keluang besut terengganu,Tujuan aku kesini kerana mengikut program adik beradik aku menyambut hari raya,program pada kali ini ialah mendaki bukit keluang,makan2 dan bermain bot yang disediakan oleh pengusaha dipantai bukit keluang.Aku sendiri dah beberapa kali mendaki bukit keluang yang tingginya tak seberapa,maksudnya rendah je lah.Aku bertolak pada pukul 7.30 dari kuala berang.Aku kebukit keluang bersama dengan lebih dari 80% dari adik beradik dan anak sedara aku yang seramai 50 orang.maknanya ramai jgk lah.
Bukit keluang dilihat dari laut

Pendakian bermula pada pukul 11.00 pagi dengan empat dari angota keluarga aku tak mendaki disebabkan oleh anak sedara aku yang ni kecik sangat,berumur dalam  dua tahun.yang lain nya semua mendaki,pendaki yang paling muda berumur 6 tahun,maknanya masih ditadika dan salah seorang  dari anak saudara aku yg mendaki adalah OKU,lelaki dan berumur 16 tahun. Aku merupakan pendaki yang paling belakang,maklum lah dah banyak pengalaman,hehehehe,anak2 sedara aku serta ayah mak masing2 mendaki dengan penuh semangat kerana mereka belum pernah mendaki dibukit ni.Aku kontrol je pendakian sehingga ditengah2  pendakian,anak2 saudara aku tak dapat dikawal sebab terlalu pantas berjalan,maklum lah budak,mana ada letih.Dari sini lah aku mula berlari keatas bukit kerana bimbang budak2 ni sampai kekemuncak dan bimbang terjatuh ditebing bukit yang sebelah laut china selatan.Disini kecerunan nya dalam 80 darjah,hampir menegak.

Sebelum mendaki bergambar dulu.

Sesampai nya aku ketempat anak saudara aku,aku memerintah semuanya rehat,jangan berjalan,semuanya berhenti termasuk dengan aku,aku sempat ambik gambar dan duduk sekejap,dimasa ini lah aku dapati permandangan jadi putih dan terasa tak sedar diri, aku sedar balik ketika seorang pendaki lain cuba cabut kasut aku,menurut adik2 aku,aku macam tak sedar diri lebih kurang 4 minit.setelah sedar aku minum air nescaffe tin dan makan gula2,setelah makan dan minum tenaga aku pulih 100% dan meneruskan perjalanan.

Bermula disini

Masa pitam(pengsan) aku tak rasa apa2,macam tidur.Setelah sedar pun aku tak rasa letih atau sebagainya,kerana perjalanan baru 10% bermula,maksudnya sangat awal.Dari situ lah aku menyedari faktor usia dan persiapan lain mesti diambil berat walaupun mendaki ditempat yang rendah.Jangan diabai tentang permakanan dan sebagainya.Pitam yang aku alami ini merupakan yang pertama dalam hidup aku,sebelum ni aku tak pernah pitam walau dalam apa jua tindakan aku..(nok buat guaner doh J J J)

Bergambar separuh dari pendakian.Duduk disebelah kanan dan berbaju biru,anak saudara aku yg berumur 6 tahun

Perjalanan yang berbaki lagi 90% tak terjadi apa2 yang tak diingini.Setelah bergambar diwakaf yang disediakan kami menurun bukit keluang dan sampai dibawah hampir pukul 1.00 tengah hari,Kelewatan disebabkan oleh acara bergambar dibanyak tempat,boleh dikatakan hampir seluruh bukit keluang acara bergambar memenuhi perjalanan.Sekian..

Aku masih lagi tak sedarkan diri,Gambar aku yg paling tengah.

Tip merawat orang pitam..
Setelah didapati seseorang itu pitam,hendaklah dibaringkan dengan kepala mangsa hendak lah direndahkan supaya darah mengalir kebahagian kepala,biasanya mangsa akan sedar dengan cepat,kalau didapati mangsa tak sedar dalam masa tersebut bantuan luar diperlukan,biasanya mangsa akan sedar hanya beberapa minit sekiranya aksi diatas dilakukan..Sebab2 pitam mungkin terlalu panas dan mungkin terlalu letih...
Bergambar dipapan tanda kemuncak

Anak saudara aku yang paling berat, 140kg.Tiga hari keletihan,tak boleh lipat lutut semasa solat.sakit katanya

Anak saudara aku yg kurang upaya,semangat nya mengalah orang2 yang biasa,Riuh di facebooknya menceritakan kejayaan mendaki bukit keluang,Dapat pujian dari cikgu2nya,Dia belajar di pagoh johor kerana ibu bapanya mengajar dibandar pagoh..Dia yg berbaju merah biru.Sentiasa mendapat kerjasama dari sepupunya..

Gambar aku setelah pulih dari pitam,kepanasan sehingga buka baju..