Rabu, 10 Mei 2017

taman warisan gua kota gelanggi

Papan tanda yang agak lusuh

Taman warisan gua kota gelanggi terletak dilaluan bandar tun razak ke jerantut.Kalau dari jerantut terletak disebelah kiri jalan,Aku kesini pada suatu hari iaitu pada 9-5-2017,pukul 4 petang dalam perjalanan aku ke kuala berang terengganu.Nama taman warisan telah mengamit aku untuk mencuba tempat ni..Setelah masuk aku dapati tempat ini seperti dah ditinggalkan,Seperti tak dikunjungi lagi.Tempat letak kereta kosong,Rumput panjang seperti lama tak dipotong.Sebenarnya aku langsung tak tau akan keujudan tempat ni,Setelah aku google dilokasi,maka tau lah aku akan keujudan nya tersangat gah,Ada gua ditempat tersebut setelah melalui titi yang dibuat.
Batu kenyataan tentang sejarah taman warisan gua kota gelanggi

Aku ingin juga merasa dan ingin tau apa yg sebenarnya tempat ni,Setelah mengambil gambar dibahagian luar iaitu tempat parking aku masuk kedalam hutan melalui jambatan (titi) kecik yang dibina sepenuhnya dari simen,Tempat tersebut seperti hutan berpaya,Terasa juga gerun dengan kegelapan hutan yang boleh dikatakan sebagai tebal,Aku masuk kedalam nya agak dalam 50 meter kawan aku dah melaung kat luar menakutkan aku dengan alasan nya bahawa kawasan tersebut penuh dengan hantu,Kawan aku menyuruh aku keluar.Tempat ni memang terasa seramnya,terlebih lagi aku kesitu untuk kali yang pertama,Kali pertama bermakna hantu2 kat situ belum mengenali kita lagi. hehehe :)
Tempat letak kereta yang kosong

Oleh kerana hari dah pun petang aku gagal untuk menerus perjalanan kedalam,yakni ditempat gua,Lebih2 lagi aku keseorangan kerana kawan aku enggan ikut bersama,Kawan aku sekadar tunggu dikereta sahaja..Walau macam mana pun aku bercita2 untuk datang ketempat ni lagi pada suatu masa.Jadi hanya disini sahaja apa yg aku ketahui dengan taman warisan gua kota gelanggi,Sekian
Titi yang dibina mengunakan simen

Hanya setakat ini aku sampai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan