Khamis, 11 Mei 2017

Kuala tahan

Aku kekuala tahan pada 9-5-2017,Aku sampai kesini pada pukul 12.00 tengah hari,Kuala tahan merupakan pintu masuk ketaman negara dan juga pintu masuk kapada mereka2 yang ingin mendaki gunung tahan.Selain itu kuala tahan merupakan satu tempat untuk berekreasi,Sangat sesuai kapada mereka yang berkeluarga,(Dok berkeluarga pun sesuai jgk boh)Sebab kuala tahan menyediakan macam2 kemudahan,Boleh dikatakan pintu masuk taman negara paling lengkap dari mana2 tempat yang pernah aku pergi. (bukan nok jek )

Setelah parking aku lepak2 kat bawah sebentar sambil bertanya orang2 kat situ apa yang harus dibuat.Boatman kat situ mencadangkan kapada aku untuk keseberang sungai kerana disitu macam2 tempat boleh dilihat dan macam2 kemudahan yang ada.Chalet,restoran,tempat memerhati burung (memang lah ada burung,Aduhhh)titi gantung.pendek kata kuala tahan sangat lengkap sebagai satu tempat untuk berekreasi.Orang2 kat sini boleh dikatakan sebagai peramah,Satu yang ditanya dia orang dah lengkap bagi penerangan.Aku berlegar2 dikawasan rekreasi lebih kurang 2 jam dan bertolak balik keseberang dengan menaiki bot seperti aku datang tadi.Tambang bot rm2  pergi dan balik,Aku bertolak balik pada pukul 3.00 petang.SEKIAN..
Mula2 sekali ambik gambar dipapan tanda ni.Walau macam mana pun papan tanda ni dibuat dari simen..:)

Parking kereta

pergi kat tempat bertanya,

ambik gambar kat bawah

kat bawah boleh parking walaupun bukan tempat parking

Tenguk banjir yang melanda pada 9-5-2017,Kat bawah tu ada kereta yang kena tambat dengan tali,takut hanyut,tuan kereta mungkin ke hulu sungai.

Tanya org kat jeti untuk keseberang

Mula naik bot dengan tambang rm1 sahaja untuk keseberang.Pilot bot kat kuala tahan boleh dikatakan peramah,Mereka cepat bertindak apabila kita menyuarakan sesuatu,Bagi penerangan dan sentiasa mengingatkan kita untuk keselamatan..

 Naik tangga diseberang,Tak lah tinggi sangat

Restoren terapung yang banyak dikuala tahan

 Ada restoren dan kedai

 Rumah tempat bela ikan kelah,akuarium besar

 Ikan kelahnya besar2,Ada beberapa puloh ekur

 Untuk disewa

 Banyak chalet2 yang seperti ini

 Tempat yang sangat menarik,Sunyi dan damai tp mungkin juga ada hantu,huhuhu

 Tak tau plk fungsi benda ni,Nak tanya malas

 Kat papan tanda yg berwarna merah itu lah ada sebuah kereta yang ditembat dengan tali supaya tak hanyut,Banjir terjadi dikuala tahan pada 9-5-2017.

Gambar semasa balik semula,Tambang kearah sini pun seringgit

Ramai yang menjamu selera di restoren ni

Semasa nak ambik kereta yang diparking,Ramai mat saleh di kuala tahan,Ada bermacam jenis cara mat saleh ni,Ada yang bertindik hidung macam lembu,Kalau orang melayu atau budak2 melayu yang macam ni boleh dikatakan mereka macam orang giler tp mungkin jugk mat saleh ni giler,sape tau kan.:) :) :)

Rabu, 10 Mei 2017

taman warisan gua kota gelanggi

Papan tanda yang agak lusuh

Taman warisan gua kota gelanggi terletak dilaluan bandar tun razak ke jerantut.Kalau dari jerantut terletak disebelah kiri jalan,Aku kesini pada suatu hari iaitu pada 9-5-2017,pukul 4 petang dalam perjalanan aku ke kuala berang terengganu.Nama taman warisan telah mengamit aku untuk mencuba tempat ni..Setelah masuk aku dapati tempat ini seperti dah ditinggalkan,Seperti tak dikunjungi lagi.Tempat letak kereta kosong,Rumput panjang seperti lama tak dipotong.Sebenarnya aku langsung tak tau akan keujudan tempat ni,Setelah aku google dilokasi,maka tau lah aku akan keujudan nya tersangat gah,Ada gua ditempat tersebut setelah melalui titi yang dibuat.
Batu kenyataan tentang sejarah taman warisan gua kota gelanggi

Aku ingin juga merasa dan ingin tau apa yg sebenarnya tempat ni,Setelah mengambil gambar dibahagian luar iaitu tempat parking aku masuk kedalam hutan melalui jambatan (titi) kecik yang dibina sepenuhnya dari simen,Tempat tersebut seperti hutan berpaya,Terasa juga gerun dengan kegelapan hutan yang boleh dikatakan sebagai tebal,Aku masuk kedalam nya agak dalam 50 meter kawan aku dah melaung kat luar menakutkan aku dengan alasan nya bahawa kawasan tersebut penuh dengan hantu,Kawan aku menyuruh aku keluar.Tempat ni memang terasa seramnya,terlebih lagi aku kesitu untuk kali yang pertama,Kali pertama bermakna hantu2 kat situ belum mengenali kita lagi. hehehe :)
Tempat letak kereta yang kosong

Oleh kerana hari dah pun petang aku gagal untuk menerus perjalanan kedalam,yakni ditempat gua,Lebih2 lagi aku keseorangan kerana kawan aku enggan ikut bersama,Kawan aku sekadar tunggu dikereta sahaja..Walau macam mana pun aku bercita2 untuk datang ketempat ni lagi pada suatu masa.Jadi hanya disini sahaja apa yg aku ketahui dengan taman warisan gua kota gelanggi,Sekian
Titi yang dibina mengunakan simen

Hanya setakat ini aku sampai