Selasa, 14 Februari 2017

nasi goreng

Beberapa malam ni aku rasa malas nak turun kekedai untuk makan disitu,Mungkin lenguh atau memang aku benar2 malas.Masa sebelum tidor memang standard lah zaman sekarang untuk berfacebook atau pun baca blog.Masa macam ni lah perut akan rasa lapar,oleh kerana malas untuk kekedai aku cuba kedapur untuk buat nasi goreng,kebetulan pula nasi sejuk dah ada didalam periuk,untuk makan nasi sejuk lauk pulak tak ada,Jongok kesitu dan kesini aku buka kecuali goreng ikan,Ada minyak lebihan goreng ikan,jadi aku panas je kuali tu dan isi sahaja nasi yang ada..

Nasi goreng malam pertama..
Cara untuk membuatnya
Bahan..
  1)  Nasi sejuk.
  2)  Minyak lebihan goreng ikan
  3)  Garam..
Panaskan kuali yang ada lebihan minyak goreng ikan yang ada,Tak kira lah lebihan goreng ikan tu sama ada yang berusia seminggu atau sebulan,maksudnya yang hitam ranum tu..Setelah terasa panas ambik saja nasi sejuk yang dah berbulan kat dalam periuk,gaul2 sikit supaya jangan nampak malas sangat.Isi dalam kuali dan goreng,atau buat2 goreng,ambik sikit garam, tabur kat atas nasi goreng kita tu,Setelah nampak berasap,isi nasi goreng dalam pingan dan isi lah apa2 yang patut,timun,lada dan bawang atau apa2 saja.Lepas tu makan je lah dan rasa memang lansung tak sedap tapi oleh kerana lapar,telan juga lah...Aku namakan nasi goreng aku ni sebagai nasi goreng minyak...Tu nasi goreng malam pertama...

Nasi goreng minyak...Walaupun digoreng dengan minyak yang berwarna hitam tetapi tak nampak plk hitam nya..

Nasi goreng malam kedua..
Cara untuk membuatnya.>>>>>>>> Nasi goreng yang kedua ni agak ok sikit aku buat..ada lima bahan untuk nasi goreng ni.

Bahan2..
  1)  Nasi sejuk
  2)  Belacan
  3)  Minyak
  4)  Garam
  5)  Ikan bilis
Panaskan minyak dalam kuali,dah panas, isi sahaja belacan yang dah dipenyek2 dengan air,maksudnya belacan yang dihancurkan dengan air dan ikan bilis,Lepas tu isi nasi sejuk dan kacau2 sebentar supaya sebati dengan nasi,ambik garam isi dan gaul,Kalau dah nampak keluar asap dah kira masak lah tu,Isi sahaja dalam pingan dan kemudianya isi lah timun serta lada supaya nampak ala2 sedap.Tapi mungkin belacan resepinya,rasa nasi goreng ni agak sedap juga..Aku namakan sebagai nasi goreng belacan..


Nasi goreng belacan

Nasi goreng malam ketiga..
Cara membuat nya.>>>>>>>> Malam ni aku nak buat nasi goreng yang agak special sikit dangan bahan lain sikit..

Bahan2
   1)  Nasi sejuk
   2)  perencah nasi goreng adabi.
   3) ikan bilis
   4)  Garam
Seperti biasa panaskan kuali,dah panas isi sahaja perencah nasi goreng yang aku beli pada siang nya dan ikan bilis.Dah agak2 panas isi sahaja nasi sejuk,Gaul2 supaya sebati dan isi garam.Lepas tu angkat dan isi dalam pingan dan tambah sahaja apa yang patut sama ada timun,lada,bawang yang dihiris halus,kalau nak nampak hebat, isi sahaja bayam ke,sawi ke,kangkung ke,pucuk daun rambutan ker,pucuk derian ker,pucuk ubi kayu ker,biar nampak macam hutan rimba gitu,boleh sahaja isi apa2,jangan segan dan malu2 tapi masa isi tu masa nasi goreng kita masih lagi panas2,lepas tu makan je lah,kalau rasa tak sedap,jangan bimbang,kita sendiri kan buat,perut kenyang kira ok lah tu...Aku namakan nasi goreng ni sebagai nasi goreng perencah...


Nasi goreng perencah

Nasi goreng malam keempat.
Nasi goreng malam keempat paling senang untuk dibuat.Cara2 untuk membuatnya dengan mengambil duit rm 1o dan terus sahaja menghala kekedai,sampai dikedai mintak je nasi goreng apa,Nasi goreng kampung ker,nasi goreng amerika ker,nasi goreng afrika ker,nasi goreng papua new guinea ker.Semua boleh mintak,Tak sampai sepuluh minit nasi goreng yang dipesan akan sampai dan boleh ngap je tanpa susah2 dengan minyak hitam atau sebagai nya..Aku namakan nasi goreng ni sebagai nasi goreng kedai.


Nasi goreng kedai...Kena nasi goreng kedai baru lah sedap rasa nya tapi ada plk orang cakap,nasi goreng yang dikedai telah dicampur dengan serbuk perasa dari thailand,sebab tu lah nasi goreng kedai rasanya sangat sedap...tapi tak tau benar ke tak..

Begitu lah sahaja kisah nasi goreng aku,sekian terima kasih.Terima kasih jugak kapada yang membaca nya...