Rabu, 18 Januari 2017

sayur kelembang

Pokok keladi kelembang yang diambil untuk dibuat sayur,puteh bersih

Apa yang aku nak ceritakan ialah tentang sayur dari pokok kelembang,Pokok kelembang  merupakan dari spesis keladi. Tapi aku tak tau plk pokok kelembang ni dari spesis keladi yang nama apa..Ada pokok keladi yang dinamakan sebagai keladi hutan,keladi minyak,keladi gajah dan mungkin keladi yang aku maksudkan ini sebagai nama keladi kelembang...mungkin...Aku benar2 tak tau pokok kelembang ni dipanggil sebagai keladi apa,Malas nak  tgk dalam google atau bertanya kapada yang arif tentang  tumbuh2an..hahaha...
Rupa pokok kelembang yang dibuat sayur dan sangat gatal.Bahagian yang gatal itu hanya lah bila terkena bahagian dalamnya atau bila disoyak2 daun dan batangnya,Klu dipegang biasa tanpa dikoyak2 tak jadi masalah..

Pokok kelembang boleh tumbuh dimerata2 tempat sama ada ditepi2 jalan,tepi2 sungai dan tepi2 rumah.Boleh dikatakan pokok keladi kelembang ini boleh tumbuh dikebanyakan tempat.Pokok keladi ini sangat gatal,kalau terkena kulit getahnya boleh membawa gatal yang lama.Tak boleh sama sekali dipegang main2.Gatal nya mencengkam kedalam kulit.Kulit akan berbintat2..
Pokok kelembang yang tengelam banjir macam ni lah yang diambil untuk dibuat sayur

Untuk dibuat sayur pokok kelembang yang gatal ini hanya setahun sekali sahaja iaitu semasa banjir melanda,Dimasa itu semua tempat akan tengelam terutama nya ditepi2 sungai,Banjir biasanya akan menengelamkan tempat tersebut selama seminggu atau pun lebih,Setelah banjir surut pokok kelembang yang tengelam tadi boleh diambil untuk dibuat sayur.Diketika ini pokok kelembang yang tengelam air sudah tak gatal lagi.Cara untuk mengambil batang kelembang yang tengelam air banjir ini juga memerlukan sedikit kemahiran.Batang yg boleh diambil hanya lah batang yang tak ada bunga atau pun pokok yg muda.Kalau tersalah ambil batang pokok kelembang tak boleh dibuat sayur.Walau macam mana pun untuk mengambil serta mengenal pasti batang yang boleh diambil dan yang tak boleh diambil bukan lah susah sangat,lebih senang dari nak taip cerita ni,kikikiki...
yang ada bunga mcm ni lah yang tak boleh diambik

Cara nak masak sayur pokok kelembang tak lah susah sangat,cara masak sama dengan memasak sayur kampung yang lain,senang cerita sayur air biasa,mungkin campuran nya bawang lada garam begitu je,hehehehe..Aku malas nak tanya mak aku apa kah bahan2 yang nak diisi,tapi yang best campuran untuk masak sayur kelembang ialah diisi jering kemar (jering yang ditanam kedalam tanah untuk melembutkan nya dan untuk tahan lebih lama,tu makna nya jering kemar),Bahan2 lain mesti diisi budu,baru best..

Sayur pokok kelembang sangat popular dikampung aku selepas banjir melanda,Ramai dari penduduk kampung akan kesungai untuk mengambil pokok kelembang yg ditengelam banjir (perlu jgk diingat sayur pokok kelembang bukan lah bermaksud miskin atau tak ada benda nak dibuat sayur tetapi lebih kpd tradisi lama)),Pada masa skrg penduduk kampung tak miskin sgt seperti dulu2,Nak kata miskin mcm mana,BR1M kan hadoo,hehehehe...sekian adanya
Setelah jadi sayur,memang sedap sangat rasanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan