Jumaat, 22 Disember 2017

Geleri dharurat bukit kepong

Kalau sebut bukit kepong mesti kita teringat filem bukit kepong yang telah mendapat sambutan hangat sedikit masa dulu,Filem bukit kepong telah diarahkan oleh Yusuf Haslan.Dalam filem tu digambarkan sekumpulan polis mempertahankan balai polis bukit kepong dari ditawan oleh kumpulan komunis,Pengorbanan yg tinggi telah ditunjukan oleh angota polis yg boleh dijadikan wira dalam mempertahankan negara.Untuk mengabadikan pergorbanan perwira2 tersebut sebuah geleri untuk memperingatkan jasa mereka telah dibina.
Geleri ini telah buka kpd org ramai pada bulan februari 2017 yg baru lalu.Geleri ini telah dibuka untuk orang ramai dan tak dikenakan sebarang bayaran,Sejak dibuka geleri ini menerima kunjungan yg tak henti2 dari orang ramai terutama nya pada hari cuti,sekurang2nya itu yg telah diberitahu oleh pegawai penerangan yg ada digeleri tersebut.Geleri ini dibuka kapada orang ramai enam hari seminggu kecuali pada hari isnin.

Bangunan geleri dharurat bukit kepong mempunyai 3 tingkap,Tingkap yg pertama ialah bahagian bawah dan 2 tingkat yang diatasnya mempunyai gambar2 tentang sejarah bukit kepong dan mengandungi banyak peralatan yang digunakan oleh pihak polis dizaman tersebut.Malah diluar bangunan geleri dibina semula jeti yg digunakan oleh angota polis dizaman tersebut.Ditingkat yg paling atas mempunyai sebuah panggung wayang kecik untuk pengunjung melihat tayangan filem yg dimainkan,Filem yg ditayang ialah yg berkaitan dgn bukit kepong dan kepolisan.Filem bukit kepong seperti yg diketahui ramai menjadi sajian utama...Terlalu banyak untuk diceritakan tentang peralatan yg digunakan oleh angota polis dimasa tersebut,untuk lebih jelas diharapkan pergi sendiri melihat barangan yg dipamirkan,hehehehe...
Kemudahan yang disediakan seperti dikebanyakan tempat yg menjadi kunjungan ramai seperti tandas,surau,tempat rihat,tempat bertanya dan sebagainya.Semoga dgn terbina nya geleri dharurat bukit kepong dapat orang ramai menghayati peristiwa bukit kepong yg sangat trajis itu,Sekurang2nya orang ramai dapat menghargai pengorbanan pihak polis dalam melawan komunis,thank you dan Sekian..

Alamat geleri dharurat bukit kepong ialah:
Jalan Muar-Labis,Bukit Kepong 84600 Muar Johor

Aku kegeleri ni pada 17-12-2017.Perasaan aku bila menjejaki geleri ni agak sebak kerana terdengar jeritan budak2 dalam filem bukit kepong seperti yg dimainkan  sepanjang masa didalam bangunan geleri ni,rasa macam yer yer je,Macam budak2 tu benar2 takut..... 


GAMBAR2 KAT BAWAH MERUPAKAN APA YG ADA DALAM BANGUNAN DAN GAMBAR KAT ATAS TERLETAK DILUAR BANGUNAN TIDAK TERMASUK SUNGAI KERANA SUNGAI TAK ADA KENA MENGENA DGN BANGUNAN,SUNGAI NI SUNGAI MUAR






















Selasa, 19 Disember 2017

Tanjung piai

Mercu tanjung piai

Tanjung piai terletak dimukim kukup pontian Johor.Kelebihan taman negara yg dipenuhi dgn pokok bakau ini ialah kerana tanah nya merupakan tanah paling hujung benua Asia.Atas sebab2 ini lah taman negara tanjung piai menjadi sangat gah pada nama nya.Dari arab saudi kemongolia membawa ke negara cina hingga thailand,last2 tanjung piai merupakan tanah yang paling selatan benua Asia,Tak nak gah macam mana kan.:) :)
Lot parking yg luas

Aku tak tau sangat tentang tanjung piai sehingga aku terbaca dalam majalah mengenai misteri2 yg terjadi kpd kaki tangan taman negara tanjung piai.Seingat2 aku majalah yg aku baca ialah mastika dan kisah misteri nya aku kurang jelas,Lebih mudah ialah aku dah tak ingat,hahahaha...Sejak itu aku bercita2 utk ketaman negara tanjung piai.Bercita2 utk ketaman negara ni bukan lah mudah kerana kedudukan nya dipenghujung negeri Johor dan aku plk di hulu terengganu,Tiada kepentingan untuk pergi,memang masa jadi tak ada,walau pun aku dah ke Johor banyak kali.Walau macam mana terlewat pun aku ketaman negara ni, tak jadi hal sangat kpd aku kerana penduduk johor sendiri masih ramai yg belum sampai kesini,Yang tinggal dimersing tentu tak ada kepentingan utk kesini tanpa alasan yg menesabah.Saja2 nak pergi mmg menjadi keberatan terutama kpd yg tak berminat dgn tempat2 yg macam ni.
Laluan pejalan kaki.Laluan mcm ni banyak dibina utk pengunjung2 pergi ketempat2 menarik ditaman negara tanjung Piai.Sekurang2 lebih dua kilometer laluan pejalan kaki dibina untuk keselesaan pelawat

Untuk ketaman negara ni bukan lah payah sangat,sekadar guna aplikasi waze atau pun google map,Taip saja tanjung piai johor,aplikasi tersebut akan tunjuk arah se ditel mungkin,aplikasi tu plk siap bergurau dgn kita.Taip saja dimana sahaja,sejauh Perlis atau pun dalam negeri johor sendiri.Tak ada masalah langsung utk ketaman negara tanjung piai,Jadi tak ada masalah untk sesat atau payah utk kesini,malah kedalam tanah pun aplikasi yang ada akan tunjuk arah nya..kih kih kih:) :):)
menara pemerhati,dibina sedemikian rupa untuk keselesaan pengunjung

Nama Piai diambil dari sejenis paku yang bernama piai tapi aku sendiri pun tak tau ada nama paku yg bernama piai,mcm kelakar lah plk nama tu,bunyi macam perkataan orang asli jer, :).Taman negara tanjung piai bukan lah taman negara seperti endau-rompin atau taman negara yang terletak diterengganu pahang dan kelantan tetapi taman negara ni dipenuhi dgn pokok bakau seluruh nya.Luas taman negara tanjung piai ialah dalam 520 hektar sahaja yang bersamaan dgn 1300 ekar,Sangat kecik kalau dibandingkan dengan taman negara endau rompin yg berkeluasan 50,000 hektar.Bepuluh kali ganda..
Jeti tengah laut.Dari sini kelihatan pulau indonesia,iaitu pulau karimon

Kemudahan yang ada ditaman negara tanjung piai boleh dikatakan sebagai terbaik,Tempat letak kereta yang luas dan tak dikenakan bayaran.tandas,surau,gerai jualan,bilik pamiran,panggung wayang kecik,tempat perjalan kaki yg kukuh untuk ketanah paling selatan benua Asia,Menara permehati yg tinggi,wakaf2 tempat berehat,Jeti hingga ketengah laut dan bayaran untuk masuk telah diperuntukan sebanyak rm5.30 untuk dewasa dan pelajar serta warga emas sebanyak 3.20 sen,Bayaran ini sangat memadai kerana pengunjung boleh berada dalam taman sehingga sehari suntuk..Taman negara paya bakau ini dikelolakan oleh jabatan perhutanan negeri Johor.
Titik paling hujung benua Asia tetapi agak malang tulisan nya seolah2 telah dirosakan atau pun terjatuh dengan sendiri .Harap pengurusan dapat baiki tempat2 yg macam ni.

Aku ketaman negara tanjung piai pada 16-12-2017.Aku bertolak dari terengganu pada hari jumaat 15-12-2017,pukul 9 pagi dan sampai dipagoh rumah saudara aku pada pukul 4 petang,tidor semalam dipagoh dan ketaman negara tanjung piai pada sabtu pukul 9 pagi,Sampai ditaman negara tanjung piai hampir pukul 12 tgh hari dengan jauh perjalanan 160 km dari pagoh ke tanjung piai,Kelewatan disebabkan keadaan jalan raya yang sibuk disemua bandar2 dijalanan,tempat2 yg sibuk bermula dari bandar parit sulong,bandar batu pahat,bandar pontian,pekan2 kecik dilaluan sehingga ke tanjung piai,sebenarnya diperjalanan keadaan traffik sangat sibuk,mungkin kerana cuti sekolah dan banyak tempat ada keramaian kenduri kawin,sungguh pun hanya kenduri kawin,satu2 tempat itu menyumbang banyak kpd kesesakan jalan raya.
Laluan pejalan kaki ditengah laut..Keistimewaan tempat ni untuk melihat ikan tembakul berlaga.Banyak ikan tembakul bermain2 bila air laut surut.

Ditaman negara tanjung Piai aku ambik masa selama lebih 3 jam dgn pergi dikebanyakan tempat.Termasuk tanah hujung benua Asia.Aku bertolak balik ke pagoh dan tidur untuk semalam lagi dan balik keterengganu pada keesukan hari nya iaitu pada hari ahad 17-12-2017,Kos minyak sebanyak rm300 termasuk dengan tol di LPT 1 dan LPT 2,Semua perjalanan dalam 1200 km pergi balik termasuk ronda2 dihari pertama dan hari ke-3 sebelum balik ke terengganu..Sekian...

LAIN-LAIN GAMBAR.





 BAHAGIAN HADAPAN TAMAN/PINTU MASUK







BAHAGIAN DALAM








BAHAGIAN BELAKANG