Isnin, 19 Disember 2016

jambatan kampung stelu

kumpulan budak2 yang jaga lalu lintas,traffik light tak berfungsi

Jambatan pulau stelu,Gua Musang Kelantan...satu jambatan yang sangat terkenal di malaysia,Sebab menjadi terkenal kerana jambatan ni runtuh dibanjir besar kelantan 17 -12-2014 hingga 30-12-2014.Sebab menjadi terkenal kerana menjadi modal politik antara parti memerintah negeri kelantan dan kerajaan yang memerintah diputra jaya.Menjadi terkenal juga kerana menjadi bahan ejekan antara penyokong parti masing2.Aku jadi hairan sebab apa kemudahan utama ini tak dibuat dengan kadar segera.Sedangkan jambatan ini merupakan penghubung utama jalan Gua Musang Jelawang.Sebelah menyebelah antara jambatan ini merupakan perkampungan yang ramai penduduk,.. 
semasa aku lalu atas jambatan pulau stelu

Aku telah lalu dijambatan stelu dengan cara tidak sengaja kerana aku memandu dijalan gua musang-jelawang pada suatu hari pada 13-12-2016.Memandu laju dijalan Gua Musang Jelawang aku dikejutkan dengan papan tanda yang menunjukan jambatan sempit dihadapan.Yang aku sedia maklum kalau terjumpa dengan papan tanda macam tu ialah sebuah jambatan yang agak sempit untuk dilalui..Apa yang aku dapati setelah sampai dihujung jambatan ialah tak kelihatan pun jambatan,yang ada sekumpulan budak2 yang memberi isyarat menyuruh aku berhenti,Setelah aku jenguk2,nunnnn!!!!! jauh dibawah kelihatan sebuah jambatan yang benar2 kecik untuk dilalui.Aku agak panjang dalam 100 meter.Setelah aku tanya kapada budak2 yang ada kat situ,ketahui lah aku budak2 tersebut sedang mengambil tugas untuk mengawal lalu lintas kerana traffik light tidak berfungsi.Aku dapati juga budak2 tu memungut duit dari kederaan yang mengunakan jambatan tersebut,mungkin menjadi kesalahan dengan memungut duit tanpa kebenaran pihak kerajaan tetapi dengan adanya budak2 tersebut menjadikan kita mudah untuk mengunakan jambatan tersebut,Kira halal lah duit seringgit yang aku bagi,boleh juga budak2 tu buat belanja..Tentang kebenaran pula,mungkin budak2  tu telah disokong oleh ahli jawatan kampung untuk buat kerja tu dan aku fikir tak menjadi kesalahan.
hanya ni saja yang tinggal

Aku juga diberitahu bahawa jambatan sementara yang baru aku lalui telah dibina oleh angkatan tentera malaysia dan orang yang aku tanya tak tahu bila kah jambatan baru hendak dibina,mungkin kalau benar2 nak tahu boleh saja bertanya kapada MB kelantan atau PM malaysia iaitu dato’ najib.Pada fikiran aku tak payah lah nak campur dalam urusan dia orang,dia orang dah pandai2 semua.Dari orang itu juga aku tahu nama jambatan tersebut..Aku singgah sebentar untuk ambik gambar buat kenangan dan gambar untuk isi dalam blog ni.
Rasa jgk takut bila berdiri ditepi jambatan yang tak runtuh

Aku meneruskan perjalanan aku setelah beli air kat hujung jambatan yang dijual oleh tiga orang awek kelantan yang cun,kalau lah awek tu tak cun tobat pun aku tak beli.hehehe
Aku rasa jambatan ni panjang nya lebih dari 100 meter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan