Selasa, 27 Disember 2016

stesen keretapi bertam baru

Stesen keretapi bertam terletak dikampung bertam baru,Kampung terdekat ialah kampung bertam baru ialah kampung bertam lama..Kampung bertam baru dan bertam lama terletak dijajahan gua musang, Kampung bertam lama dan kampung bertam baru telah dipisahkan oleh sebatang sungai yang dinamakan sebagai sungai betis/nenggeri.Yang menyambungkan kedua2 kampung ini ialah jambatan keretapi yang dibina diatas sungai betis,Jambatan tersebut dinamakan sebagai jambatan clementi.Sekian



Isnin, 19 Disember 2016

Air terjung gunung stong

Air terjun gunung stong ni tak payah diperkenalkan lagi,Memang air terjun ni dah terkenal kerana ketinggian nya.Salah satu yang tertinggi di Asia.Air terjun gunung stong serupa sahaja dengan air terjun lain tapi yang berlainan kerana ketinggian nya yang memukau.Terletak dinegeri kelantan,pekan2 terdekat ialah pekan dabong 5km,bandar jeli 50km,bandar gua musang 80 km (lebih kurang)Tenguk gambar kat bawah>>>>>>









jambatan kampung stelu

kumpulan budak2 yang jaga lalu lintas,traffik light tak berfungsi

Jambatan pulau stelu,Gua Musang Kelantan...satu jambatan yang sangat terkenal di malaysia,Sebab menjadi terkenal kerana jambatan ni runtuh dibanjir besar kelantan 17 -12-2014 hingga 30-12-2014.Sebab menjadi terkenal kerana menjadi modal politik antara parti memerintah negeri kelantan dan kerajaan yang memerintah diputra jaya.Menjadi terkenal juga kerana menjadi bahan ejekan antara penyokong parti masing2.Aku jadi hairan sebab apa kemudahan utama ini tak dibuat dengan kadar segera.Sedangkan jambatan ini merupakan penghubung utama jalan Gua Musang Jelawang.Sebelah menyebelah antara jambatan ini merupakan perkampungan yang ramai penduduk,.. 
semasa aku lalu atas jambatan pulau stelu

Aku telah lalu dijambatan stelu dengan cara tidak sengaja kerana aku memandu dijalan gua musang-jelawang pada suatu hari pada 13-12-2016.Memandu laju dijalan Gua Musang Jelawang aku dikejutkan dengan papan tanda yang menunjukan jambatan sempit dihadapan.Yang aku sedia maklum kalau terjumpa dengan papan tanda macam tu ialah sebuah jambatan yang agak sempit untuk dilalui..Apa yang aku dapati setelah sampai dihujung jambatan ialah tak kelihatan pun jambatan,yang ada sekumpulan budak2 yang memberi isyarat menyuruh aku berhenti,Setelah aku jenguk2,nunnnn!!!!! jauh dibawah kelihatan sebuah jambatan yang benar2 kecik untuk dilalui.Aku agak panjang dalam 100 meter.Setelah aku tanya kapada budak2 yang ada kat situ,ketahui lah aku budak2 tersebut sedang mengambil tugas untuk mengawal lalu lintas kerana traffik light tidak berfungsi.Aku dapati juga budak2 tu memungut duit dari kederaan yang mengunakan jambatan tersebut,mungkin menjadi kesalahan dengan memungut duit tanpa kebenaran pihak kerajaan tetapi dengan adanya budak2 tersebut menjadikan kita mudah untuk mengunakan jambatan tersebut,Kira halal lah duit seringgit yang aku bagi,boleh juga budak2 tu buat belanja..Tentang kebenaran pula,mungkin budak2  tu telah disokong oleh ahli jawatan kampung untuk buat kerja tu dan aku fikir tak menjadi kesalahan.
hanya ni saja yang tinggal

Aku juga diberitahu bahawa jambatan sementara yang baru aku lalui telah dibina oleh angkatan tentera malaysia dan orang yang aku tanya tak tahu bila kah jambatan baru hendak dibina,mungkin kalau benar2 nak tahu boleh saja bertanya kapada MB kelantan atau PM malaysia iaitu dato’ najib.Pada fikiran aku tak payah lah nak campur dalam urusan dia orang,dia orang dah pandai2 semua.Dari orang itu juga aku tahu nama jambatan tersebut..Aku singgah sebentar untuk ambik gambar buat kenangan dan gambar untuk isi dalam blog ni.
Rasa jgk takut bila berdiri ditepi jambatan yang tak runtuh

Aku meneruskan perjalanan aku setelah beli air kat hujung jambatan yang dijual oleh tiga orang awek kelantan yang cun,kalau lah awek tu tak cun tobat pun aku tak beli.hehehe
Aku rasa jambatan ni panjang nya lebih dari 100 meter

Sabtu, 17 Disember 2016

ronda-ronda ke-kelantan

Jambatan sungai belimbing,Tasik Kenyir

Seorang kawan  telah mengajak aku pergi ronda2 dikelantan,Tujuan nya untuk menjadikan aku pemandunya sebab kawan aku ni kurang cekap memandu.Kami bermula dikuala berang pada pukul 8.30 pagi 13-12-2016.Mengambil laluan lebuhraya kuala berang-gua musang melalui sungai gawi tasik kenyir.Tujuan kekelantan untuk melihat stesen keretapi dipendalaman kelantan dan ingin ke air terjun gunung stong di Jelawang...

Dari kuala berang ke sungai gawi mengambil masa hampir 1 jam,singgah sebentar minum kopi disimpang kuala jeneris,kedai kawan lama...Dari sungai gawi ke sempadan kelantan terengganu mengambil masa lebih dari sejam dan singgah sebentar melihat jambatan sungai belimbing.

Jalan gua musang-Jelawang

Dari sempadan kelantan ke simpang chiku mengambil masa setengah jam lebih walaupun jauh nya hanya 30km.Jalan yang kuran baik menyebabkan perjalanan menjadi sangat lambat,Dari simpang chiku ke kampung bertam baru melalui kampung limau kasturi yang sejauh 50km mengambil masa kurang dari sejam.Simpang untuk masuk kebertam baru ialah 2 km dari RR gua Musang.Dibertam baru ni lah ada sebuah stesen keretapi yang agak terpencil dinegeri kelantan.Laluan yang aku ambil ini kerana aku menyangka jalan raya nya bersambung terus ke jelawang seperti yang aku tenguk di google map,rupa2nya garisan hitam yg bertanda digoogle map ialah jambatan jalan keretapi,bukan jalan tar biasa,Aku telah diberitahu oleh orang kat situ kalau untuk pergi ke jelawang terpaksa berpatah balik ke lebuh raya gua musang dan ke bandar gua musang,dari situ lah laluan ke jelawang...Aku bertolak dari bertam baru ke gua musang pada pukul 12.00 tengah hari dan sampai ke bandar gua musang hampir pukul 1.00 petang


Stesen keretapi dikampung bertam baru

 Bandar gua musang merupakan pusat pentadbiran bagi jajahan gua musang.Bandar gua musang mempunyai semua kemudahan asas yang diperlukan,boleh dikatakan bandar yang cukup besar untuk sebuah jajahan (kalau kat terengganu dipanggil daerah).Bandar gua musang terbahagi kapada dua iaitu gua musang baru dan gua musang lama,Gua musang lama tak lah besar sangat kalau nak dibandingkan dengan gua musang baru,Gua musang lama seolah2 mengekalkan bangunan lama nya..Gua Musang mempunyai cerita hitam nya dimasa yang lalu terutama diawal merdekanya tanah melayu,cerita tentang komunisnya dan masalah hubungan,selain itu cerita hitam nya semasa banjir besar pada tahun 2013-2014 yang baru lalu.Ada beberapa perkara menarik dibandar gua musang,Yang paling menarik kapada aku dibandar ini ialah stesen keretapi nya,Yang kedua ialah bukit gua musang yang terletak dikiri dan kanan lebuh raya gua musang-Chiku,Bukit ini seolah2 seperti pintu gerbang kapada bandar gua musang.Yang ketiga kedai makan nya,kedai ikan bakar nya boleh dikatakan dijual dengan harga yang murah,begitu juga sup tulang,Harga itu jika dibandingkan dengan tempat aku di kuala berang,Selain itu bandar gua musang bandar terakhir bagi negeri kelantan untuk ke negeri pahang.Bandar Gua Musang juga merupakan laluan untuk ke Cameron highland..


Jambatan keretapi disebelah kg bertam lama

Tanpa singgah untuk makan atau solat,perjalanan diteruskan untuk kejelawang atau lebih tepat lagi ke air terjun gunung stong,Dilaluan ini lah telah terjadi kehebuhan seluruh negara kerana dijalan pendalaman ini mempunyai jambatan yang telah runtuh pada banjir besar pada 17-12-2014 hingga 30-12-2014 dan jambatan ini tinggal terbiar tanpa dibuat baru akibat dari diskriminasi pihak kerajaan pusat kerana berlainan parti politik.Jambatan yang dimaksudkan ialah Jambatan kampung pulau stelu,Setelah jambatan ini roboh pada banjir besar tersebut jambatan sementara telah dibina oleh angkatan tentera malaysia(itu yg telah diberitahu kapada aku) dan digunakan sampai sekarang.Jambatan ini boleh dikatakan panjang kerana terbina disungai betis yang lebar,mempunyai trafik light untuk memudahkan penguna tapi semasa aku tiba disitu trafik light nya tak berfungsi,untuk memudahkan pengguna, peranan itu telah diambik oleh budak2 dikampung tersebut dgn bayaran yang tertentu.Aku singgah sekejap untuk ambil gambar dan meneruskan perjalanan ke air terjun stong yang berdekatan dengan pekan jelawang,Ditengah2 nya aku masuk sekejap untuk ke kampung bertam lama yg terletak 20km dari laluan gua musang –jelawang.Aku kesitu hanya lah untuk memastikan sahaja hubungan antara bertam baru yang ada stesen keretapi dgn kampung bertam lama,rupa2nya kampung tersebut hanya dipisahkan dengan sungai betis sahaja,Aku dapati kampung tersebut sangat dekat dan mungkin masjidnya ada sebuah sahaja untuk solat jumaat.Kelengkapan balai polis yang terletak dikampung bertam baru ada juga dikampung bertam lama iaitu beberapa kereta peronda dan bot polis,mungkin untuk kemudahan disebelah bertam lama sedangkan balai polis terletak dikampung bertam baru (payah nak faham tu,hahahaha).Setelah aku snap beberapa keping gambar terutama sekali jambatan keretapinya aku bertolak balik ke laluan gua musang-jelawang,sebenar nya dari bertam lama laluan terus juga ke jelawang tetapi oleh kerana jalan nya sempit,aku balik pula kepangkal jalan yakni jalan gua musang –jelawang,Semasa laluan balik ini aku jumpa dengan segerombolan itek putih,aku snap jgk gambar sbb aku suka ambik gambar,kikiki...


Jambatan sementara dikampung pulau stelu

Tujuan utama sekarang ialah untuk tuju ke air terjun gunung stong dipekan jelawang,Tiba dipekan jelawang dah pun pukul 4.00 petang,makan tengah hari di RR dipekan jelawang dengan harga yang sangat murah,makanan berupa nasi campur,daging ayam dua,belacan dan nescaffe,harga hanya rm10 untuk dua orang (bleh mari mkn sokmo klu lagu ni). Sambil2 makan sambil mengorat dengan mek2 kelantan yang cun2 yang ada dikedai tu,aku sengaja buat2 aku ni pelancung yang konon nya datang melancung tapi mengorat tak cukup syarat mana ada orang nak layan,aku datang hanya berkereta cap ayam sahaja iaitu kereta bezza perodua bkn kereta buatan luar seperti audi dan sebagainya hehehehe...


Gerembolan itik dekat dengan kampung jerek

Aku masuk sebentar kekawasan air terjun gunung stong,Aku dapati tempat perkelahan ini ditutup kpd umum disebabkan musim tengkujuh tp dgn bantuan budak2 muda kat situ aku dapat juga masuk melalui sungai air terjun tersebut,Aku dapati kemudahan yang ada kat air terjun ni seperti dah ditinggalkan,seperti dah tak terjaga,banyak dari bangunan nya dah reput,Laluan simen nya seperti lama tak dibaik pulih,Gah nama air terjun gunung stong tak sepadan dengan kemudahan yang ada,memang banyak chalet yg dibina tp banyak yang dah reput,takut nak naik (BUKAN NAK MEMBURUK2 TAPI ITU YANG BENARNYA,PERGI TENGUK SENDIRI MASA TERDEKAT NI) Air terjun gunung stong merupakan salah satu air terjun yang tertinngi di asia sepatutnya tempat tersebut dijaga sepadan dengan kemasyhuran nya terutama sekali chalet2 nya.Kebersihan persekitaran seperti ditempat2 lain jgk...


Air terjun gunung stong dari jauh

Setelah solat jamak taakhir,aku bertolak balik melalui jeli pada pukul 5.30 petang,Ditengah2 antara pekan jelawang dan jeli aku terjumpa sebuah gerai yang menjual kutu bambu (itu yg dibagitau),Kutu bambu dibuat dari ubi kayu parut yang telah dikeringkan,Ubi kayu parut ni dikukus dgn menguna sarang yang dibuat,sungguh sedap,aku beli rm4 dan makan jugak kat situ. makan style anthony bourdain,hehehe...Aku sampai rumah pada pukul 10.00 malam setelah pekena sup tulang dikedai din selasih dipekan kuala berang.harga rm 23.50....Abis...