Sabtu, 18 Jun 2016

kebun tembakau

kebunnya

Sejak kenaikan harga rokok yang mengila,penanaman tembakau kampung telah mengambil tempatnya dengan penanam tembakau telah menanam pokok ini dengan lebih banyak.Aku sempat kekebun tembakau dikampung aku untuk  merasa keperitan penanam tembakau
 Daun yang baru dipungut

Tak aku sangka pendapatan dari hasil penanam kecil2an ini telah mendapat hasil yang sangat lumayan,pada tahun 2015 yang lalu pekebun tembakau ini telah meraih pendapatan sebanyak  24 ribu ringgit, pokok yang ditanam nya sekitar 2 ribu pokok sahaja, bermakna  sepokok tembakau telah memberi pendapatan sebanyak RM 12 ringgit..Walau bagaimana pun masa yang diambil untuk pendapatan sebanyak itu ialah enam  bulan.Enam bulan itu dikira dari mula2 menanam sehingga hasil dikeluarkan..

Pokok tembakau yang baru ditanam..

Gambar kebun tembakau ni ialah kebun tembakau jiran aku,aku sempat melihat kebun nya disuatu hari sambil duduk sembang petang,Menghayati dan menikmati pemmandangan yg indah dikebun nya..SEKIAN..


Khamis, 2 Jun 2016

tukar hak milik kenderaan

Hari ini aku bercadang untuk pergi tukar nama kereta aku di JPJ Negeri terengganu,kereta aku telah aku jual kapada seorang kawan aku,Kereta buruk aku, aku telah jual dengan harga RM 1000,sangat murah,leebih murah dari honda cub buruk,Dari dibiarkan buruk macam tu lebih baik aku jualkan saja,sebenarnya kereta aku dah bertaraf  besi buruk,Kereta aku berjenama proton saga yakni proton saga lama,tahun  aku tak ingat tapi mmg soheh kereta aku dah lebih dari 20 tahun usianya,sangat memadai klu dijual dengan harga tersebut.Aku memang tak suka berurusan dengan pejabat,Menjadi kegusaran aku untuk melalui macam2 kerenah yang disediakan oleh pihak JPJ (jabatan pengangkutan jalan).Sebenarnya proses menukar nama kereta tak lah payah mana,Yang menjadi payah ketika belum berurusan,kalau dah berurusan macam senang jer.macam beres jer...

Cara2 untuk menukar nama kereta semudah abc itu pun kalau dokumen telah lengkap,Tak ada saman lama yang tertunggak,Yang pertama kena ada ialah geran kereta,geran sangat perlu dalam proses menukar nama,Dalam proses menukar nama hak milik kereta aku, semua dokumen telah diselesaikan oleh pembeli kerana pembeli ni sudah berpengalaman..Pergi kat kaunter pertanyaan dan tanya kat situ apa yang mesti dibuat,Yang pertama ambik nombor giliran,selepas nombor kita naik pergi sahaja ketempat yang sepatutnya,jangan pula tersalah ambik nombor untuk urusan lain,urusan lain seperti buat cukai jalan dan sebagainya,tempat yang sepatutnya kita pergi  ialah ke kaunter pindah milik..


Dikaunter tu kita hendak lah bagi semua dokomen yang ada,terutama geran,my kad pemunya dan mykad yang hendak dipindah milik,Dimasa ini mesti ada dua individu,yang pertama ialah tuan kereta dan kedua pembeli kereta kita,Sebenarnya tak banyak cakap pun dikaunter ni,pegewai hanya meminta kita dan pembeli meletakan ibu jari tangan dialat letronik yang disediakan selepas itu semua nya beres,tak sampai lima minit proses ni selesai,Semua selesai dengan geran baru dikeluarkan,geran baru sudah bertukar saiz kapada saiz yg kecik,aku tak teringat utuk ambik gambar geran baru yang bersaiz kecik ni.Bayaran yang dikenakan sebanyak RM 100,Biasa nya pembeli lah yg mengeluarkan semua perbelanjaan untuk proses tukar hak milik,walau mcm mana pun semua perbelanjaan ditentukan semasa menjual kereta,persetujuan kedua pihak menjadikan urusan menjadi mudah...Hanya itu sahaja proses menukar hak milik,tak de susah pun ,SEKIAN