Isnin, 2 Mei 2016

Chengal besar

Aku tak ada dlm gambar ni,sbb yg snap pic ni ialah aku..hahaha

Pada 30-4-2016 dan 1-5-2016 aku sekali lagi kecengal besar dungun terengganu  mengikut kembara club motor  kampung aku.Aku kechengal besar untuk repeat sahaja kerana aku dah pun sampai kechengal besar dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2011,baca sini.. http://alamiindah.blogspot.my/2011/06/cengal-besar.html Pada jarak lima tahun itu aku dah pergi kekawasan tersebut sebanyak tiga kali tetapi aku hanya tak pergi kepokok chengal besar,aku hanya santai2 bermain moto dan memancing sahaja disungai Loh.Kali ini aku hanya ingin menilai sejauh mana chengal besar dikunjungi.Apa yang aku dapati pokok Chengal besar langsung tak dikunjungi sekurang2nya pada tahun 2016.Walau bagaimana pun pada hari aku sampai dikem sungai loh iaitu tempat terakhir untuk berkhemah sebelum mendaki kepokok chengal besar yang sejauh 3km,aku telah diberitahu oleh dua orang yg baru sahaja turun dari chengal besar,mungkin mereka dari jabatan hutan atau pun orang kampung disekitar telah diupah oleh jabatan hutan untuk menanda laluan kepokok chengal besar.Dua orang individu ini lah sahaja yg pergi kechengal besar sekurang2nya pada tahun 2016 dan termasuk aku dan kawan2 yg seramai 24 orang yang sampai kechengal besar.Tarikh aku pergi pada 1-5-2016 dan dua individu tadi pada 30-4-2016.Dakwaan aku itu berdasarkan laluan yg langsung tak rempuh oleh sesuatu,semak samun,pokok tumbang,laluan yang terputus teruk dan sebagainya.Yang ada hanya bekas rintisan yg ditinggalkan oleh dua individu yang aku jumpa semasa diperjalanan datang.Boleh dikatakan pokok chengal besar dah pun ditinggalkan terus,mungkin orang dah tak minat untuk tenguk pokok chengal yang terbesar ini,mungkin juga pokok chengal ini tak ada nilai untuk ditenguk dan dikagumi.Mungkin juga menyediaan laluan yang sukar,yang tak ada sokongan dari pihak yg terbabit khusus nya kerajaan sendiri, menyebabkan kurang nya pengunjung (tak ada langsung)Sokongan yang ada hanya lah jambatan gantung yang dibina dan telah pun rosak,sesuatu yang hairan kapada aku ialah mengapa dibina jambatan gantung tetapi tak ada pengunjung yang datang dan lebih hairan lagi jambatan itu sendiri tak dibaik pulih setelah dibina,ada kah pembinaan jambatan gantung ini hanya lah untuk mengisi ruang sahaja iaitu untuk memenuhi tempat yang kosong.(ahli politik pandai cari duit)Aku harap mereka yang terbabit buat sesuatu untuk memudahkan pengunjung datang,itu pun kalau chengal besar masih lagi dalam kalendar kementerian perlancungan untuk dikunjungi,kalau sudah tak dihargai lagi seeloknya pokok chengal ini ditebang sahaja kerana boleh juga memberi hasil kapada kerajaan dan rakyat negeri terengganu,Sekian

Gambar2 kat bawah ni


mcm jambatan maut

jambatan dilihat dari jauh

penanda jalan yg dah lusuh

Tempat yg paling baik,ada laluan tapi laluan gajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan