Sabtu, 12 Disember 2015

kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya biasa kita dengar dan mungkin kemalangan jalan raya pernah kita sendiri alami.Biasa juga kita dengar apabila terjadi kemalangan jalan raya tak ramai orang yang sudi menolong,Bila terjumpa kemalangan,terutama nya dilebuh raya, pemandu2 lain seperti tak hirau dengan apa yang terjadi,ramai pemandu berlalu begitu sahaja tanpa memberi pertolongan.Ada yang kata,bimbang nak tolong sebab takut itu adalah taktik orang jahat yg nak merompak.Ada juga yang kata,takut nak tolong kerana takut jangkitan HIV,terutama nya yang melibatkan penunggang motosikal.


Bagi aku alasan2 itu tak menesabah walau pun ada yang betul,Bagi aku setiap kemalangan mesti ditolong sama ada siang atau malam,Aku sendiri telah banyak mengalami peristiwa yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya dan setiap yang aku jumpa mesti aku tolong dan sepanjang yang aku tolong tak ada lagi yang merompak aku dengan erti kata lain kemalangan yang aku jumpa adalah kemalangan betul.

Disatu peristiwa,di-lebuh raya pantai timur,berhampiran dengan hentian kuantan,aku terlihat sebuah mpv tersadai diatas guard rel,kereta tu berasap dan tak ada sebuah kederaan pun yang berhenti memberi pertolongan,sedangkan diketika itu keadaan trafik bertali arus,Aku terus brek kereta aku agak jauh dari kederaan yang malang itu untuk berjaga2, dan berlari kekederaan yang malang itu,sebelum itu kawan aku melarang aku menolong, tapi aku menyindirnya dengan kata,

”ni hari dia,klu hari kita plk cm mana?,” Tiba dikederaan tersebut aku dapati dua orang perempuan china yang umur nya dalam 20an,Kedua2nya cedera,seorang dari nya agak cedera ringan dan sudah pun berada diluar kederaan, seorang lagi nampak nya parah,darah tak berhenti keluar,yang cedera ringan nampak sangat takut kapada aku,aku dapati juga perempuan china tu tak pandai berbahasa melayu dan aku pula tak pandai untuk berbahasa china,jadi jalan penyelesaian ialah dengan ber cakap bahasa inggeris walau pun aku tak pandai berbahasa tersebut,

Aku cakap dengan mereka,”dont not be scared,I want to help you,what can I do?”
 Dan aku sentiasa bercakap dengan mereka untuk meyakinkan mereka bahawa aku benar2 nak tolong mereka tapi dalam bahasa inggeris yang berterabur..

tah betul atau tidak apa yang aku cakap tapi ada respon yang baik dari awek china ni,mereka meminta aku hubungi peronda lebuh raya,Dikala itu ada beberapa buah kereta yang berhenti melihat apa yang terjadi dan mereka bertanya kapada aku,mungkin mereka dengar aku bercakap inggeris yg berterabur tu dan mereka tentu sangka aku lah yang tau apa yang terjadi.

“nak buat guaner ni,” kata seorang, dan diketika itu komunikasi jadi sangat mudah kerana keterenganuan nya,kerana aku pula datang dari kuala berang,terengganu.Aku menyuruh nya menalipon peronda lebuh raya kerana itu yg diminta oleh awek china yang kemalangan.

Tak sampai 15 minit sebuah peronda sampai,mungkin peronda yang sampai telah berada dekat dengan tempat kemalangan dengan hubungan yang baik membolehkan hubungan telekomunikasi menjadi cekap.Setelah semua nya terkawal,pertolongan telah pun sampai,aku meminta diri untuk pergi dan berkata,

”I got to go,” kapada awek china yang kemalangan,.Aku rasa awek china tu mengucapkan terima kasih kapada aku sebanyak berpuluh2 kali.
.
“Thank you,
”thank you”
 “thank you”
  “thank you so much,” kata mereka..Diketika itu awek china yang parah dah agak pulih dan mampu tersenyum kapada aku,terasa jgk sedih nya sebab pada mula2 tadi awek yg parah ni mengeletar tubuh nya,aku terasa mcm dah nak mati,tapi itu mungkin hanya kejutan sahaja kerana mungkin itu pertama kali dia kemalangan.

Setelah aku sampai kekereta aku,ada sebuah kereta berhenti dan bertanya kapada aku apa yang terjadi,Aku jawab dua orang perempuan china yang kemalangan.Aku terkejut bila dia menjawab,

“oooo china,tak payah lah,” Aku seperti tersindir dengan kata2 itu sebab aku yang tolong,aku yakin dia pun tak tau aku yang memberi pertolongan,Oleh kerana aku rasa tersindir aku pun jawab,

“boss!! Nak tolong orang tak kira orang,keling ker,melayu ker,iban ker,china ker,”
Aku membentak panas,apa yang aku nampak orang itu sangat berprestij,dengan cara berpakaian serta kederaan yang dipandunya,Kalau setakat gaji tiga empat ribu memang tak boleh pakai kereta macam dia,aku agak dia ni orang kaya,tapi aku peduli apa dengan orang kaya. Dan orang yang aku agak kaya ini telah menunjukkan kesombongan nya didepan aku.Orang itu berlalu pergi tanpa jawab apa2.

Kesimpulan aku...Setiap kemalangan mesti ditolong dengan apa yang terdaya oleh kita,samada hanya menalipon polis atau bomba,bayangkan yang kemalangan itu kita sendiri atau saudara2 kita dan tak ada pulak orang yang memberi pertolongan. Jangan terfikir sangat orang nak merompak atau sebagainya,apa yang perlu kena berhati2,tenguk keadaan Sekian...