Khamis, 12 November 2015

pokok sarsi

Pokok sarsi itu yang telah diberitahu kapada aku oleh seorang penduduk kampung aku, ketika aku menghulurkan daun pokok ini setelah aku mencium nya dan berbau macam minuman air sarsi yang dijual dikedai2.(payah nak faham ayat ni).Memang bau nya 100% air sarsi.Pokok sarsi yang aku maksudkan telah aku jumpa dengan tak sengaja ketika aku merentap2 daun pokok diperjalanan aku dan salah satu daun pokok sarsi ini.Sebenarnya aku sendiri tak sangka bahawa air sarsi yang aku minum datang nya dari pokok ini atau pun pokok ini bukan lah pokok sarsi tetapi nama lain untuk pokok ini,Oleh kerana bau nya macam air sarsi jadi nama mudah nya ialah pokok sarsi.(mungkin boleh rujuk kapada jabatan hutan)
Sebenarnya pokok ini asing kapada aku walaupun hutan menjadi tempat permainan aku.Bertemu dengan pokok ini menjadi kejutan kapada aku sendiri.Pada fikiran aku air sarsi tentu lah datang nya dari negara2 barat bukan negara asia ataupun pokok ini tak tumbuh dinegara asia.Pokok ini hanya tumbuh dinegara barat.Kesimpulan aku air sarsi datang nya dari negara aku sendiri dan mungkin sarsi hanya datang dari kampung aku sendiri,hehehehe....Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan