Rabu, 25 November 2015

Pokok bismillah


Pokok bismillah

Pokok bismillah,itu yg diberi tahu kpd aku dan khasiat nya untuk menurunkan darah tinggi.Setelah bertanya2,aku telah ditunjuk oleh seseorang dimana pokok ini berada,tanpa aku sedari pokok bismillah hanya ada disebelah rumah aku sahaja,jadi tak ada masalah kapada aku untuk cuba menjadikan daunnya sebagai ubat untuk menurunkan darah tinggi.Dengan mengambil sebanyak lima helai daun nya aku rebus didalam kendi kecik,Aku juga telah diberitau,untuk merebus daun pokok bismillah untuk dibuat ubat mesti mengikut cara2nya yang tertentu iaitu air rebusan nya mesti tinggal separuh setelah direbus.Setelah direbus,air nya berwarna seakan2 hijau dan rasanya sedikit pahit,boleh diminum segelas sehari sehingga seminggu,kalau tak rasa apa2 perubahan harap pergi ke hospital jer,hahahaha...
Daun nya

Aku rasa pengambilan air rebusan pokok bismillah hanya boleh diambil diketika tekanan darah tinggi masih diperingkat awal terjadi,kalau tekanan nya tak dapat dikawal lagi,mesti kehospital,Kapada aku pengambilan ubatan seperti ini hendaklah diambil berterusan yakni jadi kan rebusan air pokok bismillah menjadi minuman harian tapi dalam kadar yang sedikit.Mungkin juga daun pokok bismillah boleh saja dibuat ulam ketika makan nasi dalam kadar seminggu sekali..
Air dari pokok bismillah.yg aku rebus sendiri....mcm air daun ketum,hehehe


Setelah aku meminum air rebusan pokok bismillah aku rasa pening kepala aku telah tiada dalam erti kata lain air rebusan pokok bismillah berkesan kapada aku,mungkin kapada orang lain tak menjadi dan mungkin juga kapada yang tak menjadi kena pergi hospital,hahahaha,Sekian

Khamis, 12 November 2015

pokok sarsi

Pokok sarsi itu yang telah diberitahu kapada aku oleh seorang penduduk kampung aku, ketika aku menghulurkan daun pokok ini setelah aku mencium nya dan berbau macam minuman air sarsi yang dijual dikedai2.(payah nak faham ayat ni).Memang bau nya 100% air sarsi.Pokok sarsi yang aku maksudkan telah aku jumpa dengan tak sengaja ketika aku merentap2 daun pokok diperjalanan aku dan salah satu daun pokok sarsi ini.Sebenarnya aku sendiri tak sangka bahawa air sarsi yang aku minum datang nya dari pokok ini atau pun pokok ini bukan lah pokok sarsi tetapi nama lain untuk pokok ini,Oleh kerana bau nya macam air sarsi jadi nama mudah nya ialah pokok sarsi.(mungkin boleh rujuk kapada jabatan hutan)
Sebenarnya pokok ini asing kapada aku walaupun hutan menjadi tempat permainan aku.Bertemu dengan pokok ini menjadi kejutan kapada aku sendiri.Pada fikiran aku air sarsi tentu lah datang nya dari negara2 barat bukan negara asia ataupun pokok ini tak tumbuh dinegara asia.Pokok ini hanya tumbuh dinegara barat.Kesimpulan aku air sarsi datang nya dari negara aku sendiri dan mungkin sarsi hanya datang dari kampung aku sendiri,hehehehe....Sekian

Rabu, 4 November 2015

harga rokok

Harga rokok telah naik pada 4-11-2015,harga rokok naik kali ini merupakan kenaikan yang paling gila,Kebanyakan harga rokok dinaikan 3.20 sekotak,Semua jenis rokok dunhill yang 20 batang sekotak berharga RM17.00.Diikuti pula dengan rokok benson yang juga berharga RM 17.00 sekotak.Rokok2 popular lain seperti rokok peter stuyvensant berharga RM 15.50.Lucky strike berharga RM 17.50..Rokok pall mall jgk berharga RM15.50 sen


Alasan harga rokok naik kerana nak mempekayakan kroni,lain tak ada,nak kata kerajaan nak jaga kesihatan rakyat memang tak menesabah sebab kalau benar2 kerajaan nak jaga rakyat nya tentu pihak kerajaan haram kan terus rokok dan tak benarkan kilang beroperasi,Kenaikan harga rokok akan menambah beban kerajaan kerana pihak kerajaan akan banyak mengunakan duit untuk basmi penjual rokok murah yang sangat berleluasan,Sebenarnya kerajaan sendiri yang cari penyakit,Padan dengan muka,hahahaha...

Senarai harga rokok pada 4-11-2015

Isnin, 2 November 2015

cerita hantu 4

Cerita hantu aku pada kali ini telah terjadi dilebuhraya jerangau-jabor beberapa tahun yang lalu,Semasa itu LPT2 sedang dibina dan untuk kekuala lumpur atau kemaman lebuhraya jerangau-jabor lah yang menjadi pilihan.
Gambar hiasan yang aku ambil dari internet

Aku sering kali kerumah saudara aku di AMBS (durian mas),Biasanya aku kerumah saudara aku bersama dengan pakcik dan makcik aku kerana saudara yang aku maksudkan ialah anak2 mereka.Biasa nya kami akan bertolak dari kuala berang pada pukul 5 petang yakni selepas solat asar dan balik semula ke kuala berang awal tengah malam,pukul 11.00 atau pukul 12.00 malam.

Ke AMBS aku selalu bawa lap top untuk memuat naik video yang aku nak you tube kan,untuk memuatnaik video ke you tube memakan masa yang lama kerana aku hanya online mengunakan prepaid saja,aku jarang mengunakan wifi kerana kemudahan itu tak ada ditempat aku.Upload video mengunakan prepaid biasa nya memakan masa selama 150 minit untuk video yang berdurasi hanya 4 minit,oleh itu masa dirumah saudara aku di AMBS memakan masa yang lama,jadi untuk balik semula ke kampung aku tentu nya jauh malam

Masa balik semula kekampung aku ini lah telah terjadi peristiwa yang aku akan ingati..Setelah siap berupload dan makan2 dirumah saudara aku,aku dan pakcik/makcik bertolak balik,melepasi AMBS kederaan kurang dimasa itu,tak sampai beberapa minit memandu aku dapati pakcik dan makcik aku dah pun tertidur,jadi aku memandu sorang2 melayani lagu distesen radio THR,dimasa itu lagu2 yang diputarkan kebanyakan lagu2 lama,era yang lampau,Sedang rilek2 memandu sekitar 100km sejam aku dikejutkan dengan suatu lembaga yang besar,(ni bukan lembaga macam lembaga tanah negara atau lembaga tanah persekutuan,tapi lembaga macam raksasa,hahahaha)aku membrek kereta aku tetapi brek dah tak makan,bunyi tayar kereta berdesit mengelunsor,melintang jalan, aku tak sempat nak buat apa2 dan terus melanggar lembaga tersebut,bunyi yang sangat kuat telah mengejutkan pakcik dan makcik aku dan mereka bertempik dengan kuat,kereta berhenti disebelah kanan yakni dilaluan yang sebelah lagi,setelah kereta berhenti aku mengambil lampu suluh yang memang sentiasa ada dalam kereta aku,Pada jangkaan aku kereta dah pun remuk disebelah aku dibahagian belakang.Bila aku keluar,tempat yang mula2 aku suluh ialah bahagian yang aku sangkakan remuk tetapi sangat menghairankan kerana kereta aku tak ada sedikit pun calar,aku suluh sekeliling kereta dan aku dapati semua bahagian kereta tak ada yang calar jauh sekali remuk,Pakcik dan makcik aku riuh rendah bertanya apa yang terjadi,bagaimana kereta dan sebagainya,setelah itu aku suluh semua tempat dan pergi ketempat yang aku rasa perlanggaran tadi terjadi,aku dapati tak ada apa benda pun,lembaga besar atau binatang ternakan tak kelihatan.Makcik aku yang sentiasa bermulut riuh memanggil aku supaya masuk kekereta dan mengajak balik,Aku pun hairan macam mana makcik aku tak peka dengan apa yang terjadi.Setelah aku yakin tak ada apa yang rosak aku memandu balik dengan kelajuan yang serupa 100km-120km sejam..

Sesampai diajil iaitu trafik light ajil makcik aku telah membuka mulut dengan bercerita yang macam2 perkara,Makcik aku kata tempat yang terjadi tadi,memang tempat selalu orang kena usik oleh benda2 ghaib,selalu orang jumpa lembaga yang besar2,tempat tu selalu terjadi kemalangan yang teruk hingga ada yang kehilangan nyawa.makcik aku cakap bahawa kami bernasib baik kerana tak terjadi kemalangan (dah pun kemalangan,Cuma kereta jer tak berguling jatuh cerun..) Sebenarnya aku sendiri pun tau kawasan tersebut memang sering terjadi kemalangan tapi aku tak tau pulak kawasan tersebut ada hantu yang bergentayangan berkeliaran,huaaaaaaaa...Aku tak hairan dengan apa yang disebut oleh makcik aku sebab mulut makcik aku macam radio THR jugak,banyak sumber makcik aku ni..huaaaaa.


Sampai kerumah lebih dari pukul 1.00 tengah malam setelah berhenti minum nescafe dan pekena mee rebus dikedai laila,batu 22 jalan kuala berang-kuala terengganu.Makcik aku sibuk talipon anak2 nya yang berada dikemaman dan dungun serta kuala lumpur dan menceritakan kisah tadi,respon anak2 nya lebih teruk lagi dari apa yang makcik aku cerita,Tempat kejadian tadi merupakan tempat yang sangat keras,selalu terjumpa lembaga yang besar2 dalam pelbagai bentuk,macam raksasa,ada raksasa yang menyekat laluan sehingga tak nampak jalan dan macam2 benda lagi..Yang hairan aku sedikit pun tak rasa seram semasa aku keluar menyuluh disekitar tempat kejadian tadi,Rilek2 je aku suluh,macam suluh benda2 dalam rumah kita sendiri,Sekian..