Selasa, 29 September 2015

misteri bunga bakawali

 Pukul 10.00 malam,Belum kembang sepenuh nya

Bunga bakawali versi wikipedia..
Pokok Bakawali merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.
Pokok bunga bakawali berasal dari amerika selatan-mexico
Ianya mampunyai pelbagai khasiat terutama bagi penjagaan mata.
Bakawali dikatakan sebagai pokok yang mempunyai 'penjaga' terutamanya semasa ianya sedang kembang. (Pokok bakawali kembang bermula pukul 7 petang dan kembang penuh pada pukul 12 malam sebelum layu sebelum subuh. Satu bunga pokok bakawali hanya akan berkembang sekali sahaja)

Aku memang tak tau tentang bunga bakawali sehingga aku kerumah saudara aku disuatu malam,Keluarga itu riuh kerana bunga mereka sudah kembang,Aku telah diberitahu,malam itu lah mereka mula tenguk bunga bakawali berkembang sejak mereka menanam pokok bunga bakawali.Dikesempatan itu juga aku tumpang mengambil gambar kerana misteri yang menyelubunginya,Aku juga ditakutkan dengan hantu yang menjaga pokok bunga tersebut.Aku terpaksa mendengar cerita karut mereka tentang bunga yang menjadi kesayangan mereka.Yang paling benar dari cerita mereka ialah tentang masa bunga itu berkembang,Memang masa bunga ini berkembang dari pukul 7 malam sehingga pukul 12 tengah malam kembang sepenuhnya,selepas itu bunga akan layu sebelum subuh dan kemudian nya akan gugur.Yang pelik sikit tentang bunga ini ialah masa nya kembang,mengapa diwaktu itu tidak dimasa siang nya atau dimasa2 yang lain seperti bunga2 lain...Kajian saintifik sahaja dapat menghuraikan fenomena ini atau pun cerita2 lagenda tentang bunga ini,Sekian
Bunga bakawali yang belum kembang