Isnin, 31 Ogos 2015

hentian rehat gawi



Hentian rehat Gawi terletak dilaluan lebuh raya gua musang-kuala berang,Hentian ini terletak 40km dari bandar kuala berang dan hanya 2 km dari pengkalan gawi iaitu pintu masuk utama ke tasik kenyir.Hanya 1km dari kenyir elephant village.

Hentian Gawi boleh dikatakan agak selesa, mempunyai kawasan yang agak luas,tempat parking kereta dan tempat untuk berehat sebentar,mempunyai surau yang disediakan oleh pihak pengurusan bagi digunakan oleh penguna jalan raya dilaluan lebuh raya Gua Musang –kuala berang.Mempunyai 4 gerai makan yang sentiasa dibuka.Harga makanan yang dijual boleh dikatakan sebagai memadai walaupun dirasakan agak sedikit mahal.(aku makan nasi disini pada 30-8-2015 yg baru lalu,aku ambik gulai daging 5 buku(ketul)dan belacan,harga 6 rial (ringgit) campur dengan air teh o peng jadi rm7.50.aku rasa ditempat lain mungkin harga nya dalam rm5 sahaja...) 

Hentian rehat gawi boleh dikatakan agak selesa,sesuai dengan tempat nya dipendalaman terengganu,kalau yg masih belum mencuba laluan ini harap mencubanya dan rasai kelainan nya dan jangan lupa singgah di hentian rehat Gawi.sekian