Selasa, 26 Mei 2015

putrajaya




Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan,putrajaya memang tak payah diperkenalkan lagi, umum sangat mengetahui fungsi dan bila kota ini dibina.Yang aku nak cerita tentang sikap penghuni nya dan keangkuhan pegawai2 diputrajaya.

Aku dan kelab motor aku pernah datang race dikota raya ini pada 2-11-2013 sempena hari belia negara yang diadakan ditarikh tersebut dan baru2 ini pada 23 dan 24 haribulan mei 2015.Team motor kami yang datang mengendeng diputrajaya setelah dijemput melalui facebook dan dari kawan2 dari team motor yang lain.Team motor kami dari hulu terengganu merupakan team yang sangat miskin,Tak ada penaja atau suppot dari mana2 pihak,datang hanya mengunakan duit sendiri,berpakat2 mengunakan kederaan untuk save bajet

Sebelum datang kami dah talipon menganjurnya samaada kami boleh memasak ditempat perlumbaan (paddok)atau pun tidak dan penganjur membenarkan pihak kami berbuat demikian.Untuk Save bajet kami terpaksa buat macam itu,membawa bekal dari rumah,masak ditempat perlumbaan. selama 3 hari kami dilitar putra jaya tentu memakan kos yang tinggi kalau beli makanan sedangkan kami datang ramai seumpama rombongan meminang,kami datang hanya berbekalkan bajet yang ciput.

Sampai dilitar putra jaya kami mengeluarkan segala peralatan kami dari periuk belanga dan pinggan mangkuk serta motosikal untuk race,seumpama nak kenduri kawin.(tak lah macam nk kenduri sangat pun,Cuma peralatan yang sepatutnya saja).Tiba2 kami dihalang oleh pegawai2 disitu untuk memasak dikawasan litar (khemah kami). Pegawai tu cakap dengan angkuh nya..

“ini putrajaya tau, bukan kampung,” dan banyak lagi bebelan nya.Bimbang kami buat sampah atau buang sampah merata2,(macam kami ni orang tak ada tamadun langsung)

Sebab2 yang terjadi eksiden itu mungkin disebabkan pegawai tu tau kami datang dari kuala berang terengganu.Kuala berang terletak didaerah hulu terengganu,maksud nya kami orang hulu yang datang seperti rusa masuk kampung,darat,tak reti basa.jakun dan bodoh.Darah dah menyirap kat muka setelah dihina macam tu,ada yang mengajak balik dan macam2 lagi sikap rombongan kami,setelah berbincang pegawai tersebut membenarkan kami memasak dikhemah.(itu pun setelah membangkit kan janji pegawai dari penganjur yang mebenarkan kami masak sebelum kami datang)

Persoalan yang bermain dalam fikiran aku ialah,benarkah diputrajaya tak boleh memasak macam orang kampung,benarkah putra jaya sebuah tempat yang sangat hebat,adakah penduduk putra jaya dibuat dari simen,besi atau emas belian bukan dari bahan buang nya seperti h2o,carban,iron,fosforus dan sikit bahan2 lain.Apa yang aku belajar kat sekolah,hanya itu saja bahan2 yang ada pada tubuh seorang manusia bukan emas belian.Sikap pegawai tersebut seumpama dia tak mampus baham tanah,seperti dia manusia klon,yang datang dari masa depan,macam dalam cerita star gate,votrom dan yang seumpama nya.Atau telah menjadi sikap rutin pegawai2 diputrajaya ni mesti sombong dan angkuh.Aku pun naik heran dengan pegawai2 kerajaan,kami nak masak macam orang kampung dikeji dan dibuat macam tu tapi pemimpin negara yang rasuah dan makan harta rakyat,pegawai ni lah jugak yang terhangguk2 hurmat,pada aku pegawai2 mmg  jenis yang tak hurmat orang,miskin budi bahasa,kami orang kampung yang miskin, pegawai2 celaka yang sama lah tukang menghina nya,tidak kah celaka nama nya tu.

Selain dari pegawai, sama2 rider pun terjadi hal yang demikian,suka menghina dan merendah2.Kami dihina oleh satu team diselangor,tetapi team tersebut mendapat malu setelah rider kami menjadi juara dalam acara yang kami sertai,Slow2 team tu balik awal kerana mereka tak layak masuk final dalam saringan yang diadakan (padan dgn muka)

Pada 23 dan 24 hb mei yang baru lalu kami datang jugak race diputra jaya sempena dengan hari belia negara yang akan tamat pada 6-6-2015.Rider kami mendapat tempat yang agak baik (naik podium).Kami tak pergi ramai2 sebab bimbang dengan eksiden yang lalu,kami jugak bimbang takut terjadi perbalahan dengan pegawai2 kat situ lagi pun team kami tak cukup kewangan untuk membawa ramai rider kerana memerlukan kos yg tinggi.

Sejak beberapa kejadian yang macam tu team kami selalu berkhemah jauh dari paddok yang disediakan oleh pihak penganjur race motocross sama ada race motor diadakan diterengganu atau dinegeri2 lain.,Biasanya kami akan berkhemah disemak2 tepi litar dengan membuat khemah sendiri.Kami senang macam tu,tak campur orang,malas nak dengar sikap angkuh orang lain.(orang miskin memang macam tu).Team kami hanya ada moto cub,KLX dan klasik sahaja,Team kami tak mampu berbelanja besar membeli moto yang melebihi 250cc,kerana harga sebuah moto mencapai 50 ribu ringgit sebuah,Team kami memang tak ada penaja langsung,jadi kekal dengan apa yang ada sahaja.Sikap team kami itu akan kekal walaupun kami datang naik helikopter,malas nak sombong2 ni sebab kami tahu sehebat mana pun kita sebagai manusia,last sekali akan ditanam kedalam tanah.Sekian.....

Isnin, 18 Mei 2015

tupai putih

 Tupai putih,tupai yang aku tak pernah jumpa,mungkin ramai orang tak pernah tgk tupai jenis ini,Tupai yang biasa kita tenguk berwarna hitan dan kecik2 sahaja,Tupai yang agak besar sedikit berwarna perang tapi tupai yang berwarna putih lah yang paling besar dan panjang,Aku agak panjang nya sekitar tiga kaki dari ekor ke kepala,Aku mengambil masa seminggu untuk snap gambar tupai ini,Gambar yang aku ambik ini sekitar 30 meter jauhnya atas pokok getah,Aku ambik gambar tupai ni bersama2 dengan sarang tempat binatang ini berlindung,Tupai ni hanya seekur sahaja,pasangan entah kemana,seminggu aku perhati gerak gerinya dan aku pasti pasangan nya tiada.Yang paling penting aku tak tau tupai ni jenis apa,sekadar ambik gambar dan kongsi dalam blog aku,malas nak rujuk dalam wikipedia...Sekian

sarang nya