Selasa, 21 April 2015

nike ardilla



Nike Ardilla atau nama sebenarnya Raden Rara Nike Ratnadilla,Aku tak mempunyai masalah langsung dengan penyanyi ni,yang menjadi masalah kapada aku ialah aku tak tahu bahawa penyanyi ni dah pun meninggal dunia 20 tahun yang lalu,Aku mengenali penyanyi ni setelah mendengar lagu "aku tak akan bersuara"yang disiarkan oleh stesen radio tempatan tak berapa lama dahulu.Aku rasa lagu ni sangat sedap didengar dan aku download mengunakan UC BROWSER(tah apa kebenda).Ingin tahu aku tentang penyanyi ini aku lanjutkan di carian google,Aku telah ke laman wikipedia dan aku tahu kisah penyanyi ini yang telah meninggal dunia 20 tahun yang lalu,Rasa tersedak dan sedih aku bukan kepalang kerana dengan sedap aku dengar lagu aku tak akan bersuara,tiba2 yang aku ketahui penyanyi nya dah tak ada dimuka bumi,Masalah aku tentang penyanyi atau penghibur indonesia atau malaysia kerana aku tak ambil tahu tentang mereka.

Dari carian google lah aku ketahui penyanyi ini sangat hebat dan mati nya diusia yang sangat muda iaitu 19 tahun. (27 December 1975 – 19 March 1995),Penyanyi ini telah diratapi oleh seluruh peminat nya di indonesia,penyanyi ini dikatakan sangat dirasakan kehilangan nya lebih dari penyanyi2 lain di indonesia.Dari pembacaan google aku juga aku ketahui penyanyi yang bernama nike ardilla sering dikunjungi makamnya seperti makam wali songo,Aku rasakan semua kisah nya aku telah baca dalam blog yang sentiasa ditulis oleh peminatnya diIndonesia.Sejak itu lagu "aku tak akan bersuara" aku sentiasa dengar. Dalam keadaan apa pun lagu "aku tak akan bersuara" ini setiasa ada dalam hati aku,Aku dah jadi peminat penyanyi Nike Ardilla,Harap2 aku tak jadi peminat taksub nya,sekian..Semoga Roh nya dicucuri rahmat..


Raden Nike Ratnadilla (27 December 1975 – 19 March 1995), also known as Nike Ardilla, was an Indonesian rock singer and a successful movie star and model. She originated from Bandung in the West Java province of Indonesia. Ardilla died in a car accident in Bandung at the age of 19, at the zenith of her musical career.[1] She has sold 30 million albums to date, and has the distinction of having the best selling album all of time in Indonesia. Her 1995 album Sandiwara Cinta has sold five million copies, while her second album Bintang Kehidupan has sold four million copies.[2]


Isnin, 20 April 2015

padang kachung

KUBUR PAHLAWAN PERANG PADANG KACHUNG
Kubur ini terletak didalam kawasan masjid Kuala Telemong dalam daerah hulu terengganu.Ia juga dikenali sebagai 'kubur dua belas atau kubur besar' kerana didalam nya tertanam dua belas pejuang-juang yang mati ketika menyertai perhimpunan menentang dasar british yang diperkenalkan dinegeri terengganu dalam tahun 1928.Mereka berhimpun dengan tujuan menemui sultan sulaiman badrul alam shah dikuala terengganu,malang nya apa yang dilapurkan kapada sultan menyatakan konon petani-petani kuala telemong akan memberontak.Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah memerintahkan pihak polis menghalang petani-petani tersebut semasa dipadang kachung.Pihak polis telah berhadapan dengan petani-petani tersebut.Pihak polis cuba menghalang pegerakan petani,tetapipetani tidak patuh dan menyebabkan keadaan tidak dikawal dan pihak polis talah melepaskan tembakan 12 orang telah mati.merekamereka itu ialah.
1. Mahmud bin Mat Diah..
2.lebai Abdul Rahman (tok janggut)
3. Idris Bin Muhammad
4. Mamat bin Musa.
5. Muhammad Bin Yunus.
6. Abdullah bin Muhammad.
7. Ismail bin Ali.
8. Muhammad bin Jusuh.
9. Muhammad bin Idris.
10.Muhammad bin Abdullah
11.Abdul Hamid bin Ismail.
12.Sulaiman bin Saleh..

Keterangan dibatu tanda peristiwa padang kachung mengatakan pembunuhan keatas 12 orang pahlawan melayu kerana membantah polisi yang diperkenalkan oleh british tetapi aku telah diberitahu bahawa peristiwa pembunuhan tersebut bukan lah disebabkan oleh polisi british tetapi pembunuhan tersebut lebih menjurus kapada penghapusan pengaruh islam yang masih tertinggal dinegeri terengganu.Dikatakan pengaruh islam dari kerajaan turki uthmaniyah yang terakhir hanya dikuala berang terengganu dengan pembunuhan 12 orang pahlawan melayu tersebut maka berakhirlah seluruh pengaruh kerajaan besar uthmaniyah yang bertapak diturki,Walahualam...
Kubur pahlawan padang kachung terletak dalam kampung kuala telemong,terengganu.Aku mengetahui nya setelah aku berhenti solat asar disuatu petang kat masjid  kg kuala telemong,Orang kat situ telah memberi tahu aku bahawa dalam lengkungan pagar simen tertanamnya 12 orang pahlawan yang dikatakan gugur akibat ditembak oleh pihak polis,(sejak dulu hingga skrg polis ni mmg mcm ni,tembak orang jer kerja dia,ikut jer arahan sama ada betul atau tak)Sebenarnya aku dah beberapa kali bersolat dimasjid kuala telemong kerana melalui jalan yang melalui kg kuala telemong tapi pada hari itu lah baru aku ketahui dalam lengkungan pagar simen merupakan kubur besar yang tertanam 12 orang pahlawan melayu,(setengah pihak kata orang ni pemberontak).Langsung aku tak sangka peristiwa padang kachung hanya didepan mata,yang aku sangka selama ini peristiwa padang kachung jauh dari aku,rupanya tempat peristiwa tersebut boleh dilihat hari2 kalau melalui jalan antara kampung tajin hingga ke Manir melalui kampung kuala telemong.Yang paling menarik dikubur pahlawan ini ialah keris nya,pandangan pertama ialah tersergam besar keris nya.Melihat keris yang besar, dah tentu ingin tahu tentang nya,atas sebab itu lah kubur pahlawan padang kachung aku ketahui pada petang itu setelah melihat keris besar yang terpacak dipagar simen.Dari situ lah aku bertanya kapada orang yang lalu lalang....





Rabu, 8 April 2015

kura-kura besar

Kura-kura besar,Kura2 besar ni aku jumpa baru2 ini dikebun aku semasa aku nak pergi mancing,Tempat aku.kura2 ni dipanggil sebagai bani.Kura2 besar yang aku jumpa sedikit masa yang lalu lebih kecik dari kura2 yang aku jumpa 10 tahun yang lalu,sepuluh tahun yang lalu aku jumpa kura2 besar yang merupakan saiz gergasi,Pada anggaran aku saiz nya lebih kurang 3 kaki dari hujung kepala sehingga belakang nya.Saiz yang aku jumpa baru2 ini hanyalah lebih sedikit dari sekaki,10 tahun lalu aku tak ada talipon yang canggih seperti sekarang jadi gambarnya tak dapat aku abadi kan sebagai penemuan.
Boleh dikatakan kura2 jenis ni payah nak dijumpai kerana pembukaan tanah secara berlaluasan menyebabkan habitat nya terhapus,Aku hanya beberapa kali sahaja berjumpa dgn kura2 jenis ini'


Aku tak tahu kura2 besar ni jenis apa,tapi yang pastinya saiz nya sangat besar,Kura2 besar ni bersarang seperti sarang babi,sarang hanya dibuat kalau kura2 ni hendak bertelur,mungkin untuk mengeram,Telur nya juga besar,sebesar bola tenis,telur nya boleh dimakan kapada yang sanggup memakan nya,Telur Kura2 besar ni sangat berpasir (kasar) tak seperti telur2  penyu atau telur ayam..Kura2 besar sangat menjaga telurnya,Dia akan berbunyi berdesir2 kalau kita mendekati sarangnya sambil mengangkat badan nya tinggi seperti robot.Akan berbunyi seperti binatang memamah tulang bila diketahui musuh ada berdekatan.Aku dah mengalami peristiwa itu,aku menyangka harimau sedang membaham mangsa nya,bila aku dekati aku dapati kura2 besar ini sedang menakutkan aku.





Semua yang aku ceritakan diatas,aku telah alami peristiwanya,Pada pandangan aku kura2 besar sangat payah dijumpai dan mungkin ramai orang yang belum berjumpa dengan kura2 jenis ini walau pun mereka2 yang tinggal dipendalaman,Yang paling penting kura2 jenis ini dipanggil sebagai BANI dikampung aku,Sekian.

Rabu, 1 April 2015

misteri air terjun belukar bukit




Air tejun belukar bukit terletak 23 km dari bandar kuala berang hulu terengganu.Jauh dari bandar kuala terengganu 62km Air terjun belukar bukit sebuah kawasan perkelahan yang agak popular dihulu terengganu.Kawasan perkelahan ini merupakan kawasan perkelahan sungai kerana sebahagian besar kawasan perkelahan ini merupakan sungai yang berpasir,sebahagian lagi kawasan ini merupakan jeram yang berbatu yang agak bahaya kapada yang tak biasa dengan kawasan seperti ini.Sangat sesuai untuk mandi manda sekeluarga..
.



Air terjun belukar bukit merupakan tempat perkelahan sungai,Tapi tempat perkelahan ini dinamakan pula sebagai air terjun, sedangkan tidak ada air terjun pun dikawasan perkelahan ini.Asal usul yang dinamakan sebagai air terjun tak plk diketahui.Penduduk tempatan memanggil air terjun belukar bukit sebagai Lubuk Gala

Pasir yang luas dan air yang jernih

Sungai tempat perkelahan ini plk dinamakan sebagai sungai berang,Sungai berang berkuala kan  sungai terengganu di bandar kuala berang.Asal usul nama kuala berang juga diambil dari nama sungai ini’.

Walau pun tempat perkelahan ini di kelaskan sebagai tempat yang selamat untuk mandi manda sekeluarga, ada juga kemalangan lemas yang terjadi.Yang jadi misteri ialah tempat yang lemas hanya lah dikebanyakan dikawasan yang cetek sahaja,Walau macam mana pun ada juga yang lemas dikawasan yang air yang dalam.Mangsa yang didapati lemas biasanya dikalangan budak2 dan pengunjung luar dari kawasan belukar bukit.
Air yang cukup jernih

Tempat perkelahan sering terjadi kejadian lemas kapada pengunjung2 yang datang untuk berkelah,Kejadian lemas macam menjadi perkara biasa ditempat2 berkelah dimana sahaja dan biasanya akan dikaitkan dengan perkara2 yang misteri.

Kejadian lemas yang paling menyayat hati telah berlaku beberapa tahun dahulu melibatkan tiga sepupu,Dalam kejadian tersebut ketiga2 sepupu tersebut telah lemas hanya ditepi sungai sahaja,Tiga sepupu tersebut telah dibawa oleh ayah mereka untuk menghabiskan cuti.Dikatakan ketiga2 mereka mereka seperti dipukau untuk terjun diair sungai yang sangat jernih itu,Ketiga2 mangsa gagal diselamatkan kerana kawasan perkelahan ini dimasa itu tiada perkunjung.AlFatihah.

Baru2 ini juga telah terjadi trajedi lemas dikawasan perkelahan ini yang melibatkan pengunjung yang datang dari luar,Mangsa dikatakan mandi2 dan bermain dikawasan yang berjeram yang airnya deras.Payah untuk dibuat kesimpulan sebab2 perkara ini terjadi

  Lubuk yang dikatakan tempat selalu memakan korban

Misteri Air Terjun Belukar Bukit

Setelah banyak terjadi kejadian lemas dikawasan perkelahan belukar bukit aku cuba juga bertanya kpd penduduk tempatan yang sentiasa ada dikawasan perkelahan ini,Ada beberapa cerita yang menyeramkan telah aku kesan dari cerita2 yang diberikan.

Seorang kawan aku yang sentiasa ada dikawasan tersebut dengan kegiatan memancing dan menangkap ikan dengan cara memukat dan memanah  telah bercerita bahawa dilubuk yang  paling dalam sekali ada sesuatu penampakan yang anih,didalam lubuk tersebut beliau telah jumpai seekor ikan yang muncung nya seakan2 babi,beliau telah bercerita kalau ada penampakan yang macam itu,beliau akan cepat2 naik kedarat dan kegiatan memanah ikan dilubuk tersebut akan dihentikan serta merta,Beliau juga bercerita kalau ada penampakan yang seumpama itu biasanya akan terjadi kejadian lemas oleh pengunjung yang datang untuk berkelah..Tak diketahui sama ada cerita ini benar atau pun tidak tapi itu lah yang diceritakan kapada aku

Kawan aku juga bercerita dikawasan chalet yang dibina telah banyak penampakan yang terjadi sehinggakan chalet2 ini kurang mendapat sambutan,Chalet yang disediakan hanya disewa oleh badan2 kerajaan untuk berkhursus dan melibatkan ramai peserta,Kelihatan chalet2 ini basi dan seperti ditakuti untuk disewa.Wallahuaklam
Chalet dan dewan

Setelah aku dengar cerita2 yang macam tu aku cuba untuk kesitu untuk menghayati cerita nya dan ingin mencuba ketakutan yang ada pada aku,Aku sering juga mandi2 dilubuk yang dikatakan sebagai memakan ramai mangsa,Apa yang aku dapati tak ada benda yang pelik didalam lubuk itu kecuali air sungai nya yang sangat jernih sehingga menampakan lantai sungai nya.Seperti berdosa kalau dikatakan tempat itu berhantu atau mempunyai penunggu dan sebagainya.Aku juga telah mengunjungi chalet2 yang ada,dan aku juga dapati tak ada apa yang pelik Cuma kawasan chalet agak jauh dibina dari kawasan perkelahan,Bohong lah kalau aku kata kawasan macam ni tak menyeramkan lebih2 lagi kalau berseorangan.Memang permandangan chalet ini agak menyeramkan dikala malam tiba dan ditambah pula tak ada seorang  pun pengunjung.

Mungkin begini rupa ikan yg bermuncung babi

Nasihat aku kapada yang ingin mengunjungi kawasan perkelahan dimana2 sahaja, elakkan diri dari terlampau suka sehingga kita lupa bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh makhluk lain kerana selain dari kita terlalu ramai makhluk yang mendiami bumi ini khasnya dikawasan yang seperti ini,Hendaklah sentiasa beringat2,Solat jangan lupa,Surau2 ditempat perkelahan sentiasa dilupakan,seperti dikawasan perkelahan segala suruhan tuhan tak perlu dibuat.Pergi dan hayati keindahan ciptaan tuhan untuk dikagumi kekuasaan nya bukan untuk dibuat sesuatu yang bukan2.Tujuan tulisan aku bukan lah ingin sebotaj tempat perkelahan tetapi ingin semua pengunjung selalu berhati2 bila ketempat yang macam ini,Selalu berhati2 semoga selamat..Sekian

(kejadian lemas yang paling baru telah berlaku pada 19-12-2015,melibatkan lima orang sekeluarga.Aku tau berita ni dari whasapp kawan2 tapi aku enggan menyertai/pergi kerana aku tak dapat melihat semua kesedihan,lagi pun semua mangsa dah pun dijumpai semasa aku terima berita,semoga roh mereka yang terlibat diterima ALLAH)
Kejadian lemas terbaru pada 11-1-2019 melibatkan seorang pemuda yg berumur 23 thn...
Kejadian terbaru pada 8-3-2019 melibatkan seorang pemuda dari pahang..berumur 29 thn..
Kejadian terbaru pada 16-3-2020 melibatkan seorang budak sekolah tingkatan 3 dari sekolah menengah ajil Terengganu.

Kejadian lemas yg terbaru pada 18-6-2020,melibatkan seorang budak lelaki berumur 14 thn dari terengganu...