Sabtu, 7 Februari 2015

ubi keladi rebus

Pada suatu selepas isyak aku telah berkunjung kerumah mak cik aku,Kunjungan aku hanya lah untuk bertanya khabar sahaja,Aku telah dihidangkan dengan sepinggan ubi keladi rebus,sebenarnya aku sendiri sudah lama tak makan ubi jenis ini.Ubi keladi seperti sudah lama ditinggalkan,Ubi yang biasa seperti ubi kayu,ubi keledek dan beberapa jenis ubi sangat mudah didapati dipasar2.Walau macam mana pun ubi keladi masih lagi dijual dimusim2 banjir,Dimasa2 yang lain mungkin agak sukar untuk memperolehi ubi jenis ini..

Yang agak malang sikit ubi yg dihidang kapada aku hanya diisi didalam tudung periuk,huhuhu,Mungkin kerana yang membawanya kapada aku ialah pak cik aku bukan nya mak cik aku.Terbukti kemudian nya mak cik aku telah memarahi pak cik aku dengan berkata,
"tak baik anak teruna makan dalam tudung  periuk,"dan bebelan mak cik aku masih berbunyi prot pret prot pret untuk beberapa waktu,Aku hanya sengeh jer.

Sesudah meminum tea o dan setudung periuk ubi keladi rebus dan sesudah bertanya kabar aku balik ke rumah dan meninggalkan pak cik dan mak cik aku terkebil2 dua orang,Padan dengan muka mereka kerana bagi sekolah anak2 mereka,Kalau anak2 mereka tak sekolah tinggi mereka tak lah terkebil2 macam tu,Ada orang kata kalau nak sekolahkan anak2 biar lah anak2 mempunyai percapaian yang sederhana jer,kalau anak2 tak berapa cerdik ada harapan anak2 akan tinggal dengan orang tua,kalau anak2 cerdik mereka akan kerja jauh2 dan kita akan tinggalkan orang tua dan akan terjadi lah terkebil2 mcm pak cik dan mak cik aku,huhuhuhu...sekian.

 KELADI...
Pokok keladi terdapat dengan meluas di negara kita dengan pelbagai spesies pokok keladi seperti keladi hutan, minyak, gajah, putih, betawi, udang. Pokok keladi ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.

Pokok keladi dari keluarga Araceae dengan nama saintifiknya Caladium. Ia membiak menerusi ubi atau rizomnya pada paras permukaan tanah saja. Antara variasi keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium Bicolor yang mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada bahagian tepi daunnya. Warna putih dan berjalur hijau nampak cerah dan menawan.

Banyak nama pokok keladi yang dikenali seperti keladi betawi,keladi udang,keladi minyak,keladi gajah,keladi putih dan berpuloh2 jenis keladi lagi.Pokok ubi keladi seperti dalam gambar ialah pokok keladi yang isi nya aku makan,Sebenarnya banyak jenis keladi yang boleh dibuat sayur dan di komersilkan,Tapi ubi keladi seperti dalam gambar hanya sedap direbus dan dimakan seperti ubi kayu,Keladi jenis ini tak sedap dibuat sayur dan ada banyak jenis keladi dikhaskan untuk dibuat sayur.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan