Lipan ialah artropod tergolong dalam kelas Chilopoda dalam
subfilum Myriapoda. Lipan ialah haiwan panjang dengan sepasang kaki untuk
setiap segmen badan. Lipan boleh mempunyai bilangan kaki dari bawah 20 hingga
melebihi 300. Lipan mempunyai bilangan pasang kaki yang ganjil, contohnya 15
atau 17 pasang kaki (30 atau 34 kaki) tapi bukan 16 pasang kaki (32 kaki) Lipan
biasanya ialah karnivor
Dianggarkan terdapat 8,000 spesies lipan di seluruh dunia dan 3,000 telah
dikenalpasti..(Lipan versi wikiepedia)
(rupa lipan yang gigit aku,kecil tapi sangat bisa)
Pengalaman digigit lipan:
Pada 17hb.dis 2014 negeri2 pantai timur telah mengalami banjir besar,Banjir
telah mengakibatkan beberapa bahaya yang terjadi,sama ada dihanyut air banjir
ditengelami air sehingga kapada kematian dengan sebab2 dibawa arus deras.Salah
satu bahaya yang terjadi ialah digigit binatang
yang kecil seperti lipan.kala jengking,semut yang bisa,katak,ular dan
beberapa jenis binatang yg berbisa.Satu sengatan dari binatang berbisa ini
menjadikan mangsa mengalami sakit yang lama atau pun membawa maut...
Diwaktu banjir ini lah aku telah digigit lipan semasa sedang tidur iaitu
lebih kurang pukul 3 pagi,.bukti lipan yang gigit kerana haiwan itu ada
berdekatan dengan tempat aku tidur dan dikenal pasti dengan bekas gigitan nya.Tempat
kena gigit ialah dibahagian leher,Pada mula2 kena sengat, sakit nya tak lah
terasa sangat,hanya biasa2 sahaja,lagi pun aku tak alah dengan gigitan binatang
bisa,aku biasa kena gigit tebuan,peringat kala jengking,lebah dan ular.Aku
membiarkan sahaja tanpa berikhtiar apa2.Pergi
hospital pun tidak..
.
Oleh kerana sakit tak seberapa,aku sempat lagi untuk berfacebook dan membaca
blog,setelah lebih sejam sakit dari gigitan sangat terasa,sangat sakit hingga
termuntah2,Diwaktu yang sangat sakit, aku telah berikhtiar dengan macam2 ubat
sapu dan minyak panas yang ada dalam simpanan tetapi itu semua tak jalan,sakit
nya sangat terasa dan tak tahan,Lebih 3 jam menahan sakit aku mengambil
keputusan untuk kehospital,Keputusan untuk kehospital merupakan keputusan yang
pertama sejak berpuluh2 tahun, aku tak pernah kehospital,kerana aku tak pernah
sakit,kalau hanya gigitan tebuan atau ular aku hanya membiarkan sahaja tanpa
ubat apa2,mungkin diwaktu itu aku sangat muda,anti body tubuh aku dapat menahan
sakit walau pun dipatuk ular,Dihospital aku telah diberi dua
suntikan,sepatutnya aku kena tiga suntikan tetapi oleh kerana aku sangat takut
dengan jarum,aku hanya diberi dua suntikan sahaja,Diwad kecemasan hospital aku
hanya mengambil masa hanya 15 minit dan aku telah dibenarkan balik,Hal ini
telah menjadi kehairanan kepada pesakit lain (dimasa itu ada dua kes yg serupa
dengan aku,mereka dah tinggal diwad selama 2 jam dan tak dibenarkan balik)
mengapa aku dibenarkan balik terlalu cepat,tidak ada test dan sebagainya,Aku
hanya dibekalkan dengan dua jenis pil dan dipesan supaya memakan pil kalau aku
sakit...
Oleh kerana aku menyangka sakit hasil dari sengatan lipan dah hilang setelah
diberi rawatan, aku rilek2 jer minum pagi kat bandar dengan memakan roti canai
telur disebuah kedai.,Setelah sampai rumah dan tak sampai 1jam,sakit dah mula
datang balik,sakit yang tiada hingganya sehingga ditempat sakit keluar air
seperti peluh yang sangat banyak,Untuk kehospital yang ke-2 kali adalah tidak
mungkin.Atas nasihat doktor tadi aku memakan pil yang dibekalkan untuk
menghilangkan rasa sakit,sakit yang aku alami ketika itu adalah sakit melebihi
dari sakit sebelum aku diberi rawatan kat hospital,Aku yakin sakit itu sakit
yang paling kemuncak.
Setelah menahan sakit lebih dari dua jam,sakit yang aku alami semakin
berkurangan sehingga hampir sembuh 80% pada pukul 3 petang. (betul lah kalau
orang2 tua cakap,kalau sakit disengat,sakit nya akan hilang selepas bertemu
ketika,Ketika maksud nya 12 jam atau pun 24jam setelah kena sengat) Dan sakit
gigitan lipan yang aku alami hilang sepenuh nya pada pukul 3 pagi setelah 24 jam disengat...Sekian
Catitan:
Mesti tidur setelah didapati tempat tidur memang bersih terutama tempat
tidur anak2,bayangkan kalau gigitan serangga seperti lipan mengigit anak2
kita,tak terperi sakit nya,anak2 tak mampu beritahu apa yang mereka
alami,kerana ada gigitan haiwan yang macam ni boleh membawa maut.Kalau kena
kepada yang dewasa mungkin tak menjadi hal sangat,kita yang dewasa pun tak
tahan mengalami sakit yang sebegitu....