Ahad, 12 Oktober 2014

kukur kelapa

Kukur kelapa buruk ni aku jumpa disebuah rumah di kuala terengganu semasa aku melawat seorang kawan aku yang sedang sakit.Semasa aku terhendap kat bawah rumah kawan aku,aku ternampak kukur kelapa ni.Aku sendiri dah lama tak tenguk benda ni sejak beberapa tahun yang lalu,mungkin dah 20 thn..Rasa nya rugi kalau aku tak ambik gambar kukur kelapa ni,kerana kukur kelapa jenis ini dah pun hampir tiada sebab pengunaan kukur kelapa moden telah mengambil tempat nya sejak sekian lama.

Kukur kelapa moden telah ada dipasaran sejak tahun 80an lagi,jadi pengunaan kukur kelapa lama telah digunakan sangat meluas ditahun sebelum itu.Cara untuk membuat kukur kelapa tradisional boleh dikatakan sebagai mudah cuma memerlukan sedikit kemahiran bertukang.Sehingga sekarang aku masih belum tahu dimanakah mata kukur dibeli,mungkin boleh dibeli ditempat barang2 besi dijual seperti parang dan pisau,Yang digunakan untuk membuat kukur kelapa hanya kayu dan mata nya sahaja dan cara2 mengukur kelapa semua dah sedia maklum.SEKIAN.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan