Rabu, 8 Oktober 2014

hentian titiwangsa

Hentian titiwangsa terletak dalam negeri perak,Hentian ini merupakan sebuah hentian dikemuncak banjaran titiwangsa,Terletak di lebuh raya timur barat.Lebuh raya timur barat menghubungkan Jeli Kelantan dan Grik Perak.Panjang lebuh raya timur barat lebih kurang 125km dari jeli ke grik.Yang paling istimewa hentian ini ialah suhu nya yang sejuk,pada siang hari suhu nya 21 darjah celcius dan pada malam nya suhu nya menurun sehingga 18 darjah celcius.Boleh dikatakan sejuk disebuah negeri di khatulistiwa...
Kemudahan yang ada di hentian ini ialah surau,tandas,tempat berehat,kedai runcit dan restoran.Mempunyai kawasan parking yang agak luas tapi tidak seselesa seperti hentian2 dilebuh raya yang lain tapi cukup memadai untuk kemudahan asas.Mempunyai line talipon yang agak lemah dan sesuai hanya untuk menghantar mesej sahaja tapi dimasa2 yang tertentu boleh membuat panggilan talipon dengan agak baik.Line internet sangat tenat di sini..
Selain suhu nya yang sejuk, hentian ini memberikan pemandangan yang menarik yang mungkin tak ada dihentian lain dan mungkin hentian titiwangsa merupakan hentian yang paling tinggi disemenanjung Malaysia...Sekian






Tiada ulasan:

Catat Ulasan