Jumaat, 19 September 2014

lenovo lawan samsung

 Samsung baru yang berharga RM 600

Pada bulan april 2014 yang baru lalu aku telah membeli sebuah tablet yang berukuran 7 inci yang berjenama lenovo dengan harga RM 699 (orang miskin tentu beli yang murah2 jer)Pada 13hb.sept 2014 yang lalu aku bersama keluarga telah pergi makan angin ke cameron highland dan disitu lah tablet lenovo aku telah jatuh dari kereta dan telah dipijak tayar kereta sekurang2nya 3 kali,itu yang aku nampak,yang aku tak nampak tak tau lah berapa kali,Keadaan tablet masa dilanggar ialah scrin lcd nya bertelangkup kebawah yakni terkena jalan tar,Hancur hati aku melihat nya,oleh kerana tak sanggup melihat tablet aku hancur berkecai aku memberanikan diri menahan kereta yang bertali arus dari dua arah dan semua pemamdu memberi kerja sama dengan membehentikan kederaan masing2, (macam polis trafik plk) mungkin pemandu2 tak tau apa yg yang terjadi tapi untuk menunjukan sporting, masing2 memberi laluan dan aku meluru untuk menyelamatkan tablet aku.Setelah aku mengambil tablet aku,aku mengangkat dan menunjuk2 kapada semua orang deangan sepintas lalu supaya pemandu dapat tau apa yang terjadi,Aku menghargai mereka dan kebanyakan dari mereka telah menunjukan tanda sporting yang amat sangat dengan mengangkat tangan serta membunyikan hon dan tersenyum lebar,hahaha...
 Tablet Samsung baru aku

Tempat tablet aku jatuh ialah dibandar Brincang,Bandar yang paling sibuk dicameron highland selain dari tanah rata.Sebelum itu aku telah ditahan oleh beberapa orang yang aku tak kenali,Mereka bersungguh2 benar menunjukan kapada aku ada sesuatu yang tak kena,Dengan keadaan itu lah aku memberhentikan kereta aku dan dari situ lah mereka menyatakan talipon aku jatuh (mereka panggil talipon),Aku meluru ketempat yang ditunjuk dimana tablet aku jatuh dan terjadi lah seperti yang aku cerita kat atas...
 Lenovo yang aku beli pada bulan april 2014

Setelah mendapati tablet aku dah jadi macam tu, semangat aku nak rolling2 kat bandar brincang dah  tak ada,aku jadi malas semua nya,rasa macam nak balik terus kekuala berang, kampung aku, oleh kerana aku dan keluarga baru sampai dan apatment sudah di tempah awal aku terpaksa bermalam jgk.Apatment disewa rm 400 untuk semalam kalau tak diduduki memang rugi kerana deposit telah pun dibayar.Semangat aku nak berfacebook,berwhasapp serta mengambil gambar2 tempat2 menarik langsung tak ada,Sebenarnya aku membawa sebuah kemera,sebuah laptop dan 3 talipon tapi oleh kerana tablet dah hancur semangat nak bergedik dah tak ada,huhuhuhu

Untuk mengisi tempat kosong yang ketiadaan tablet,aku telah kepasar raya maidin di kuala terengganu pada 17hb sept yg baru lalu untuk membeli sebuah tab baru,Jenama lenovo ideal tab 3000 dah tak ada dijual aku telah memilih sebuah tab yang berjenama Samsung galaxy tab 3 (tah hapa2 nama tu) dengan harga RM 600,Itu yang termampu,huhuhu.
Rupa tablet lenovo aku yang pecah,Macam cermin kereta pecah

Kelebihan dan kekurangan Lenovo dan Samsung.
Setelah aku mengunakan tab lenovo 4 bulan dan tab samsung selama 3 hari aku dapat mengesan beberapa kelebihan dan kekurangan kedua2 jenama ini..
1)Tab Lenovo boleh untuk berinternet walau pun insyarat nya lemah sedangkan tab samsung memerlukan line yang kuat untuk ber- internet,
2) Tab Samsung mempunyai camera yang baik,Gambar yang diambil semua nya clear,Tab Lenovo kurang baik gambar2 nya,agak kelabu
3)Tab lenovo tahan lasak,Dilanggar macam tu tak hancur dan mungkin samsung lebih tahan lasak lagi dari lenovo,Dilanggar steamroll pun tak pecah,hahahaha...
4)Kedua2 jenama ni mempunyai aplikasi yang agak sama..
5)Harga tab Samsung lebih murah dari jenama tab Lenovo berdasarkan ukuran yang sama iaitu 7 inci..
6)betery lenovo tahan lama sedangkan betery Samsung mempunyai masa yang pendek,walau pun 3hari aku guna.
 
Walau cm mana pun aku lebih suka lenovo dari samsung berdasarkan kapada low class nya.Aku rasa Lenovo tidak di war2 kan dalam pasaran berbanding dengan Samsung,Tab lenovo aku ni dah beberapa kali jatuh dan langsung tak jejas dan aku harap tab Samsung aku lebih tahan dari Lenovo,Sekian Ada nya...huhuhu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan