Isnin, 4 Ogos 2014

bukit keluang

Kawasan perkelahan bukit keluang memang tak payah diperkenalkan kerana kawasan perkelahan ini sangat masyhur.Terletak dalam daerah besut terengganu,Terletak hanya  6km dari pekan kuala besut dan 10km dari bandar pentadbiran daerah besut iaitu kampung raja,25km dari bandar terbesar didaerah besut iaitu Bandar Jertih,Lebih kurang 140km dari bandar Kuala Terengganu
Mula2 aku kenal kawasan perkelahan bukit keluang ketika aku mengunjungi rumah saudara aku dibesut,dari situ lah kawasan perkelahan bukit keluang aku kenal dan telah mengunjungi nya beberapa kali,tapi kunjungan aku sekadar minum2 dipantai nya dan masuk kedalam gua bukit keluang.
Kawasan pekelahan bukit keluang hanya dikenali dan popular dipantai nya sahaja tapi sejarahnya,keistimewaan kawasan ini serta cerita seram kawasan perkelahan bukit keluang jarang orang mengetahui nya kecuali penduduk tempatan dan yang biasa dengan kawasan perkelahan ini.
Pada 3hb ogos 2014 aku berkesempatan untuk berhariraya dirumah saudara aku dibesut,dikesempatan ini aku telah mengambil masa untuk meninjau kawasan perkelahan yang gah dibesut,Sesampai nya  ketempat perkelahan aku dapati pengunjung agak kurang mungkin mood hari raya masih lagi ada,tak ramai yang membuka gerai,kedai makan pun hanya ada beberapa orang pelangan sahaja,dikesempatan itu aku beramah tamah dengan beberapa orang pengunjung dan tuan punya gerai,Aku bertanya tentang bukit yang nampak gagah berdiri dipantai yang agak tenang ombak nya.Setelah mendapat info yang agak menarik aku mengambil keputusan untuk mendaki,ingin mencuba ditempat yang aku tak pernah menjejakinya.Aku cuba mengajak beberapa orang pengunjung untuk menyertai aku mendaki tapi tak seorang pun yang sudi  menyertai aku.

Pada pukul 11.30 dengan membaca apa yang patut aku melangkah ketangga yang dibuat untuk kemudahan pendakian,walau pun was was aku teruskan juga pendakian kerana sebelum itu aku telah dinasihatkan supaya jangan mendaki berseorangan,Dan sebelum itu juga aku telah dihidangkan dengan cerita seram dikawasan pendakian...
(puncak bukit keluang yang landai memanjang,ditepi jurang sebelah laut,sepanjang laluan berkecerunan antara 80 hingga 90 darjah panjang kemuncak lebih kurang 1 km.tinggi bukit keluang lebih kurang 200 meter atau 600 kaki,)

Ada beberapa cerita seram yang aku dengar dari pengunjung yang enggan bersama aku mendaki tadi,cerita tentang orang tua yang bertapa,cerita tentang jelmaan berbentuk harimau,cerita tentang puaka yang ada dibukit yang aku sedang daki,tapi semua itu tak mematahkan semangat pendakian aku..

Tak sampai pun 20 minit pendakian, aku telah pun sampai kekemuncak,dan terhidang lah didepan aku laut yang membiru,serta pulau2 yang sangat indah dan menakjubkan,aku rasakan ini lah kali pertama aku melihat panorama laut diketinggian itu,Dimasa itu juga seorang kawan aku menalipon,bertanya tentang kedudukan aku,Kawan aku menyaran kan kapada aku supaya teruskan perjalanan kerumah rehat yang berada dihujung pulau iaitu puncak yang paling tinggi di bukit keluang..
Dikemuncak sebelah pendakian aku,aku menghala perjalanan aku kerumah rehat yang disarankan oleh kawan aku yang entah jauh nya tak aku ketahui,Terasa juga oleh aku panggilan talipon oleh kawan aku tadi bukannya datang dari kawan aku, tapi suara untuk menyesatkan aku dibukit keluang yang aku seorang sahaja yang ada diketika itu.Dengan rasa yang waswas aku berjalan juga ditepi jurang yang berkecerunan 90 darjah dan ada yang melebihi 110 darjah.(maksud nya jurang tu condong kedalam)
Dalam perjalanan itu lah aku jumpai batuan yang sepatutnya  ada dibawah bukit tapi ada diatas bukit  (kawan aku yang bekerja dijabatan galian menyarankan aku melihat batuan pelik ni,tp aku sendiri tak faham apa yang pelik,yang aku nampak batuan2 ni seperti batuan kongkrit,hahaha>>,buta kayu) Baris2 batu yang aku jumpai  boleh lah dikatakan seperti kubu pertahanan,itu pun mungkin imaginasi aku je,huhuhu
Setelah berjalan dikemuncak sejauh 300 meter dan ditepi jurang yang berkecerunan 90 darjah,aku sampai ditengah2 bukit keluang,dari situ memang aku ternampak rumah rehat yang jauh dihujung bukit,Disitu aku terasa kurang yakin untuk meredah tubir yang hanya 2 meter lebar dan 200 meter jauh nya dan berkecerunan 80 darjah,Dengan rasa yang macam tu aku mengambil keputusan untuk berpatah balik dengan berkeinginan untuk datang lagi,tapi bukan berseorangan tapi ingin mengajak kawan untuk mendaki lagi
(Jauh dihujung bukit ialah rumah rehat yang aku tak sampai kerana rasa kurang yakin,Dimasa2 yang tertentu aku terasa ada benda yang  seolah2 macam hendak menolak aku,Dengan rasa yang macam tu lah aku mengambil keputusan untuk  berpatah balik kebawah bukit)

Aku berpatah balik dan menuruni bukit mengambil masa tak sampai setengah jam,Pukul 12.30 aku dah sampai kebawah dan membeli makanan dan minuman kerana pendakian solo aku tak membawa sedikit pun barang makan walau pun setitik air,padan muka,huhuhu.Pukul 1.00 tengah hari aku balik kekuala besut untuk berhari raya dirumah saudara aku, 
SELAMAT HARI RAYA