Khamis, 24 Julai 2014

daun lerek

Daun lerek tumbuh secara meliar didalam hutan,Memerlukan kapada kawasan yang redup untuk hidup subur,Kegunaan daun lerek kapada sesetengah orang  bergantung kapada keperluan,Dengan daun yang lebar memungkinkan untuk dibuat atap untuk berteduh sementara dikawasan habitat nya.Selain itu daun lerek boleh juga dijadikan sebagai bekas makanan kapada pengunjung2 hutan..Dimasa2 lampau peranan daun lerek sangat besar dalam kehidupan,Daun lerek boleh dijadikan sebagai pembungkus makanan seperti nasi dan lauk pauk kapada petani untuk kekebun dimasa2 yang lampau,dimasa kertas dan plastik belum dikenali..


Kapada aku daun lerek merupakan salah satu benda untuk dibuat lemang,maksud nya untuk dibuat pelapek beras didalam buluh lemang yang hendak dibakar.Dimasa sekarang daun lerek hanya lah digunakan untuk itu sahaja kerana peranan nya telah pun diambil alih oleh kertas dan plastik,Daun lerek sangat sesuai untk dijadikan sebagai pelapik kapada beras didalam buluh kerana kelebaran nya dan mengeluarkan bau yang wangi.

.Daun lerek memainkan peranan yang besar dalam masyarakat melayu di musim2 perayaan seperti hari raya puasa dan hari raya korban kerana kegunaan nya, dan membuat lemang merupakan salah satu tradisi yg belum ditinggalkan,Jadi peranan daun lerek tak akan berhenti selagi permintaan kapada makanan tradisi masih menjadi yg utama,sekian...