Selasa, 17 Jun 2014

kemusnahan hutan

Malaysia dikatakan negara yang paling terkebelakang dalam penjagaan hutan tropika nya berbanding dengan negara2 yang mempunyai hutan tropika yang lain.Ini disebabkan beberapa faktor,salah satu ialah pembalakan yg tidak terkawal,Sebab2 kemusnahan yang lain ialah pembukaan tanah pertanian,pembukaan kawasan perindustrian dan penempatan penduduk,Empat faktor diatas merupakan penyumbang besar kapada pemusnahan hutan,Dalam setahun memerlukan ratusan ribu hektar tanah untuk dimusnahkan untuk mengisi empat sebab diatas.Sehingga sekarang hanya 12% tanah hutan di Malaysia yang tidak diusik atas sebab2 yang tertentu.

Aku rasa tak payah nak melalut panjang atas sebab2 ini,kerana apa yang aku nak tunjuk ialah kemusnahan hutan ditempat aku dikuala berang terengganu>>>>>>>



Semua gambar diambil pada 27hb.mei 2014

Kawasan pembalakan ini terletak lebih kurang 2 ribu kaki dari paras laut,Terletak diHulu Terengganu,kawasan mukim tersat..Aku tak tau sama ada kawasan pembalakan ini mengikut standard yang sepatutnya atau pun tidak,tetapi jelas kelihatan kerakusan manusia membongkar hutan untuk memenuhi kehendak individu yang tamak tanpa mengambil kira keadan alam sekitar yang sangat meruncing sejak akhir2 ini...
Yang berkait dengan aku tentang pembongkaran hutan secara pembukaan kawasan pembalakan ini ialah pada tahun 1999,diketika itu negeri terengganu telah diperintah oleh PAS iaitu parti islam semalaysia..Diketika itu ada seorang individu telah datang kapada aku dan meminta supaya kawasan dalam gambar, tak ditebang dan beliau mengcadangkan kapada aku supaya memanjangkan hal ini kapada menteri besar terengganu dimasa itu iaitu Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang.Alasan individu ini ialah air Sungai akan keruh kerana kawasan tadahan telah dimusnahkan,Tapi siapa lah aku untuk menyampaikan bantahan ke peringkat menteri Besar...

Setelah PAS kalah pilihan raya tahun 2004 kawasan pembalakan dikawasan yang dimaksudkan pada tahun 1999 dahulu telah dibuka semula dan percemaran telah terjadi tapi individu yang menyuruh aku buat bantahan tersebut tak pula membuat bantahan kapada menteri besar ketika itu iaitu Dato Seri Idris Jusuh malah individu ini telah berkerjasama dengan kerajaan negeri untuk melakukan kemusnahan hutan kerana individu ini memang berkait rapat dengan pembalakan dan mungkin bantahan yang dulu (1999) berkait rapat dengan perolehan kewangan,,Pengajaran yang aku dapat ialah sesuatu yang kita suka tak menjadi kesalahan tapi sesuatu yang kita tak suka akan menjadi kesalahan yang amat sangat...

Pada pandangan aku,kawasan yang aku ambik gambar ni tak sepatutnya dibuka sebagai  kawasan pembalakan kerana akan menghakiskan lagi bukit bukau dan mengeruhkan air sungai.Sepatutnya kerajaan negeri memberi perhatian kapada alam sekitar yang sedang sangat meruncing ketika ini,Penebangan pokok2 merupakan penyumbang secara besar2an kapada kemusnahan alam sekitar,Tapi tuntutan nafsu pimpinan kerajaan negeri untuk mengumpul harta kekayaan telah memungkin kan semua kemusnahan terjadi,..

Aku sangat menyedari tulisan kecik aku ini tak mungkin boleh merubah apa2 keputusan,Pada kesimpulan nya pimpinan lah yang merosakan alam sekitar sama ada pimpinan kerajaan negeri terengganu atau pun pada peringkat kerajaan persekutuan kerana semua kuasa terletak ditangan mereka,Sekian