Isnin, 9 Disember 2013

seterika lama

 Pada suatu hari aku ke rumah mak saudara aku untuk menghadiri majlis tahlil,Setelah tahlil aku menyelongkar dirumah mak saudara aku tenguk2 barang2 lamanya,Dengan kerja sama sepupu aku,aku telah diberi tenguk seterika lama yang menjadi simpanan nya sejak lama,Aku menjadi terpesona juga melihatnya kerana barangan ini telah lama aku tak jumpai,
Aku juga diberitahu oleh sepupu aku bahawa seterika lama nya hendak dibeli oleh beberapa orang pembeli,tapi sepupu aku engan menjual nya, Tujuan pembelian tak diketahui,ada yang kata seterika lama sangat beguna untuk tujuan sesat,Yang dimaksudkan ialah untuk pembomohan iaitu untuk menarik duit,Atas sebab2 itu sepupu aku tak menjualnya.
Seterika lama sangat popular pada tahun2 60an hingga tahun2 70an yakni semasa bekalan letrik belum ada dikampung aku,Pada tahun2 tersebut seterika sangat diperlukan untuk mengosok baju,Pabrik diketika itu memerlukan semua pakaian digosok,Pada masa sekarang sesetengah pabrik tak perlu diseterika kerana jenis fabric yang sensitive kapada panas.Pada masa sekarang seterika lama hanya menjadi pamiran sahaja kerana adanya seterika letrik..Biasanya seterika lama dibuat dengan tembaga padu dan sangat tebal,Harga seterika lama aku kurang pasti,Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan