Ahad, 29 September 2013

mandi serum


Mandi serum,bagi sesetengah orang mungkin tak tau langsung tentang mandi serum,Mandi serum merupakan salah satu cara perubatan tradisional yang dilakukan oleh orang dulu2.Tujuan mandi serum ialah untuk kesegaran tubuh,Biasanya mandi serum dilakukan selepas seseorang itu pulih/baik dari sakit,Sakit yang biasa mandi serum dilakukan ialah demam yg berpanjangan,Mandi serum juga dilakukan kapada ibu2 yg lepas bersalin,.. Dimasa yang lalu mandi serum dilakukan oleh bidan2 kampung yang menjadi bidan kapada ibu2 yang bersalin
daun lengkuas dan isi nya

Mandi serum memerlukan beberapa jenis herba yang telah dikenal pasti oleh mereka2 yang mahir tentang perubatan jenis ini,Beberapa jenis herba yang biasa digunakan untuk mandi serum ialah:
1) Daun lengkuas dan isinya..
2) Daun limau purut..
3) Daun capa..
4) Daun mengkudu..
5) Daun Pandan..
6) Daun serai wangi serta batang nya..
7) Daun Serengan..
8) Daun  Sungkai..
9) Asam keping/gelugor
10)Bawang putih dan Bawang Merah
Daun limau purut

Semua bahan2 diatas hendak lah direbus sehingga mendidih dan dimandi setelah sejuk,Masa yang sesuai untuk mandi serum ialah diwaktu pagi selepas atau sebelum waktu subuh.Kapada yang nak mencuba,selamat mencuba..hehehe,Sekian..
Daun mengkudu

Daun pandan

Daun serai Wangi

Daun serengan

 Daun Sungkai..

 Bawang Putih,Bawang Merah dan Aam Gelugor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan