Jumaat, 2 Ogos 2013

pucuk gelenggang

Pokok gelenggang mungkin ramai yang tak mengenalinya terutama generasi muda,Pokok gelenggang merupakan pokok seakan2 pokok kacang tanah dan mungkin pokok gelenggang dalam kelas kekacang,Pokok gelenggang boleh mencapai sehingga 5 kaki tingginya dan bergantung kapada tempat tumbuhnya
Dari pokok gelenggang ini lah keluarnya pucuk gelenggang,Pucuk gelenggang sangat sedap dibuat sayur terutama nya masak lemak,Selain masak lemak pucuk gelenggang boleh disayur air sahaja dengan dicampur dengan lain2 sayur seperti timun kacang panjang dan sebagai yang patut.Yang paling popular cara memasak pucuk gelenggang ialah dengan celur sahaja dan dimakan dengan budu,ikan kering,sambal belacan,tempoyak dan nasi panas2,huhuhu..

Selain dimasak lemak serta dicelur pucuk gelenggang boleh juga dikatakan boleh menyembuh beberapa penyakit seperti darah tinggi,Walau macam mana pun ubat darah tinggi yang paling mujarab ialah ubat kat hospital je,pucuk2 ni rasa nya macam auta je,hahahaha,sekian.....
Pucuk gelengang yang telah dicelur,Kalau nak sedap lagi ambik beberapa ulas bawang putih dan merah dan dihiris2 kecil,air limau nipis,air strabery dicampur semua bahan2 tu bersama pucuk gelenggang celur dan dimakan dengan nasi,huhuhu