Jumaat, 31 Mei 2013

perarakan berkhatan

Perarakan berkhatan merupakan satu tradisi yang telah diamalkan pada tahun2 sebelum merdeka,ketika itu perarakan berkhatan sangat popular kerana pada setiap kali majlis berkhatan mesti diadakan perarakan berkhatan yang melibatkan budak2 yang hendak dikhatankan.Biasa nya seluruh komuniti setempat akan melibatkan diri dalam tradisi ini..


Perarakan berkhatan merupakan sebahagian dari majlis berkhatan  kerana setiap kali majlis berkhatan diadakan mesti ada kenduri besar2an.Selain dari perarakan berkhatan diadakan pada majlis berkhatan permainan lain yang selalu diadakan ialah rodat,dikir pahang,bersilat serta perarakan kueh,..


Perarakan berkhatan biasa dibuat ketika majlis kenduri diadakan iaitu semasa tetamu menjamu selera.Boleh lah dikatakan perarakan berkhatan adalah salah satu dari persembahan kapada tetamu majlis.Permainan lain selalu nya dipersembahkan pada malam hari seperti rodat dan berdikir pahang.Perarakan kueh biasanya diadakan sehari sebelum kenduri berkhatan dan acara silat dipersembahkan semasa dan selpas perarakan berkhatan diadakan.
Gadis2 kecil ini merupakan sebahagian dari ahli perarakan,Ianya merupakan satu simbolik dan cabaran kapada yang akan dikhatankan,Kata2 yang tersirat didalam hati gadis2 kecil ini ialah,"aku menunggu mu,".Walau macam mana pun perkataan itu memang tiada dalam hati gadis2 kecil ni,mereka sendiri tak tahu perlunya mereka untuk berarak bersama dengan pemuda2 yang hendak dikhatan kan...huhuhu...

Atur cara perarakan berkhatan..
>>>Biasa nya perarakan dimulakan pada pukul 11 pagi..
>>>Pemuda2 yg nak dikhatan kan akan dimandikan,sama ada di sungai atau mengunakan khidmat bomba..
>>>Peserta akan diberi persalinan dan dimake up..
>>>Pesrta akan dibawak berarak dengan dijulang..
>>>Perarakan akan disertai komuniti setempat dan saudara mara..
>>>Di iringi dengan pasukan selawat..
>>>Di-iringi pasukan bersilat..Pasukan ini akan bersilat tiga kali semasa perarakan..
>>>Pasukan penembak akan menembak keatas sepanjang perarakan
>>>Sampai kerumah kenduri berkhatan peserta akan direnjis dgn air mawar dan makan untuk peserta..
Peralatan yang digunakan..
>>>Bunga manggar
>>>Gong,gendang..
>>>Gubahan bunga untuk mnyerikan perarakan..
Pada 25-5-2013 yang lalu perarakan berkhatan telah diadakan dirumah ketua kampung aku iaitu kampung bukit gemuroh,kuala berang trengganu.Perarakan ini telah diadakan sempena dengan majlis berkhatan untuk anak mereka.Walau macam mana pun perarakan berkhatan telah disertai oleh 12 orang kesemuanya yang terdiri dari anak2 jiran dan anak2 keluarga terdekat.

Aturcara majlis pada hari itu ialah:
1)Kenduri>>> 11.00 pagi- 5.00 petang
2)Perarakan>> 11.00 pagi-12.00 tgh hari..
 




Video perarakan berkhatan pada 25-5-2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan