Ahad, 28 April 2013

Awek..

Sejak aku berinternet aku telah mnerima mcm2 emel,Kebanyakan emel hanya berkaitan dgn laman sosial yg telah aku sertai..Tetapi banyak juga emel yg aku terima merupakan emel yang pelik,Salah satu contoh emel pelik ialah aku diminta untuk mengesahkan penghapusan seekor anjing di New York,Berkali2 emel itu aku terima,oleh kerana bosan dgn emel tersebut aku telah sahkan pelupusan anjing tersebut dgn cara menklikkan ditempat yang telah diberikan,Urusan yang tak ada kena mengena dgn aku dah jadi satu kewajiban kapada aku untuk membantu dalam urusan mereka...Sejak aku sahkan pelupusan tersebut aku tak pernah lagi menerima sebarang emel berkaitan dgn anjing tersebut....

Awek ni berasal dari manchester,England,Dia ni bagi nombor talipon nya kat aku,aku mesej je kat dia,tak berani talipon..nama nya jeniffer

Selain dari emel2 laman sosial, aku telah terima beberapa emel dari orang biasa yg datang dari USA,Turki,Brazil,India,mesir,goergia,bosnia,Enland dan afrika,Penhantar emel semua perempuan yang umurnya sekitar 20- 30 tahun..Selain emel2 dari awek2 ni,aku telah terima satu jemputan bermain motocross di Florida,Amerika Syarikat,Jemputan ni telah dikhususkan kapada kelab motor aku,HTMCC,Tapi aku rasa jemputan itu hanya main2 sahaja kerana keupayaan htmcc hanya ciput je..
 Awek ni bernama Nurul yg berasal dari England,Tinggi orang nya, islam ugamanya

Salah satu emel yang kerap aku terima datang nya dari  negara goergia,eropah,yang dihantar oleh seorang awek,bagi aku org putih ni mmg lawa2,Mula2 aku tak rasa apa dengan emelnya kerana emelnya biasa2 sahaja,Yang awek ni cerita dan cerita aku kapada awek ni hanya lah berkaitan hal2 biasa sahaja,cuma bertanya kabar,cerita hal negara masing2 serta hal2 kampung..Mula2 aku agak awek ni merupakan satu kumpulan sindiket penipuan antara bangsa yang melibatkan dadah dan kewangan kerana awek ni bimbang emelnya dipintas,aku sendiri tak faham apa itu dipintas,oleh kerana kekerapan emelnya dan menceritakan kapada aku tentang nya dan tentang hidup, aku menjadi lupa tentang tohmahan aku kapada nya...

Perkenalan aku dengan awek ni berlangsung untuk beberapa bulan,Sesudah lama aku dan awek ni beremel,awek tersebut dah menceritakan kapada aku tentang kisah nya dengan lebih lanjut lagi,,Rupa2 nya awek ni pengidap sakit jantung kronik.Aku menjadi kasihan sebab apa yang diceritakan oleh nya kapada aku,aku jadi percaya dan hubungan emel menjadi berterusan,dan aku menjadi setia untuk membaca emelnya,Adakah aku dan awek ni bercinta? Aku rasa tak,sebab masing2 tau tentang kedudukan masing2,Tak kan lah aku nak pergi jauh ke-goergia dan dia yang sakit tentu lah tak ada apa2 yang dikehendaki lagi..Perhubungan menjdi semakin lama dengan cerita2 yang biasa, yang telah diceritakan sejak lama dahulu..


Beberapa minggu yang lalu aku telah tidak menerima emel dari nya lagi,Dan baru2 ini aku telah menerima emel dari seseorang yang telah memberi tahu aku, awek ni dah pun meninggal dunia kerana sakit jantungnya,Sebak juga lah aku kerana apa yang diceritakan kapada aku adalah benar belaka iaitu tentang sakit nya dan tentang susah payah nya untuk meneruskan hidup akibat dari sakit yang dialaminya.(aku tak tahu lah plk kut awek ni tipu aku,dia malas nk emel aku dia ckp je dia dah mati).Yang aku paling terkilan ialah aku tak pernah bercakap tentang ugama dengan nya, jauh sekali untuk berdakwah menyeru dia untuk menganut ugama Islam tapi setelah aku fikir2kan siapa lah aku untuk berdakwah kapada nya.(awek ni berugama kristian dan dia cerita kpd aku keluarganya tak ada masalah kewangan..)


Terus terang aku katakan aku kasihan kapadanya dan hari aku tau berita kematiannya, aku rasa air mata ku tergenang,Tapi aku bukan lah nak ucapankan semoga rohnya dirahmati ALLAH pulak atau membaca fatihah untuknya kerana ugama nya...Sejak itu aku rasa betul2 kehilangan emel dari nya,untuk aku menghilangkan ingatan itu aku delete semua emel yang telah dihantar oleh nya...

(yang aku hairan macam mana  orang2 ini boleh tau emel aku,sedangkan aku tak tau langsung Alamat Emel orang.walau macam mana pun aku telah terima emel dari pasukan google yang menyatakan emel aku dah beberapa kali diceroboh.Apakah itu?? aku sendiri tak faham) 

Sabtu, 27 April 2013

Jalan Sekayu


Jalan sekayu bermula disini yakni disimpang sekayu,kuala berang..

Jalan sekayu dibina seawal tahun 60an berupa jalan tanah merah dan dibina dengan berturap Tar sedikit demi sedikit pada awal tahun 70an.Jalan sekayu di turap tar sepenuh nya pada awal tahun 80an...Tar yang pertama dibuat merupakan tar yang paling rendah standard nya iaitu tar yang dicampur dgn pasir yg menhasilkan pemukaan jalan yang kasar,Tar yang kedua merupakan tar yg tinggi sedikit standardnya iaitu tar yang disiram mengunakan tangan yang dicairkan terlebih dahulu,dan tar yang ketiga merupakan tar yang ada pada masa sekarang...

 Kg batu 24 (Dekat bomba)

Jalan sekayu bermula dari simpang sekayu dikuala berang hingga ke kampung sekayu.Panjang jalan sekayu ialah 15 km.Jalan sekayu mempunyai 4 buah jambatan dan mempunyai 8 batang sungai dan anak sungai mempunyai beberapa simpang dan empat simpang yang penting
(kg lebak)

Simpangnya ialah:
1)Simpang kePasar kuala berang/stesen bas kuala berang..
2)Simpang kepaya besar/lenjang/ke kg kua
3)Simpang kekampung Kemat.
4)Simpang ke Kampung Pelandan
Selain empat simpang yg penting itu jalan sekayu mempunyai beberapa simpang yg kurang penting yang berupa simpang2 kekebun dan simpang didalam kampung sepanjang jalan sekayu..
Padang Ipoh

 Sungai/Jambatan yang merentangi jalan sekayu ialah:
1) Sungai Berang..(kg batu 24)
2) Sungai Lintang..(kg padang Ipoh)
3) sungai kepar..     (kg kuala Menjing)
4) Sungai tepis        (Kg sekayu)
Empat anak sungai yang lain diisi culvert merintangi jalan sekayu.
 Kg bkt biah

 Sungai/Jambatan yang merentangi jalan sekayu ialah:
1) Sungai Berang..(kg batu 24)
2) Sungai Lintang..(kg padang Ipoh)
3) sungai kepar..     (kg kuala Menjing)
4) Sungai tepis        (Kg sekayu)
Empat anak sungai yang lain diisi culvert merintangi jalan sekayu.

Kg bkt Gemuroh

Sepanjang laluan nya mempunyai beberapa buah kampung bermula dari kuala berang hingga kesekayu,Kampung-kampungnya ialah:
1)Kampung batu 24..
2)Kampung tanjung putat..
3)Kampung Lebak..
4)Kampung padang Ipoh
5)Kampung Bukit Biah..
6)Kampung Bukit Gemuroh
7)Kampung Kuala Menjing
8)Kampung Lubuk Pait
9)Kampung Durian Bador.
10)Kampung Padang Setar
11)Kampung Sekayu 
 Dikampung bkt gemuroh

Jalan sekayu merupakan penempatan penduduk disepanjang laluan nya sejauh 15km,hanya 1km sahaja yang belum diduduki kerana kawasan tersebut selalu dinaiki air semasa musim tengkujuh,tetapi kawasan tersebut akan diduduki sedikit demi sedikit setelah kawasan penempatan menjadi sempit..

 Dikampung Kuala Menjing

Kg Sekayu
Penamat jalan sekayu di kampung sekayu...kekanan: kekawasan perkelahan belukar bukit,Kekiri; kebandar kuala berang

Rabu, 3 April 2013

Kampung Langkap

 Kampung Langkap terletak dalam daerah setiu terengganu,Kampung ini juga boleh lah dikatakaan terletak dikawasan pendalaman setiu,Kampung langkap dihubungi dengan sistem jalan raya yang sangat baik,Rangkaian jalan nya menghubungkan hulu terengganu dan kampung2 yang lain dalam daerah setiu..
Kampung langkap terletak 50km dari bandar raya kuala terengganu,22 km dari bandar permaisuri dan 56km dari bandar kuala berang...
Masjid kampung langkap
Disekitar kampung langkap