Sabtu, 30 Mac 2013

Simpang empat Gerdong


 Kedepan ialah kampung gerdong,kekiri kekampung pelung,setiu,kekanan kekampung basung,tasik kenyir...

 Simpang empat ini terletak dikampung gerdong hulu terengganu,Yang paling popular dengan simpang empat ini ialah jalan menuju kebukit batu kapal kampung gerdong.Batu kapal boleh dikatakan popular kapada penduduk tempatan..

 Kedepan,kampung basong,Tasik kenyir,kekanan,batu kapal,kekiri,kampong gerdong

Boleh dikatakan simpang empat ini cantik,terletak ditempat yang sunyi dilaluan kekampung pelung setiu,Boleh dikatakan simpang ini terletak dikawasan yang tercorot dan sunyi,melalui nya agak mengasyikkan...

            Kedepan,batu kapal,kekanan,kekampung pelung,kekiri,kekampung basong,tasik kenyir    



Khamis, 21 Mac 2013

Sungai Tersat

Sungai tersat merupakan sebatang sungai yang terdapat didaerah hulu terengganu,Sungai tersat berulukan gunung padang.Gunung padang mempunyai ketinggian 1312 meter pada paras laut..Sungai tersat berkualakan sungai berang dikampung buluh hulu terengganu,Panjang sungai tersat dari hulu hingga kehilir nya lebih kurang 40 km atau lebih,Sungai tersat merupakan sungai yang berpasir dari hulu sampai kehilirnya.Dilikuan sungai nya sungai tersat melalui beberapa buah kampung dimukim tersat dan  mukim kuala berang,Kampung nya ialah:
1)Kampung kuala Embong..
2)Kampung Sekayu.
3)Kampung Padang Setar.
4)Kampung Durian Badur.
5)Kampung lubuk Pait.
6)Kampung Kuala  Menjing..
7)Kampung Bukit Gemuroh.
8)Kampung Bukit Biah.
9)Kampung Ipoh.
10)Kampung Tanjung Putat
11)Kampung Buluh
 Dibahagian hulu sungai,berjeram dan mempunyai air terjun yang besar2.Sebenarnya tempat2 dihulu sungai tersat mempunyai nama2 yang tertentu yang telah dinamakan oleh penduduk tempatan untuk memudahkan urusan yang melibatkan urusan memancing dan membalak,Nama2 yang diberikan ialah lasah,kaki,lubuk wap,lubuk mini dam.dan beberapa nama lain yang agak tersorok..
Jeram dihulu sungai tersat

Sungai Tersat ditampung oleh beberapa batang anak sungai lain dari hulu nya sehingga kehilir menjadikan sungai tersat sentiasa mempunyai air yang cukup banyak untuk melengkapi sebuah sungai nya..Beberapa batang anak sungai tersebut ialah...
1)Sungai belar/Sungai embong/Sungai tak ada ikan/
2)Sungai komok..
3)Sungai Anum..
4)Sungai peres..(Air terjun sekayu)
5)Sungai tepis..
6)Sungai  Mier..
7)Sungai kejir..
8)Sungai  Menjing
9)Sungai kepar
10)Sungai lintang..
11)Sungai ulur


Sungai tersat mempunyai tiga buah jambatan yang merentangi nya.
1)Jambatan dikampung sekayu (ke-Air terjun Sekayu)
2)Jambatan Kampung Durian Badur (ke kawasan pertanian)
3)Jambatan Kampung Kuala Menjing (Menghubungkan kg kemat dan kem rela wilayah timur)

 (Lasah)

Sungai tersat mempunyai cerita menarik tentang ikan kelah iaitu sejenis ikan yang memjadi kegemaran kepada pemancing,Sejak zaman berzaman ikan kelah telah mendiami sungai tersat tetapi ikan kelah mempunyai kawasan yang tersendiri untuk bertelur dan mempunyai had untuk dimudiki.Tempat yang paling atas atau had kapada ikan kelah memudikinya ialah kuala sungai komok,Dikuala sungai ini lah ikan kelah akan bertelur dan akan menghilir balik kekuala sungai tersat setelah proses bertelur selesai,Kuala sungai komok  terletak sebelah atas kampung sekayu iaitu kawasan sungai yang berjeram...


Sungai tersat mempunyai sistem seperti sungai2 lain juga iaitu peringkat hulu,pertengahan dan hilir,walau macam mana sekali pun sungai tersat boleh lah dibahagikan kapada dua peringkat sahaja iaitu peringkat hulu dan pertengahan sahaja kerana sungai tersat berkualakan sungai berang dan sungai berang berkualakan sungai terenggganu dan untuk melengkapi peringkat hilir nya maka sungai terengganu lah yang memainkan peranan nya...
 Sungai Tersat dikampung sekayu
Sebuah jambatan yg merentangi sungai tersat yang terletak dikg durian bador...

Peranan sungai tersat sangat besar kapada penduduk disekitar aliran sungai nya.Diawal2 terbina kampung2  disekitar nya sungai tersat menjadi jalan perhubungan antara kampung ke kampung yang lain dan menjadi jalan perhubungan untuk kebandarDikatakan sungai tersat dapat dimudiki dengan perahu kajang sehingga ke kampung sekayu pada tahun2 sebelum merdeka.
 Sungai tersat dikampung bukit gemuroh

Sungai tersat mempunyai sejarah nya yang tersendiri,Sejarah yang paling dikenali ialah penemuan batu bersurat disungai tersat dikampung buluh pada tahun 1887,Dan sungai tersat akan memberi bakti nya sepanjang masa....sekian..





(Sungai tersat dikampung kuala menjing)


Dibahagian petengahan sungai akan terjadi hakisan yang teruk kerana likuan sungai nya..
Sungai tersat dikampung ipoh/lubuk mati bertiga

Kuala sungai tersat dikampung buluh.Sungai tersat berkuala kan sungai berang.
Kelihatan dihadapan ialah sungai berang.

Peta sungai tersat..

Sabtu, 2 Mac 2013

Felda Jerangau Barat


Felda jerangau barat telah dibuka pada awal tahun 1980,Felda ini merupakan felda yang awal juga bagi negeri terengganu,Felda Jerangau barat terletak didaerah hulu terengganu,Jauh dari bandar raya kuala terengganu ialah lebih kurang 60km..Kawasan parlimen hulu terengganu dan Dewan undangan negeri Ajil dan diwakili oleh umno/BN..Parlimen ialah Yb Mohd Nor Othman dan Dun dimiliki oleh Yb Dato' Rosol Wahid....