Jumaat, 22 Februari 2013

Pantai Teluk Ketapang

Pantai teluk ketapang terletak lebih kurang 10km dari bandaraya kuala terengganu,Disebelah nya ialah lapangan terbang sultan mahmud iaitu lapangan terbang bagi negeri terengganu daruliman. Lebih kurang 1 km dari pantai ini terletaknya komplek sukan negeri terengganu yang popular dengan stadium nya yang suka kapada runtuh,hahahaha

Pantai teluk ketapang tidak lah popular seperti pantai batu buruk yang terletak dibandar kuala terengganu tetapi pantai ini sangat sesuai untuk berehat kapada penduduk setempat,Pantai nya sangat lebar dan luas..

Pantai teluk ketapang sangat popular pada hari jumaat,Ramai pengunjung yang datang sama ada untuk berehat atau pun membeli belah kerana disepanjang pantai ini ramai peniaga yang beniaga sama ada makanan biasa atau pun kain baju,Boleh dikatakan pengunjung akan memenuhi setiap ruang dikiri kanan jalan,

Pada hari lain pantai ini boleh dikatakan biasa2 sahaja, walau bagimana pun banyak terdapat kedai2 yang menjual makanan laut sehingga malam.Yang paling popular ialah ikan/udang celup tepung dan keropok lekor selain makanan laut yang lain...

Pada am nya pantai ini sangat menarik untuk dikunjungi terutama kapada penduduk negeri terengganu sendiri,Kapada pengunjung luar pantai ini terletak agak jauh dari jalan utama tapi tak rugi kalau ingin melengkapkan dairi cuti masing2....








Sabtu, 2 Februari 2013

Felda chemomoi

Aku ke felda chemomoi untuk menghadiri jemputan majlis perkawinan  sepupu aku Timah bin taib dan Aziz bin mohd,Beliau telah melangsungkan perkahwinan anak perempuan nya merangkap anak sepupu aku,Selain itu aku mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan saudara mara aku yang memang tak pernah aku kenal.

Apa yang aku telah diberi faham ialah felda chemomoi terletak didaerah triang,untuk ketriang mesti melalui temerloh terlebih dahulu tp untuk kechemomoi tak perlu melalui triang kerana untuk ketriang kita boleh juga mengambil jalan melalui karak.


video
Lebuh raya pantai timur...

Sikit punya jauh felda ni hingga tak terkata,mengapa kah aku ada sedara mara kat sini, kerana dengan jauh nya itu sangat menyusahkan aku untuk kesana,tak blehkah tinggal dekat2 je,huhuhu
 Lebuh raya pantai timur

Jalan yang aku ambil ialah lebuh raya pantai timur melalui ajil,jabur dikemaman hingga ke LPT Pahang,Melalui jalan ni memang mengasyikan kerana pemandangan nya dan mempunyai jalan yang baik







Bandar karak                                                                                                              Pekan telemong

Sampai ke-tol karak dengan bayaran rm 21.00 terus je masuk kebandar karak yang terkenal dengan cerita hantu nya,Terus je kepekan telemong yang aku sangka nama telemong hanya ada dikuala berang tempat aku je,Tak sangka plk telemong memang ada ditempat lain,huhuhu..
 Jalan untuk ke-Chemomoi,Jalan yang bengkang bengkok,Sempit serta berlubang2,Melalui jalan ni sejauh 50km,Jalan ini boleh juga ke kuala pilah negeri sembilan..Tak sangka tempat yang tersorok mempunyai kelengkapan yang cukup seperti balai polis dan kemudahan asas yang lain..

Melalui jalan yang bengkang bengkuk sejauh 50km maka sampai lah aku di kg chemomoi dengan sambutan perkahwinan yang agak berbeza dari tempat aku dikuala berang terengganu..Dengan paluan kompang yang gegak gempita,pemuzik,karaoke serta majlis persandingan yang gilang gemilang..Nak jadi kebetulan yang menjadi disko joker ialah orang kampung aku yang telah lama aku tak temui yang bernama Mohd Diana bin Abdullah

Bertolak pukul 7.30 pagi dan sampai pukul 1.00 tengah hari dan aku bertolak balik pada pukul 2.30 petang,sampai rumah pada pukul 8.00 malam untuk melenkapi perjalanan sejauh hampir 1000km  pergi dan balik...Minyak kereta Rm120,Tol Rm 42,Makan dijalanan tak dak kira laaaa, Wasalam...
Kumpulan kompang
Sepupu aku dan orang kampung aku(yg pakai baju merah ialah DJ majlis) yang aku jumpa kat majlis  pernikahan di chemomoi,Tak sangka langsung,Aku tak jumpa dengan mereka2 ni sejak 20thn yang lampau,punya lah sadis cerita,huhuhu..

video


Orang yang sepatutnya aku kenali tapi aku tak kenal langsung mereka2 ini..Nama pun aku tak tau,huhuhuhu...

 Sepupu2 aku,anak2 sepupu aku,cucu2 sepupu aku dan mungkin juga cicit2 sepupu aku didalam gambar ini,tapi sayang aku langsung tak kenal  mereka2 ini, kerana ini lah pertama kali aku jumpa mereka,Punya lah kaya aku hingga tak sedar aku mempunyai kekayaan yang macam ni.Walau cm mana pun aku memang xde dlm pic ni kerana aku tak makan  untuk bergambar,sebab aku hensen sangat.hahahaha..