Rabu, 23 Januari 2013

Orang kenit

Gambar ni telah diberikan oleh kawan aku dan kawan aku telah diberi oleh kawan nya,Kawan aku mendakwa gambar makhluk ni telah diambik dirumah yang ampunya gambar,huhuhu..Aku rasa gambar ni telah pun keluar dalam surat kabar beberapa hari yang lalu,Aku tak pasti lah sama ada gambar ni gambar  yang telah di edit atau sebagainya,Dizaman teknologi yang tinggi semua boleh dibuat..

Setelah aku amat2i gambar makhluk yang terpampang macam tu, rasa macam tak menesabah makcik dekat tu tak rasa takut,Relek je mak cik tu, macam tak takut apa2.atau makcik tu memang tak nampak budak kecik yang ada kat depan  dia,huhuhu..Atau pun gambar ni memang telah diedit...Boleh juga dikatakan gambar budak kecik tu serupa dengan UFO yang ada dalam cerita Tv,Saling tak tumpah...

Dikatakan gambar ni diambik mengunakan kamera talipon sahaja dan diambik disebuah kampung diterengganu beberapa hari yang lalu,Kebenaran gambar ni hanya tuan yang ampunya gambar sahaja yang tau,sekian...

Khamis, 17 Januari 2013

Kampung sekayu

Kg sekayu tak ada bezanya dari kampung2 lain didaerah hulu terengganu,Sekayu menjadi terkenal kerana adanya air terjun sekayu yang popular itu.Kg sekayu terletak 1km dari kawasan perkelahan hutan lipur sekayu..Kampung sekayu dihubungkan dengan baik dengan jalan raya kebandar kuala berang sejauh 16km

Kampung Sekayu merupakan kampung yang paling tepencil di-awal ujud nya..Ditahun 60an penduduknya hanya berjalan kaki untuk kebandar kuala berang dan ada yang berakit disungai untuk membawa hasil tanaman,Syukur alhamdulilah sekarang semua nya ok,huhuhu...
 Ditengah-tengah kampung sekayu

Kg sekayu mempunyai lebih kurang 600 orang penduduk,mempunyai pengerusi JKKK dan ahli jawatan kuasanya sendiri..Rata2 penduduknya bekerja sebagai petani dan ramai dari penduduknya mempunyai kebun sawit dan getah sendiri,Sebahagian yang lain bekerja  kerajaan.Boleh dikatakan penduduk sekayu terdiri dari orang2 yang senang kalau dinisbahkan dengan kebun yang mereka miliki.Sesuatu yang unit kapada penduduk sekayu ialah kesemua penduduknya adalah penyokong kerajaan atau penyokong Umno,Payah hendak dijumpai semua penduduk kampung penyokong parti tertentu secara perfect...
Kampung sekayu mempunyai kemudahan asas seperti bilik mesyuarat jkkk/balairaya,Masjid yang besar,kelas kemas,padang bola/badminton dan mempunyai kedai2 bagi kemudahan penduduk setempat..
 Simpang ke Air Terjun Sekayu..

Sesuatu yang amat menarik tentang kg sekayu ialah kampung ini mempunyai pemandangan yg menarik selain dari air terjun nya..Ujudnya kg ini mungkin tanpa perancangan yang sepatutnya kampung ini gagal dibangunkan dengan lebih baik tak setanding dengan kemashyuran air terjun nya dan mungkin juga atas sebab2 tradisionalnya..sekian...
Tadika kemas.
.
Masjid kampung sekayu.

 Didalam kampung nya
.
Sungai yang memisahkan Kampung Sekayu dan Taman lipur sekayu..

Simpang ke-Air Terjun Sekayu..

Isnin, 14 Januari 2013

Simpang Sekayu

Simpang sekayu tak ada apa yang istimewa tetapi simpang sekayu menjadi terkenal kerana sekayu nya bukan kerana simpang nya,Sekayu ialah nama sebuah kampung yang terletak di-Hulu terengganu dan nama sekayu menjadi popular kerana air terjun nya  ia itu air terjun sekayu..

Simpang sekayu terletak dibandar kuala berang iaitu lebih kurang 16km dari air terjun sekayu,Dari bandar raya kuala terengganu lebih kurang 38 km..Dari simpang ini lah jalan masuk ke air terjun sekayu dan kampung2 lain disekitarnya..
 Simpang sekayu diwaktu malam..