Sabtu, 28 Disember 2013

iddah kematian suami

Pada 3hb dis 2013 yang baru lalu aku dan keluarga aku telah kehilangan ayah untuk selama2nya,Arwah ayah aku telah sakit selama 7 tahun dan 8 bulan kerana diserang strok.Dalam tempuh pejagaan pesakit yang menghidapi penyakit strok ini aku dan keluarga mengalami kegetiran yang tak semua orang akan melaluinya.
 
Dihari kematian ayah telah terjadi banjir besar dikemaman dan Pahang dan tak terkecuali kampong aku di kuala berang,tapi dalam tempuh 5 jam dari kematian ayah aku dan keluarga telah dapat menyelesaikan semua urusan pemkebumian.Mungkin disebabkan penduduk kampung yang tak dapat bekerja menjadikan urusan menjadi sangat senang walaupun disirami dengan hujan dimusim banjir.
 
Setelah segala urusan selesai satu perkara yang aku  sedikit pun tak tau yang berkaitan dengan iddah,Iddah yang aku maksudkan ialah iddah yang mesti ditempuh oleh ibu ku dan iddah itu ialah iddah kematian suami,.Terus terang aku nyatakan bahawa iddah yang aku ketahui ialah iddah yang berkaitan dengan perceraian sahaja,Setelah bertanya2 kapada individu yang sepatutnya dapat aku ketahui bahawa iddah kematian suami sesuatu yang wajib hukum nya kapada siisteri.
 
Terdahulu dari itu aku bertanya2 kapada kawan2 tentang iddah ini disekitar aku dan ramai yang tak mengetahuinya,Maka ketahui lah aku bahawa ramai sangat yang tak menghirau kan tentang iddah termasuk juga aku sendiri.Telah dihujah dan didebat maka dapat lah aku simpulkan bahawa iddah ini merupakan jarang terjadi jadi tak ada keperluan untuk mengetahuinya..(sebenarnya ramai dari kita yang malas nak belajar,klu yang berkait dgn iddah ni ok lah jgk tp fardu ain yang lain berapa kerat sgt yg belajar dan mengamalkan nya,konon nya iddah ini hya ppuan sahaja yg terkena,lelaki tak kena jadi untuk belajar tak perlu lah tapi itu alasan jer,alasan org malas kpd ugama nya,termasuk jgk aku,huhuhu)
 
Dibawah aku serta kan satu page blog yang berkaitan dengan Iddah kematian suami yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM>>>>>>>>>

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Kematian Suami
 
i.       Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami,Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjangmereka berada dalam tempoh tersebut.  Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:
 
a)            Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.  
 
b)            Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan. 
 
c)            Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja.  Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam.  Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam.  Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawatdan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk  menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.
 
d)            Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.
 
e)            Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah.  Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan.  Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:
 
i)         Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang; 
 
ii)        Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata;
 
iii)       Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian; dan
 
iv)       Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.
 
ii.            Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya.
iii.           Justeru, walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah, mereka wajib menjaga kebersihandan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh `iddah dan berkabung itu.
 
KESIMPULAN
 
Islam bukan hanya menjaga dan memelihara kebajikan dan hak-hak wanita semasa mereka masih berada dalam tempoh perkahwinan, malah berterusan sehingga terbubarnya perkahwinan tersebut sama ada kerana perceraian hidup mahupun perceraian mati. Sudah pasti terdapat hikmah yang besar disebaliksetiap perkara yang disyariatkan oleh Islam yang mungkin tidak mampu dijangkau oleh akal manusia.  Begitu juga dengan pensyariatan `iddah dan berkabung oleh Allah SWT ke atas kaum wanita.  Justeru, sebagai hamba-Nya yang beriman, kita wajib patuh dan taat serta mengambil berat terhadap tuntutan tersebut tanpa sebarang persoalan atau menghadapinya dengan perasaan dan jiwa yang berkeluh-kesah.  Bahkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT itu merupakan satu tanda pengabdian diri dan kepatuhan hamba-Nya terhadap Pencipta Yang Maha Agung. 
 
            Dalam era wanita Malaysia yang berkerjaya, peranan ahli keluarga dan anggota masyarakat juga tidak kurang pentingnya.  Mereka perlu sentiasa dididik dan diberi kesedaran supaya  dapat menghayati dan menghormati situasi wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung serta membantu mereka agar dapat menjalani tempoh tersebut mengikut landasan syarak. Ini penting kerana dengan pemahaman yang jelas berhubung hal ini, perkara-perkara yang ditegah oleh Islam dapat dihindari seterusnya mengelakkan berlakunya fitnah, tohmahan dan unsur-unsur yang kurang menyenangkan terhadap wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung.
 
PENUTUP
 
Garis panduan ini diharap dapat memberikan panduan kepada masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita Islam yang sedang menjalani tempoh `iddah dan berkabung supaya dapat melalui detik-detik tersebut dengan lebih mudah dan tenang. Ia juga diharap dapat membantu masyarakat untuk lebih memahami dan menghayati konsep `iddah dan berkabung menurut tuntutan Islam  yang sebenar.

Isnin, 9 Disember 2013

seterika lama

 Pada suatu hari aku ke rumah mak saudara aku untuk menghadiri majlis tahlil,Setelah tahlil aku menyelongkar dirumah mak saudara aku tenguk2 barang2 lamanya,Dengan kerja sama sepupu aku,aku telah diberi tenguk seterika lama yang menjadi simpanan nya sejak lama,Aku menjadi terpesona juga melihatnya kerana barangan ini telah lama aku tak jumpai,
Aku juga diberitahu oleh sepupu aku bahawa seterika lama nya hendak dibeli oleh beberapa orang pembeli,tapi sepupu aku engan menjual nya, Tujuan pembelian tak diketahui,ada yang kata seterika lama sangat beguna untuk tujuan sesat,Yang dimaksudkan ialah untuk pembomohan iaitu untuk menarik duit,Atas sebab2 itu sepupu aku tak menjualnya.
Seterika lama sangat popular pada tahun2 60an hingga tahun2 70an yakni semasa bekalan letrik belum ada dikampung aku,Pada tahun2 tersebut seterika sangat diperlukan untuk mengosok baju,Pabrik diketika itu memerlukan semua pakaian digosok,Pada masa sekarang sesetengah pabrik tak perlu diseterika kerana jenis fabric yang sensitive kapada panas.Pada masa sekarang seterika lama hanya menjadi pamiran sahaja kerana adanya seterika letrik..Biasanya seterika lama dibuat dengan tembaga padu dan sangat tebal,Harga seterika lama aku kurang pasti,Sekian

Jumaat, 15 November 2013

Kampung Ipoh



DITEPI KAWASAN KAMPUNG IPOH

Kampung Ipoh atau lebih dikenali sebagai kampong padang Ipoh telah lama ditinggalkan oleh
penduduknya.Kampung ini terbina ditepi sungai tersat ia-itu sungai yang agak popular dikawasan kuala berang,hulu Terengganu.Sungai merupakan jalan perhubungan antara kampung2 dimasa2 yang lampau dan tidak terkecuali sungai tersat.Kampung Ipoh merupakan kampong persinggahan penduduk2 dihulu sungai tersat.Antara nama2 kampong yang wujud ditepi sungai tersat pada masa lampau ialah kampong tepas,kampung lebat daun,kampung pasir nyiur,kampung kuala embong dan kampong ceting,Penduduk2 dihulu2 sungai ini lah yang sentiasa singgah dikampung Ipoh bila penduduk nya mempunyai urusan dipekan seperti kuala berang dan kuala Terengganu.Dimasa itu kampong ini dibina dengan cukup baik dan tradisional,Kampung ini mempunyai pengkalan persinggahan perahu kecil dan perahu payang dan dimasa modern nya menjadi tempat pendaratan bot penambang (tahun 50an dan 60an).Mempunyai system yang lengkap seperti ketua kampong dan beberapa penolongnya..

 
 KAWASAN TANAH KUBUR YANG SEMAK SAMUN

Setelah ditinggalkan kampong ini telah tidak menampakan rupa sebagai sebuah kampong,yang tinggal hanya sebagai sebuah kebun dan belukar sahaja,Penduduk yang paling akhir meninggalkan kampong Ipoh ialah pada tahun 1969,iaitu Wan Ibrahim bin Wan Bakar.Sebab2 utama kampong Ipoh ditinggalkan kerana terbinanya  jalan raya yang menghubungkan pekan kuala berang ke kampong sekayu pada pertengahan tahun 1950,Kawasan alternatif yang dipilih oleh penduduk kampong untuk berpindah ialah kampong bukit biah,kampung buluh dan beberapa kampung disekitarnya
DANGAU KEBUN DUKU..

Dikatakan kampong Ipoh telah wujud sebelum tertabalnya kesultanan Terengganu.Kesultanan Terengganu bermula pada tahun 1726.Dikatakan kampong Ipoh kampong yang paling lama ujud di-Terengganu dan ujud nya lebih dulu dari kampong buluh kuala berang.Kampung Ipoh mempunyai cerita nya yang tersendiri,salah satu cerita yang sentiasa disebut2 ialah tentang cerita lubuk mati bertiga,Cerita epic kampong dikawasan kuala berang dan sekitar nya,Cerita ini berkisah tentang bercintaan antara tiga individu yang bersepupu antara ketiganya. http://azramsulong.blogspot.com/2011/11/lubuk-mati-bertiga.html
POKOK NYIUR MENAMPAKKAN SEBAGAI SEBUAH KAMPUNG TRADISI0NAL MELAYU DULU2
Dimasa sekarang (2013) tidak ada satu apa pun yang menarik perhatian tentang kampong ini kerana kampong ini hanya lah sebuah hutan dan mempunyai kebun kelapa sawit dan kebun2 duku dan beberapa batang pokok durian.. Sebagai bukti tempat ini adalah sebuah kampong dimasa lalu ialah kawasan perkuburan dan perkuburan ini lah telah menarik aku dan kawan aku addy klasik(nama facebooknya) untuk mengunjungi bekas kampong Ipoh.Yang menjadi tarikan nya ialah, dikatakan diperkuburan ini ada sebuah kubur yang mempunyai tanda,dikatakan tanda yang terjadi akibat batu nesan dipusara ini telah digigit harimau.Ada beberapa versi cerita tentang bagaimana batu nesan dipusara ini telah digigit harimau.
VERSI 1..
Disuatu masa yang lalu telah diam seorang guru yang dikatakan pandai harimau dikemaman Terengganu...(ada yang kata guru tersebut tinggal dinegeri yang bernama LAM PLATIH)..Guru ini dikatakan sangat pandai tentang seluk beluk harimau tentang cara2 untuk menundukan harimau.Dimasa hidupnya beliau hidup sebagai seorang guru dan pahlawan dan disegani sehingga akhir hayatnya..Setelah hidup tentu ada masa meninggalnya dan tak terkecuali kapada guru ini..
Setelah dikebumikan telah masuk mimpi kapada saudara terdekat kapada guru ini supaya memindahkan kuburnya kekawasan hulu kerana kubur nya tak selamat akibat dari dendam harimau kapada guru tersebut dan kawasan hulu yang dipilih itu ialah kuala berang Terengganu dan kampong yang menjadi perkuburan baru kapada guru ini ialah kampong Ipoh.(tak diketahui pula cara2 jenazah dibawa sebab dari kemaman ke kuala berang sangat jauh dan kederaan yang ada hanya lah perahu layar sahaja,kalau kampong guru tersebut dihulu sungai kemaman memang sangat payah untuk dibawa,cara perjalanan nya ialah,dari kemaman kekuala Terengganu,dari kuala Terengganu ke kuala berang,dari kuala berang ke kampong Ipoh,semua perjalanan melalui laut dan sungai) Setelah disemadikan balik guru terbabit,dendam harimau tak berkesudahan,Pada esuk harinya gempar lah seluruh kampong mengatakan nesan guru terbabit telah digigit harimau dan kesan dari gigitan itu masih kekal sehingga sekarang.Itu lah cerita yang diceritakan dari titis menitis...
KAWASAN PERKUBURAN
VERSI 2..
DiKampung Ipoh mempunyai seorang yang tersangat bengis,Beliau sama sekali tak boleh disentuh dengan apa cara sekali pun sama ada harta bendanya atau pun anak isterinya,Beliau mempunyai banyak binatang peliharaan seperti kerbau,Pada suatu hari salah seekor dari kerbau kesayangan nya telah dibaham oleh harimau dan beliau telah bersumpah akan menuntut bela atas kehilangan kerbaunya akibat dimakan oleh harimau.Beliau telah mencari keseluruh ceruk kampong dan kawasan hutan disekitarnya tapi beliau gagal menjumpainya.Dalam perjalanan pulang beliau telah berjumpa dengan anak harimau yang tak tahu datang nya,kerana tersangat panas hati dengan apa yang terjadi beliau telah membunuh anak harimau yang dijumpai,Setelah puas hati beliau berjalan pulang dengan tergesa2 kerana hari dah hampir malam,Dalam perjalanan pulang itu lah beliau telah ditimpa kemalangan,Beliau telah tercocok duri langka,duri yang sangat bisa,beliau terheret2 dan merangkak akhirnya sampai juga beliau kerumah,Oleh kerana terlalu bisa duri tersebut dan tiada ubat yang sepatutnya dengan disertakan ajal nya telah sampai maka meninggallah dia malam itu...
Keesukan harinya beliau telah disemadikan ditanah perkuburan dikampung Ipoh.Cerita tentang lelaki ini tidak habis begitu sahaja,Rupa2nya ibu harimau yang anak nya telah dibunuh oleh lelaki tadi ingin menuntut bela atas kematian anak2nya berdasarkan batu nesan lelaki tadi telah digigit oleh harimau yang membalas dendam dimalam kedua beliau dikebumikan.dan diceritakan kan juga pada malam pertama jenazah ada dirumah, harimau telah menunggu dibawah rumah berdasarkan tapak kaki harimau dijumpai oleh anak2 dan isteri arwah...

BATU NESAN YANG DIKATAKAN DIGIGIT HARIMAU,(SEBELAH KEPALA)
Sesampainya aku bersama Addy Klasik aku dapati kawasan perkuburan bekas kampong Ipoh ini sudah tak terjaga lagi,ianya telah dipenuhi dengan semak yang sangat tebal,Mendatangkan takut untuk memasukinya,Ditakuti ada ular atau sebagainya,Disekeliling perkuburan ini merupakan kebun duku kepunyaan penduduk yang berdekatan.Aku rasakan tempat ini sudah tak dikunjungi lagi melainkan apabila terjadinya musim buah.

Ada sedikit keanehan yang terjadi untuk mencari nesan yang dikatakan digigit harimau,Aku dan addy klasik telah beberapa kali berpusing2 ditempat tersebut,namun nesan tersebut tak jugak dijumpai,Mungkin sebab semak dan sebagainya,Setelah hampir berputus asa tiba2 aku terpandang nesan yang ada kat situ,Sedangkan aku dan addy klasik telah berkali2 lalu ditempat itu dan kawasan yang nesan dijumpai itu dikawasan terang,Agak menghairankan....
BATU NESAN YANG DIKATAKAN DIGIGIT HARIMAU (SEBELAH KAKI)
Setelah membersih apa yang patut dan mengambil gambar serta membaca doa, aku dan Addy Klasik  meninggalkan kawasan perkuburan yang sunyi sepi itu,
Semoga Roh mereka dicucuri rahmat

 PUSARA YANG DIKATAKAN NESAN NYA DIGIGIT HARIMAU..
~~~~catitan~~~~
a)Aku telah bercakap2 dengan beberapa orang dan menanya mereka tentang batu nesan yang dikatakan telah digigit harimau,mereka berpendapat batu itu telah dipahat oleh seseorang yang boleh dikatakan sebagai pencetus,tujuan nya hanya lah untuk mensensasikan sesuatu untuk membolehkan orang kemudian mengingati kampong Ipoh.Orang yang melakukan kerja ini boleh dikatakan sebagai orang yang bukan dari zaman nya,Individu ini kalau hidup diabad ke-21, akan menjadi seorang yang cerdik,sekurang2nya sebagai pakar computer atau pencetus idea untuk merubah manusia.

b)Negeri LAM PLATIH??? Aku cukup hairan dgn nama negeri ni,Aku telah lama dgr tentang negeri ni,tp aku tak tau duduknya kat mana,Aku juga telah diberi faham negeri ni terletak di sebelah timur dan merupakan sebuah negeri samudera,negeri ni sgt luas,sentiasa berkabus.Tak dapat dimasuki,Borneo kah,sulawesi kah atau irian jaya..Setelah difikir2 dan di google,aku memang tak jumpa nama negeri ini,,hehehehe,kikikiki,kakakaka,by azram sulong...

.
.
YANG JAUH DIPUNCAK MERUPAKAN KAWASAN PERKUBURAN DAN BEKAS KAMPUNG IPOH

PENGKALAN IPOH YANG MENJADI KENANGAN..

Ahad, 29 September 2013

mandi serum


Mandi serum,bagi sesetengah orang mungkin tak tau langsung tentang mandi serum,Mandi serum merupakan salah satu cara perubatan tradisional yang dilakukan oleh orang dulu2.Tujuan mandi serum ialah untuk kesegaran tubuh,Biasanya mandi serum dilakukan selepas seseorang itu pulih/baik dari sakit,Sakit yang biasa mandi serum dilakukan ialah demam yg berpanjangan,Mandi serum juga dilakukan kapada ibu2 yg lepas bersalin,.. Dimasa yang lalu mandi serum dilakukan oleh bidan2 kampung yang menjadi bidan kapada ibu2 yang bersalin
daun lengkuas dan isi nya

Mandi serum memerlukan beberapa jenis herba yang telah dikenal pasti oleh mereka2 yang mahir tentang perubatan jenis ini,Beberapa jenis herba yang biasa digunakan untuk mandi serum ialah:
1) Daun lengkuas dan isinya..
2) Daun limau purut..
3) Daun capa..
4) Daun mengkudu..
5) Daun Pandan..
6) Daun serai wangi serta batang nya..
7) Daun Serengan..
8) Daun  Sungkai..
9) Asam keping/gelugor
10)Bawang putih dan Bawang Merah
Daun limau purut

Semua bahan2 diatas hendak lah direbus sehingga mendidih dan dimandi setelah sejuk,Masa yang sesuai untuk mandi serum ialah diwaktu pagi selepas atau sebelum waktu subuh.Kapada yang nak mencuba,selamat mencuba..hehehe,Sekian..
Daun mengkudu

Daun pandan

Daun serai Wangi

Daun serengan

 Daun Sungkai..

 Bawang Putih,Bawang Merah dan Aam Gelugor

Sabtu, 14 September 2013

buah mukir


Buah Mukir,sekurang2nya itu nama yg aku tau tentang buah ni.Buah mukir nama yg dipanggil oleh penduduk dihulu terengganu khususnya dikampung aku,Buah mukir yang aku kenal ialah buah yang terdapat didalam hutan,Sangat popular pada tahun2 60an,Buah ini sebesar buah sentul dan isinya berwarna putih,Rasanya seperti buah rambai dan sgt manis..Pada dasarnya buah ini berkulit tebal,ketebalan 1.5 sm...

Dikatakan buah ini telah ditanam oleh FAMA dan jabatan pertanian untuk dikormesialkan,Buah ini juga sgt banyak didapati dimelaka hasil dari tanaman oleh pihak tersebut



Jumaat, 2 Ogos 2013

pucuk gelenggang

Pokok gelenggang mungkin ramai yang tak mengenalinya terutama generasi muda,Pokok gelenggang merupakan pokok seakan2 pokok kacang tanah dan mungkin pokok gelenggang dalam kelas kekacang,Pokok gelenggang boleh mencapai sehingga 5 kaki tingginya dan bergantung kapada tempat tumbuhnya
Dari pokok gelenggang ini lah keluarnya pucuk gelenggang,Pucuk gelenggang sangat sedap dibuat sayur terutama nya masak lemak,Selain masak lemak pucuk gelenggang boleh disayur air sahaja dengan dicampur dengan lain2 sayur seperti timun kacang panjang dan sebagai yang patut.Yang paling popular cara memasak pucuk gelenggang ialah dengan celur sahaja dan dimakan dengan budu,ikan kering,sambal belacan,tempoyak dan nasi panas2,huhuhu..

Selain dimasak lemak serta dicelur pucuk gelenggang boleh juga dikatakan boleh menyembuh beberapa penyakit seperti darah tinggi,Walau macam mana pun ubat darah tinggi yang paling mujarab ialah ubat kat hospital je,pucuk2 ni rasa nya macam auta je,hahahaha,sekian.....
Pucuk gelengang yang telah dicelur,Kalau nak sedap lagi ambik beberapa ulas bawang putih dan merah dan dihiris2 kecil,air limau nipis,air strabery dicampur semua bahan2 tu bersama pucuk gelenggang celur dan dimakan dengan nasi,huhuhu

Ahad, 21 Julai 2013

kueh 0nde-onde


Kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan. Kuih onde-onde merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia..

Resepi kueh onde-onde:
1) 1/2 peket tepung pulut (250g)
2) 7 helai daun pandan (saiz sederhana)
3) 1/2 camca besar tepung gandum
4) Sedikit pewarna hijau
5) Sedikit garam
6) Air
7) Gula Melaka (potong kecil2)
8) Kelapa muda (parut)

* diterengganu gula melaka dipanggil sebagai manisan atau nisan sahaja tapi bukan batu nesan.huhu.
Baru2 ini aku kekuala besut kerana melihat dan meninjau2 kemeriahan pilihan raya kecil yang diadakan dikawasan tersebut,Sempena dengan pilihan raya kecil banyak gerai2 yang dibuka untuk menampung kedatangan tetamu politik  kekawasan tersebut.Salah satu gerai yang sangat menarik minat aku ialah gerai yang membuat onde-onde,Onde-onde memang kueh yang aku suka makan kerana rasa nya yang manis dan sedap tapi aku tak pernah tenguk cara orang membuat nya,Dikesempatan itu aku telah mengambil masa yang agak lama untuk melihat cara membuat kueh onde-onde yang popular itu.
Aku telah diperkenalkan kapada sepasang warga emas yang sibuk menguli dan merebus onde-onde hasil produk mereka,Dari situ mereka memperkenalkan diri mereka sebagai pok kod dan isterinya.Dikesibukan pok kod melayan pelangan dan mengolah kueh mereka sempat pok kod menerangkan kapada aku cara membuat kueh onde-ondenya,Puas hati dengan penerangan nya aku membeli beberapa ringgit kueh nya untuk berbuka puasa tapi pok kod memberi free kapada aku mungkin kerana banyak nya pertanyaan aku atau sangat berbangga dengan aku kerana aku memberi perhatian yang sungguh2 kapada semua penerangan,hahaha..

Pada pandangan aku onde2 pok kod sangat diminati ramai berdasarkan kapada pelangan yang datang membeli digerainya,Gerai pok kod bukan lah gerai sementara ramadhan sahaja tapi gerai yang sememang nya ada sepanjang masa,sekian




Sabtu, 20 Julai 2013

Pesta Kuala Besut

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan antara calon PAS,Endot@Azlan Yusuf,atau che Long 48 tahun dan calun  BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 tahun.Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru pada 26 Jun.2013 yang baru lalu...Pada pilihan raya kecik dikuala besut ini SPR telah menetapkan bahawa penamaan calun pada 12-7-2013 dan hari mengundi pada 24-7-2013...











Jumaat, 19 Julai 2013

Kuala Besut..

Kuala besut ialah sebuah pekan kecik yang terletak didalam daerah besut, Terengganu..Walau macam mana pun kuala besut yang sebenarnya ialah seperti gambar yang kat atas,hahahaha.....

Rabu, 17 Julai 2013

ikan kelah besar


Ikan kelah ini telah dapat ditangkap dengan cara memancing disebuah sungai diterengganu.Berat ikan kelah ini 15kg,antara ikan kelah yang terberat,Ikan kelah yang diketahui paling berat ialah 35kg.Ikan kelah ini dapat dipancing pada 11hb.7.2013 yang lalu.Panjang ikan kelah ini  lebih dari 2 kaki setengah.Nilai ikan kelah diatas sekitar RM1500,Kalau ikan kelah ini dijual dalam keadaan hidup mungkin mencecah rm7500 berdasarkan RM500 sekilogram..Walau macam mana pun ikan kelah ini telah dimasak sendiri dan dimakan sendiri dan dibahagi2 sesama jiran...

Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini ialah buah ara masak,Kedalaman lubuk tempat ikan ini dipancing ialah 20 kaki..Tali pancing yang digunakan hanya bersaiz 10kg sahaja,Mesin yang digunakan ialah mesin cap ayam je,huhuhu,

Resepi yang paling simple nak masak ikan kelah:
1)Bawang putih dan bawang merah,
2)Kunyit besor kelingking:
3)Asan keping/daun kesum/Garam/Air
4) Ikan kelah

Cara masak:
Bahan no 1 hingga 2 hendak lah ditumpuk atau dikerat2 dan direbus hingga gelegak.Setelah gelegak ambik ikan kelah isi dalam periuk,disamping itu bahan nombor 3 diisi,tunggu sehingga mengelegak balik,setelah gelegak,angkat dan hidang,huhhuhuhu simple kan..Bahan tambahan kalau suka ialah budu dan lada kalau nok pedas-lah kahkahkahkah,sekian