Ahad, 23 Disember 2012

Buah Lekir


Buah lekir satu jenis tumbuhan yang aku sendiri tak tau jenis apa,Tapi buah ni menjadi makanan kapada burung2,Burung yang makan buah lekir ialah burung merbuk carut,Carut yang dimaksudkan ialah bunyi burung ini seakan2 mencarut..Disesetengah tempat dipantai timur terutama diterengganu burung merbuk carut juga dipanggil sebagai burung merbuk kong kang..

Buah ni hanya tumbuh pada musim banjir sahaja.Aku sendiri sudah lama tak tenguk buah ni sejak 10 tahun yang lalu.mungkin kerana kawasan yang menjadi tempat pokok ni tumbuh telah menjadi kawasan pertanian membuatkan ianya sukar untuk hidup...
Dimasa kecil aku, pokok ini menjadi kesukaan kapada yang suka menjerat burung musim banjir,Cara2 untuk menjerat burung yang memakan buah lekir hanya lah mengunakan jerat biasa yang digunakan untuk menjerat burung atau ayam hutan,Walau macam mana pun burung merbuk carut telah menjadi haiwan lindungan kerana burung jenis ni sangat berkurangan dan mungkin pada sesetengah habitatnya mungkin dah tak ada,Aku tak pernah tenguk burung merbuk ni sejak bebelas tahun yang lalu..Perlu juga diketahui bahawa buah ini tak boleh untuk dimakan,biasa nya buah ni sangat gatal...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan