Ahad, 28 Oktober 2012

Siaran langsung ini ditaja oleh rakyat malaysia...


Pada 20/10/2012,pukul 9 malam perlawanan akhir bola sepak piala malaysia telah diadakan dengan pasukan kelantan bertemu dengan pasukan ATM.Perlawanan ini sangat penting untuk kedua2 pasukan kerana pasukan kelantan ingin menjuarai kesemua kejuaraan yang diadakan pada tahun ini dan pasukan angkatan tentera ingin menjadi juara baru  piala malaysia kerana pasukan ATM belum pernah menjadi juara..Walau macam mana sekali pun pasukan kelantan telah berjaya menundukan pasuka ATM dengan keputusan 3-2...

 (Iklan dunhill)
Selain distadium perlawanan akhir ini akan disiarkan secara langsung oleh kebanyakan stesen TV terutamanya ASTRO,Dengan menyebut siaran langsung telah mengingatkan aku dimasa2 kecil aku tentang siaran langsung yang disiarkan diTV.Memang terasa sangat takjub dengan teknologi diketika itu,Sangat menjadi perbincangan hangat dikalangan warga tua kerana seperti tak mungkin tempat permainan yang beribu2 batu dapat dilihat dikaca2 TV ditempat yang lain pula...Kelucuan memang terjadi dengan andaian yang dibuat oleh warga2 tua,...


 (Mohammad Ali)
 Siaran langsung yang sangat popular pada tahun2 70an dan tahun2 80an ialah perlawanan tinju yang menampilkan jaguh tinju dunia Mohamad Ali,Diketika itu setiap perlawanan tinju yang membabitkan jaguh tinju Mohamad Ali mesti ada siaran langsung..Selain tinju, siaran langsung yang lain nya ialah perlawanan bola sepak piala dunia yang diadakan 5 tahun sekali

Setiap siaran langsung memerlukan kapada penajaan,Penajaan sangat perlu kapada siaran langsung kerana kos bayaran kapada syarikat penyiaran stesen Tv yang akan dibeli...

 (Iklan rokok Dunhill pada tahun2 80an yang menjadi penaja kapada siaran langsung samaada bolasepak piala dunia atau pun acara2 sukan yang lain seperti tinju,tenis dan beberapa acara sukan yang lain...)
Syarikat penajaan yang popular ialah syarikat rokok seperti dunhill,benson & henges,Rothman,dukes,perillys,craven A dan sebagainya...

 Pada tahun 1982 telah terjadi sesuatu yang pelik dari segi penajaan siaran langsung kerana pada tahun itu tiada syarikat yang sudi menaja siaran langsung untuk pusingan akhir piala dunia,Pada tahun tersebut perlawanan bolasepak piala dunia diadakan di Sepanyol.Pada tahun itu menampilkan Italy membenamkan german barat 3-1 untuk menjuarai piala dunia 1982....Seluruh rakyat malaysia yang meminati bolasepak  menjadi sangat kecewa dengan sikap kerajaan dan syarikat2 besar yang enggan menaja siaran langsung piala dunia tersebut...
(satelit bumi kuantan)
(Satelit Bumi Kuantan terletak dekat Pantai Beserah, Kuantan.Pahang.. Ia dikendalikan oleh Jabatan Telekom, yang telah bertukar nama kepada telekom malaysia Berhad (TM) selepas ia telah diswastakan. Stesen satelit ini siap pada 1970 dengan kos sebanyak 6.6 juta ringgit..Tujuan utama stesen satelit bumi ini ialah meningkatkan hubungan telefon dan siaran televisyen antarabangsa. Televisyen Malaysia yang dimulakan pada 1963 dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia..)


Disatu sudut dibumi malaysia telah tercetus satu idea oleh seorang peminat bola sepak untuk menulis sepucuk surat kapada sebuah akhbar tempatan memberi pendapatnya untuk mencari penaja untuk siaran bola sepak piala dunia disepanyol dan ideanya bukan lah ingin meminta kerajaan atau pun syarikat2 besar menaja siaran langsung tapi beliau meminta seluruh rakyat malaysia yang menaja siaran langsung untuk kali ini. Idea beliau ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakan,Seluruh rakyat telah menderma kapada sebuah tabung yang diujudkan,Hasilnya terkumpul sebanyak 2 juta ringgit tp dengan dua juta memang masih belum cukup untuk menaja kebanyakan perlawanan,dengan tidak disuruh2 telah mendapat simpati dari beberapa syarikat besar untuk mencukupkan jumlah nya iaitu bergabung dengan seluruh rakyat menjadi penderma..Disaat emosi diketika itu kejayaan telah dicapai untuk menaja siaran langsung yang dibawa dari sepanyol...

Sebelum siaran langsung dimulakan siaran TV akan memulakan dengan iklan syarikat penaja,tapi pada kali ini siaran TV telah dimulakan dengan iklan,

>>>>siaran langsung ini ditaja oleh rakyat malaysia<<<<

 Dalam keadaan penuh emosi ketika itu seluruh rakyat malaysia sangat berbangga dengan usaha dan keperihatinan seluruh rakyat sehingga dapat melihat sepak mula piala dunia yang dimulakan dengan Argentina vs Belgium dan Italy menjadi juaranya setelah berjaya mengalahkan Jerman barat dengan keputusan 3-1....


Pada masa sekarang perkembangan teknologi sangat pesat membangun dan siaran langsung  bukan menjadi perkara pelik malah tidak dihiraukan oleh sesetengah orang......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan