Ahad, 26 Ogos 2012

hari raya



Hari raya datang lagi dan diucapkan selamat hari raya kapada semua..Setelah sebulan berpuasa umat islam diseluruh dunia menyambutnya dengan penuh syukur,Pada tahun ini hari raya telah jatuh pada hari ahad bersamaan dengan 19hb.ogos dan sememangnya bersamaan dengan 1syawal tahun 1433 hijrah kerana pada tahun hijrah raya aidilfitri jatuh nya pada tarikh tersebut,huhuhu...

 
Hari raya telah terasa semenjak dari mula2 berpuasa pada 1 ramadhan,Detik2 nya bermula dari sahur hingga sepenuh harinya dengan mengikut segala kehendak berpuasa dari menahan lapar dahaga,perkara2 yang membatalkan puasa,perkara2 yang sunat sehingga lah kapada berbuka puasa dan dihiasi dengan ibadat malam nya dengan solat tarawih,berkiamulail,bertadarus dan sebagainya,Begitu lah seterusnya selama 29 atau 30 hari..Banyak kelebihan bulan ramadhan yang telah diberitahu sama ada dari hadith rasullallah serta didalam kitab suci sendiri,Salah satunya ialah malam lailatuqadar,Mlam lailatuqadar telah diberitahu mempunyai kelebihan seribu bulan yang bersamaan dengan 83 tahun,Setiap amal yang dibuat akan diberi 10 kali gandaan dari bulan2 yang lain...
Pada 29hb bulan ramadhan penyimpan mohor besar raja2 akan mengumunkan tarikh hari raya akan jatuh pada keesukan  hari nya atau pun puasa akan dilanjutkan untuk sehari lagi bergantung kapada rukyah dan hisab...

Pengisian berhari raya dan berpuasa telah diisi dengan bermacam2 kegiatan kekeluargaan,berkumpulan dan perseorangan.Yang paling ternampak pada keluargaan dan berkumpulan ialah majlis2 berbuka puasa beramai2,berkiamulai,khatam al quran, bersolat tarawih,bertakbir dimalam raya hingga ke waktu asar besuknya,kunjung mengunjung antara jiran dan kenalan..
 


Pada sesetengah pihak tuntutan berpuasa dan berhari raya ialah dengan menahan lapar dan dahaga,penyediakan juadah berbuka,berbaju baru pada hari raya,Pada sesetengah lain pula tuntutan berpuasa dan berhari raya bukan sekadar berlapar dahaga tapi lebih dari itu...


Masa berbuka
Juadah berbuka..
Rumah terbuka
Hari raya dimasa sekarang sudah berubah coraknya dari bermain mercun kapada berinternet..
Duit raya..