Sabtu, 28 Julai 2012

sambungan internet...


Masalah sambungan internet merupakan masalah biasa bagi negara didunia ke-3,Cakap pemimpin dinegara dunia ke-3 selalunya meyakinkan, tapi biasa nya yang dicakap tak serupa dengan apa yang dibuat,Tak ketinggalan seperti negara aku ini,pemimpinnya bercakap seolah2 tiada langsung cacat dan cela,walhal masalah internet yang sikit pun tak boleh diselesaikan.Yang aku maksudkan ialah sambungan internet nya kadang2 ada kadang2 pulak tak ada..

Baru2 ini kampung jiran aku telah dipasang satu jenis sambungan internet yang aku sendiri tak tau jenisnya,ada yang kata wifi (apa kah menatang nya tuuuu) Ada pulak yang nakal memanggil nya sebagai welfare,,tah apa2,huhuhuhu...Tapi yang paling gah dipandang mata ialah KG TANPA WAYAR,Dengan nama tu seluruh warga internet membuka dada masing2 kerana sangat bangga dengan kemajuan yang ada dikampung mereka,Bagi kampung yang tak ada sambungan internet tanpa wayar ni terasa pulak kecil seperti kuman kurus yang tah berapa bulan tak makan,huhuhuhu...
Ada beberapa kemungkinan sebab2 line internet yang beroperasi beberapa minggu yang lalu telah dihentikan operasinya berdasarkan cakap2 dikalangan penguna internet.
1)Kebanyakan pengunanya dari parti pembangkang jadi kerajaan seolah2 memberi kemudahan kapada penyokong pembangkang..
2)kotor,tempat pelayar2 internet berinternet dikatakan menjadi kotor kerana bahan buangan seperti kotak air minuman dibuang merata2..
3)pihak pustaka ada memberi alasan bahawa talian jalur lebar itu khas utk pengguna pustaka sahaja.. wal hal talian utk pengguna pustakaan desa sudah ada dan dikhas untuk nya sahaja,tetapi yang mendukacitanya apabila seorang pengguna internet membuat aduan terus kepada SKMM, operator memyambung talian itu kepada pihak kontraktor, apabila bercakap mengenai jalur lebar ini kontraktor itu memjawab bahawa dia tidak tahu apa-apa pun berkenaan jalur lebar itu

Tapi bak kata pepatah petitih,harapkan panas sehingga petang rupanya hujan pula ditengah hari,Begitu lah nasib sambungan internet ni hanya berfungsi selama dua week je,lepas tu hampeh,tak boleh pakai...,Nak harap ke kerajaan,kerajaan pulak yang makan padi,selagi tembolok dia orang ni tak penuh jangan harap lah rakyat nak dapat service yang agak baik sikit,Kalau dapat service yang baik sikit dan mula lah nak tunjuk iklan sana sini,pacak situ dan pacak sini...huhuhu...(kerajaan mengangap segala pemberian seperti hak mak bapak MP atau pun adun2,walhal semua itu hanyalah duit yang datang dari rakyat sendiri,sepatutnya kerajaan tak sepatutnya membodoh2kan rakyat sampai mcm tu sekali,tp untuk kepentingan MP serta adun2 mereka mesti mengambil sikap untuk memperbodohkan rakyat)
0leh kerana sambungan internet free dah tak boleh digunakan maka ramai dari penguna internet kat tempat aku telah bertukar kapada broaband,Tapi yang paling malang ialah sambungan broadband sangat lambat dan ramai pelayar internet telah menjadi b0san untuk melayari internet..

Beberapa orang  pakar2  internet kat kampung aku telah mengeluarkan idea mereka,Salah satu idea mereka telah diterjemahkan seperti dalam gambar kat atas,Dengan mengunakan bahan terbuang maka terjadi lah satu kaedah terbaru yang mungkin dituruti oleh penguna internet yang lain khas nya dari malaysia dan am nya dari seluruh dunia,huhuhuhu.....sekian...

Inilah pakar nya,Beliau sebenarnya baru balik dari luar negeri,Setelah kepulangan nya beberapa idea telah timbul dari nya,salah satu ideanya ialah sambungan internet yang beliau majukan seperti gambar kat atas,huhuhuhu...

16 ulasan:

  1. macam2 daa...kedekut giler...

    BalasPadam
  2. yg guna piring satelit tu buat apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. supaya line internetnya lebih laju,saya dah cuba dan terbukti berkesan...

      Padam
    2. tak!!! sy guna broaband,modem nya disangkut pada lengan piring dibahagian tgh...

      Padam
  3. masalah dekat kampung ini KTW nyer menggunakan piring satelit......kalau ia mengguanakan tiang insyaallah liputan internet meluas seperti dikampung saya.......dikampung saya pihak SKMM telah mendirikan tiang wifi dan liputan internet meluas sehingga 500 meter......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kjaan dah xde bajet nk buat kt kg ni,...

      Padam
  4. bukan x da bajet.......maybe kesesuaian kampung kowt samada mnggunakan piring satelit samada tiang wifi........org kg lebih suka mnta pd tiang sbb lbih luas skit liputannya.........

    BalasPadam
  5. cuba mohon menggantikan piring satelit kepada tiang wifi.........modem nyer letak disalah satu rumah mcm kt tempat saya.......kt tmpat sy 7 tiang dipasang........1 tiang dipasang disurau.........

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah lama mintak,ada2 kg langsung xde kmudahan ni...

      Padam
  6. awak boleh telefon pejabat komunikasi n kebudayaan......atau telefon bhagian KTW.....mtax d'gantikan tgn tiang......

    BalasPadam
  7. inshaallah...terima kasih atas keperihatinan awak...

    BalasPadam