Sabtu, 26 Mei 2012

Telaga papan

Telaga papan,nama sebuah kampung disetiu terengganu,Tak ada apa yang menarik tentang kampung ni,cuma kampung telaga papan terletak ditepi laut cina selatan,Aku kesini cuma kerana namanya nya sahaja iaitu telaga papan.Dalam siri cuti2 maaysia aku kali ini aku kesini kerana tarikan nama sahaja dan tak lebih dari itu,semua tempat didaerah ini telah aku pergi dan geledah sehingga tiada tempat yang tersorok dari pandangan mata aku.


Bila aku sampai dikampung telaga papan aku tertarik kapada sign board "PANTAI TELAGA PAPAN" Aku redah masuk dikampung tu untuk mencari pantai nya.Pantai yang aku jumpa serupa sahaja dengan lain2 pantai diterengganu ni,tak ada apa yang pelik nya


Pantai telaga papan terletak diantara pantai merang dan pantai peranginan bari,ianya tersorok diantaranya,Pantai telaga papan rupanya bukan lah tempat perkelahan seperti pantai2 lain.Kawasan ini tak mempunyai satu apa pun kemudahan cuma ia dihubungi dengan dengan jalan tar hingga kepantainya.
Pantai yang luas tetapi kosong,mungkin pantai ni telah diistiharkan sebagai kawasan penanaman  Rhu,jadi tempat ni tidak dijadikan sebagai kawasan rekreasi..
 Kereta aku je yang ada,huhuhu.
 Hutan Rhunya





Isnin, 21 Mei 2012

Pantai kelulut.....

Kelulut nama sejenis serangga yang mengeluarkan madu,madunya seakan2 madu lebah,tapi madu kelulut berwarna lebih gelap dari madu lebah,kehitaman.Khasiat madu kelulut aku pun tak tau,apa yang aku tau madu kelulut di-uli bersama tembakau kampung,huhuhuhu.apa plk ni melalut sampai ke madu kelulut,hahahahahha...Apa yang aku nak cerita kan ialah Pantai peranginan kelulut,bukan madu kelulut,walau macam mana sekali pun pantai peranginan kelulut mesti mendapat nama dari serangga yang bernama kelulut,huhuhuhu.....


Pantai peranginan kelulut terletak 25km dari kuala terengganu 3km dari bandar Marang terengganu.Orang yang biasa mengambil jalan dari dungun ke kuala terengganu atau dari kuala terengganu kedungun memang tak hairan dengan pantai ni kerana pantai kelulut terletak di laluan tersebut.Bagi aku pantai peranginan ni popular bukan lah kerana pantai nya tetapi kerana kedai makan nya yang berderet sepanjang 3km,Bermula dari rhu muda melewati sejauh 4km didapati perniagaan nya berkisar kedai kraftangan,barangan laut,kedai makan,gerai2 dan kedai runcit.


Barang jualan nya termasuk lah barangan rotan,barang2 cenderahati/mata, ikan kering yang besar-besar,sotong kering,budu,belacan serta makanan tradisional seperti sata,pulut panggang,kueh-kueh, baju kain dan yang agak popular ialah air nira nya yang sangat manis.Tapi yang paling popular dipantai kelulut ialah kedai makan nya yang murah,Selain kedai makan yang berderet ada kat situ,kedai yang paling kerap aku kunjungi ialah kedai roti tempayan iaitu kedai Line clear,Kapada yang dah biasa dengan laluan ni pasti tahu kedai yang aku maksudkan..(aku telah diberi tau bahawa pantai kelulut mempunyai kedai makan yang mahal,baru2 ini aku telah singgah dan makan dikedai dipantai ni seramai tiga orang,air nescafe beng 3 gelas,nasi 3 pinggan, lauk hati lembu dan ikan,bayaran yang di cas hanya Rm19 sahaja)


Dikesempatan yang ada aku telah singah disebuah gerai yang menjual air dan kebetulan pula yang menjual digerai tu ialah friend facebook aku sendiri,Seorang awek yang berumur 20tahun,seorang pelajar uitm,Aku mengambil masa sejam bercakap2 dan melihat barang jualan nya,Macam2 jenis juga dari air minuman hingga kapada kueh tradisional,Untuk mengambil hati aku beli macam2 barangan yang dijualnya,dari belacan,budu,(sebenarnya awek ni malu nak jual budu tapi aku kata kat awek tu, Zura THR Gegar makan budu,apa nak malu!!!Aku kata lagi kat awek tu,"kita orang terengganu kan,apa nak malu,"huhuhu,sedap lah aku cakap,Bila aku nak ambik gambar awek ni dia kata malu dan untuk menghurmatinya aku tak ambik gambarnya walau pun curi-curi.)air minuman dan kueh2,Banyak juga lah duit aku habis kat situ kerana setiap kali aku buat bayaran aku kata,"keep the change,"huhuhuhu......sekian (Gambar pantai kelulut ada kat bawah,)hehehehe..







Budu yang dijual dengan harga Rm6 untuk satu bekas,Tapi budu ni budu berekor tak seperti budu2 yang dijual dikedai-kedai.
Belacan yang dijual dengan harga Rm 10..

Ahad, 20 Mei 2012

Bukit Senget

Gambar kat atas sebuah bukit yang aku jumpa kat tempat aku diterengganu dan gambar gunung kat bawah terdapat di ITALY,Gunung yang berada di italy dikatakan sebagai gunung senget dan bukit yang aku jumpai itu juga adalah senget,begitu lah sekurang-kurangnya pendapat aku.Gambar yang aku ambik itu tak se-gah gunung senget yang terdapat di italy,tapi sekurang2nya aku ada juga bukit yang boleh dinamakan sebagai senget,jadi tak lah koman sangat tempat aku ni kalau nak dibandingkan dengan tempat atau pun negeri orang lain,huhuhuhu..


Bukit senget yang aku jumpai itu terdapat ditasik kenyir Terengganu semasa aku memancing ditasik tersebut baru-baru ini.Ditempat ini dikatakan sebagai penempatan awal manusia diterengganu lebih dari empat puluh ribu tahun dahulu(Walahualam)Pada sudut tertentu bukit ini kelihatan senget.Aku saja memblogkan nya sekadar suka2 dan tidak pulak untuk membanding-banding.Kalau ada yang nak pergi tenguk bukit ni tolong beritahu aku......huhuhuhuhu.....


Gunung senget yang terdapat di-italy aku jumpai apabila aku taip "gunung senget" digoogle dan aku jumpai banyak gunung senget,salah satu dari nya seperti gambar kat bawah.....

Jumaat, 18 Mei 2012

Pekan Sabtu

 Pekan sabtu,aku jarang benar kepasar yang dibuka pada tiap2 hari sabtu,kalau aku kepasar pun hanyalah pergi kepasar besar sahaja,bagi aku tiada satu kepentingan untuk kepasar ni sebab apa yang dikehendaki ada dipasar besar.




Pada hari ini, hari sabtu aku mengambil masa untuk melihat2 dan meninjau2 apa yang ada dipasar ini,rata2 yang datang berniaga bukan lah yang datang dari kawasan berdekatan sahaja malah datang dari luar daerah dengan membawa macam2 barang jualan yang aku sendiri tak menyangka kerana barang2 yang dijual bukan lah dari jualan biasa seperti sayuran dan buah2an tapi kereta pun ada dijual dipasar sabtu,huhuhuhu.....


Selain pasar sabtu ada dua lagi pasar yang mendapat sambutan ditempat aku ni iaitu pasar rabu dan pasar tani,pasar tani dibuka pada hari isnin.

Pada pandangan aku pengunjung yang datang kepasar2 ni terdiri dari dari golongan veteran,golongan muda memang jarang sangat ditemui,Golongan muda memang hampeh,tak ada duit yang berduit ialah golongan veteran,huhuhuhu,Sebenarnya golongan muda memang tak suka datang kepasar2 ni,mungkin koman pada pandangan mereka,golongan muda eksen je lebih tapi duit memang tak ada,hehehehe.sekian...



















Rabu, 9 Mei 2012

Kampung Temir

Temir,nama sebuah kampung yang terletak di hulu terengganu,Kampung temir mempunyai sejarah nya yang tersendiri.Kampung ini merupakan kampung tradisional melayu sejak dahulu.Disuatu masa yang lalu dikampung ini terdirinya sebuah kerajaan yang gagah dan besar.Sebuah kerajaan yang dibina oleh sultan Muhammad 1 sehingga wafat nya dan diteruskan oleh tiga pewarisnya...
(Masjid kampung temir)
Sepetang aku mengunjungi kampung ini kerana aku tak pernah menjejaknya kerana kampung ini tersorok jauh kedalam sehingga ketebing sungai terengganu yang mengalir untuk melengkapkan pusingan nya.Pada pengamatan aku kampung temir sangat tradisional dari segi persekitaran nya tapi mempunyai rumah2 yang sama dengan kampung2 lain.Kampung temir juga aku dapati sangat kecil kerana dalam masa 10 minit aku berjalan dah pun habis semuanya(dgn kereta).Dalil2 yang lain ialah masjid nya sangat kecil yang menandakan penduduknya sangat sedikit..Aku kesini juga kerana ingin menjejaki waris2 aku yang dikatakan sangat berkait rapat dengan orang tua aku,tapi aku terasa malas pula untuk bertanya2 kerana bimbang juga dikatakan sebagai ingin mengendeng2 kerana dikampung ini pendudukannya dikatakan bersusur galur dari waris2 orang alim dan raja2,jadi hasrat aku terpadam begitu sahaja...
Selain dari itu aku berhasrat untuk pergi melihat pasir dan lubuk kampung temir yang dikatakan sangat popular sejak zaman dahulu,Dikatakan pada zaman dahulu lubuk kampung temir telah didiami oleh buaya putih,satu jenis buaya yang mendiami alam khayalan dan dikatakan juga buaya2 ini pernah menangkap mangsanya.Selain itu lubuk kampung temir mengeluarkan macam2 jenis ikan dari jenis kelah hingga ikan baung.
Pasir kampung temir sangat luas dan lebar,sangat luas kerana pasirnya didatangi oleh sebatang  sungai,Pasir nya sangat popular tempat tuntung bertelur.Tuntung salah satu haiwan yang dilindungi,Pasir kampung temir telah dijadikan satu kawasan yang dilindungi dari pencari telur tuntung,
(Pasir temir yang sangat popular tempat tuntung bertelur,panjangnya lebih kurang 1.5 km dan lebarnya 150meter)
Pada pandangan aku kampung temir sangat berpotensi untuk dijadikan tempat perlancungan berdasarkan sejarah silam nya dan pakej yang ada dikampung tersebut,Bagi aku kampung temir mempunyai pemandangan yang sangat indah,tradisional kampung nya,kerbau yang makan rumput,burung2 bangau yang terbang memutih,sungainya yang indah,pasir sungai yang luas dan lebar,Sekian...........
 
(Pemandangan yang cukup tradisional)
(Perahu fiber yang digunakan oleh penduduk kampung temir untuk memancing secara menghiliri sungai,ikan2 yang dipancing biasanya ikan lampam)..
(Satu-satunya perahu kayu yang ada,terlingkup kat pasirnya yang panjang)..
(Pelantar tempat rilek2)
(Pelantar buruk ni sangat indah pada pandangan mata aku)..