Isnin, 9 April 2012

tuntung

Beberapa hari lalu aku pergi memancing di Sungai terengganu berhampiran dengan tempat pembiakan tun tung,Aku sangat tertarik dengan nama tun tung, satu nama yang agak menarik kerana sangat menyamai dengan pangkat orang2 besar iaitu tun.Sangat melucukan kerana tun tung hanya nama sejenis binatang yang bertelur dan disini lah tempat pembiakan nya supaya tidak pupus..

Terletak dibukit paloh,kampung dusun kuala berang hulu terengganu,Hanya 12 km dari bandar kuala berang dan bolih berkereta terus ketempat konservasi...

Niat asal hendak memancing sudah terbengkalai kerana ada subjek penting didepan aku,Aku cuba ketempat jaga ditepi pagar untuk masuk kedalam nya tetapi tidak dibenarkan atas sebab2 yang keliru,Olih itu aku sekadar berlegar2 diluar pagar dan mengambil beberapa keping gambar dari luarnya dan gambar2 yang lain nya hanya lah bersumberkan internet sahaja

Aku juga telah diberitahu olih jaga dipusat ni bahawa pusat penetasan dan pembiakan tun tung tidak dibuka untuk pelawat jadi pelawat biasa tak dibenarkan masuk untuk meninjau dan melihat proses dan cara2 pembiakan tun tung dijalankan.

Sungai terengganu yang sangat lebar dan besar serta kuantiti airnya yang banyak  dan disungai ini lah habitat asal tun tung.Diseberang sungai ini tempat tun tung bertelur,tempat itu namanya pasir kampung temir
Rupa telur tun tung yang sangat menakjubkan,kalau panjang sikit saiznya seakan2 telur ular,huhuhuhu...(aku tak ada selera nak makan telur ni ,beralasan induk tak bolih dimakan tapi telurnya pula dibolihkan kita memakannya,Tapi hukum ugama tak bolih didakwa dakwi)
 
Rupa tun tung: Tun tung seakan sama jenisnya dengan penyu,resing,labi2,kura2 banir dan beberapa jenis yang lain,sekian..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan