Sabtu, 24 Mac 2012

Kucing..

Assalamualaikum,
Dihari2 yang aku tak kemana2 aku biasanya suka pusing2 kampung aku yang indah permai ni, sambil menyibuk2 melihat macam2 dipesekitaran nya.Walaupun aku permautautin tetap kampung, tapi jarang jugak aku sampai ketempat yang paling tersorok kat kampung aku.Kampung aku bukan lah kampung yang besar sangat,tapi kalau dalam rumah sendiri ada tempat yang kita jarang jenguk ini kan plk kampung yang beratus ekar luas nya. Walaupun kampung aku ni kecil tapi kampung aku lebih luas dari vatican city hehehehehhe...

Sambil pusing2 kawasan pertanian kampung aku,aku dengar lagu ni.Terasa sangat keindahan nya bila mendengar lagu dan menikmati kawasan dipinggir kampung,Noltagia lama akan muncul.Rangkuman lagu ni dan pesekitarannya akan membuat perasaan jadi terbuai2..Kapada perantau yang berasal dari kampung aku memang sangat faham apa yang aku maksudkan..Tapi aku tak tau plk apakah tajuk lagu ni dan siapa kah penyanyinya...hehehe..
Dalam aku pusing2 dan jalan2 aku terjumpa dengan brother ni dikebun nya.Kerja nya  mengusahakan semaian kelapa sawit untuk dijual,Bolih dikatakan usahanya sangat berjaya dan mendapat sambutan dari pekebun kelapa sawit disekitar kampung aku,Bolih dikatakan pendapatan nya agak lumayan juga.Kadang2 aku rasa kasihan juga kapada ramai petani yang tak dapat pembelaan yang cukup dari pihak kerajaan,sedangkan dimasa yang sama kerajaan sangat membela mereka2 yang sudah kaya dan banyak harta benda(brother kat atas tu dah kira ok,pendapatannya dah ok kalau nak dibandingkan dengan petani2 lain)Dari pandangan biasa seolah2nya orang makan gaji sangat miskin kewangan nya apabila dilihat pembelaan kerajaan yng amat sangat keatas orang yang makan gaji sedangkan petani2 yang miskin tak dapat pembelaan yang sepatutnya.Disini menampakan sangat sikap kerajaan yang membela mereka2 yang sudah kaya.Pada pandangan aku orang yang makan gaji ni tak payah lah kerajaan bela sangat sangat sebab mereka2 sudah pun dinamakan orang kaya dan banyak sangat harta bendanya. Pada pandangan  aku juga orang makan gaji mempunyai berjuta2 kelebihan nya,iaitu pakaian nya smart,glumour dan sebagai nya.Walahualam.
Apa yang sangat menarik perhatian aku ialah tentang kucing yang ramai dipelihara olih brother ni, didangau tempat semaian sawitnya,Perlu juga diingat kawasan semaian ini jauh ditepi kampung dan kawasan ini   ada binatang buas seperti harimau dan babi hutan.Jadi mungkin tak selamat kapada kucing mendiami tempat ini,tapi apakan daya kucing yang menjadi kegemaran tuan punya kebun sudah terlalu banyak dirumah dan sebahagian nya dibawa kekebun ada sebahagian dari kucing yang dipelihara didangau ini telah dibuang oleh mereka2 yang tak bertanggung jawab.Ketekunan brother ni datang untuk memberi kucing ni makan seolah2 mendapat keuntungan darinya,padahal dengan kucing belaan nya ni bolih mendatangkan kesusahan kapadanya....

Aku juga teringat binatang yang sangat disukai olih nabi SAW adalah kucing,jadi menyayangi kucing dan menjaga nya sangat2 dituntut.Banyak kita mendengar kelebihan mereka2 yang membela dan menyayangi kucing,Semoga keperihatinan brother ni mendapat kerehdaan ALLAH...











HADITH2 CELAAN YANG BERKAITAN DENGAN KUCING.
Al-imam al-bukhari meriwayatkan dari ibnu umar ra dari Nabi S.A.W bersabda, "Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi."

Hukum menjual dan membeli kucing dalam syariat islam adalah haram hukumnya berdasarkan dalil hadith Nabi Muhammad yang diriwayatkan dari sahabat nabi jabir bin abdilah bahawasanya,"nabi telah melarang memakan kucing dan melarang memakan harga kucing,"...sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan