Selasa, 13 Mac 2012

Emping.......



Emping ialah sejenis makanan yang dibuat dari padi,Cara untuk membuatnya sangat senang iaitu padi digoreng sehingga panas dan ditumbuk didalam lesung kayu.Cara untuk memakan nya ialah dengan menyusap kedalam mulut,lepas tu kunyah sehingga sebati dan kemudian telan,proses seterusnya akan berlaku secara outomatik


Ada beberapa resepi yang disyorkan untuk menyedapkan lagi rasa emping,cara yang paling mudah ialah dengan mengaul dengan nyiur kukur dan sedikit garam sebagai perasanya.Selain itu emping juga bolih dimakan dengan kuah yang dipanggil serawa,Bahan2 untuk dibuat serawa ialah Santan,telur,nesan(bukan batu nesan la,tapi sejenis manisan)bawang merah dan halia,(Beres kerja untuk membuat emping dan cara2 untuk memakannya)
 Lesung dan alu.
Sejarah emping kapada aku:
                                            Dimasa zaman aku susah(sekarang ni pun susah jugak) membuat emping selalunya selepas siap mengetam padi atau memungut hasil dari tanaman padi,Diketika itu penduduk kampung memang kurang kerja nya, setelah semua hasil dipungut,biasa nya penduduk kampung akan mengunakan masa ini untuk membuat emping,Pada setiap malam penduduk kampung akan membuat emping dirumah yang berlainan,biasa nya akan menarik  minat orang2 muda lelaki untuk datang kerumah penduduk yang membuat emping tanpa diajak,Tarikan utamanya kapada pemuda lelaki untuk datang mengemping apabila disatu2 rumah mempunyai anak2 dara,mungkin disitu lah peluang untuk berkenalan dan mungkin langsung bertemu jodoh nya disitu.Dimasa yang lalu peluang untuk mengurat lelaki perempuan agak terbatas sikit jadi peluang yang ada digunakan dengan sepenuh2nya,walau macam mana sekali pun gejala yang tidak baik memang terjadi dimasa itu cuma ianya dibatasi dan didinding dengan baik...


Membuat emping dimasa sekarang:
                                                         Membuat emping dimasa sekarang sekadar suka2 dan merupakan sebagai memperingati budaya sahaja,Ianya diadakan atau dibuat apabila ada sesuatu keramaian atau pun menyambut pembesar negeri atau sultan yang datang kesatu2 daerah atau pun tempat.Membuat emping salah satu peninggalan yang tak mungkin dapat dilakukan seperti dimasa2 yang lalu.......
                                                     
Serawa...

Rupa emping yang sangat menakjubkan itu,huhuhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan