Isnin, 26 Mac 2012

pulau warisan

Pulau warisan terletak dikuala terengganu,Lokasi sebenar pulau ini ialah dibelakang kampung cina,Sebenarnya pulau warisan ialah pulau jadian,pulau ini dibina lebih kurang 10tahun yang lalu,Panjang pulau ini sekitar 1.5km dan lebarnya 150meter.Pulau ini masih dibangunkan lagi dan tidak mempunyai apa2 kemudahan yang disediakan,setakat ini pulau warisan masih tinggal kosong dengan tiada apa2 kegiatan kecuali tempat ini selalu diadakan pertandingan memancing pada hari jumaat disetiap minggu dengan yuran penyertaan yang murah..

Gambar2 pulau warisan seperti dibawah...












Pulau warisan diwaktu malam

Sabtu, 24 Mac 2012

Kucing..

Assalamualaikum,
Dihari2 yang aku tak kemana2 aku biasanya suka pusing2 kampung aku yang indah permai ni, sambil menyibuk2 melihat macam2 dipesekitaran nya.Walaupun aku permautautin tetap kampung, tapi jarang jugak aku sampai ketempat yang paling tersorok kat kampung aku.Kampung aku bukan lah kampung yang besar sangat,tapi kalau dalam rumah sendiri ada tempat yang kita jarang jenguk ini kan plk kampung yang beratus ekar luas nya. Walaupun kampung aku ni kecil tapi kampung aku lebih luas dari vatican city hehehehehhe...

Sambil pusing2 kawasan pertanian kampung aku,aku dengar lagu ni.Terasa sangat keindahan nya bila mendengar lagu dan menikmati kawasan dipinggir kampung,Noltagia lama akan muncul.Rangkuman lagu ni dan pesekitarannya akan membuat perasaan jadi terbuai2..Kapada perantau yang berasal dari kampung aku memang sangat faham apa yang aku maksudkan..Tapi aku tak tau plk apakah tajuk lagu ni dan siapa kah penyanyinya...hehehe..
Dalam aku pusing2 dan jalan2 aku terjumpa dengan brother ni dikebun nya.Kerja nya  mengusahakan semaian kelapa sawit untuk dijual,Bolih dikatakan usahanya sangat berjaya dan mendapat sambutan dari pekebun kelapa sawit disekitar kampung aku,Bolih dikatakan pendapatan nya agak lumayan juga.Kadang2 aku rasa kasihan juga kapada ramai petani yang tak dapat pembelaan yang cukup dari pihak kerajaan,sedangkan dimasa yang sama kerajaan sangat membela mereka2 yang sudah kaya dan banyak harta benda(brother kat atas tu dah kira ok,pendapatannya dah ok kalau nak dibandingkan dengan petani2 lain)Dari pandangan biasa seolah2nya orang makan gaji sangat miskin kewangan nya apabila dilihat pembelaan kerajaan yng amat sangat keatas orang yang makan gaji sedangkan petani2 yang miskin tak dapat pembelaan yang sepatutnya.Disini menampakan sangat sikap kerajaan yang membela mereka2 yang sudah kaya.Pada pandangan aku orang yang makan gaji ni tak payah lah kerajaan bela sangat sangat sebab mereka2 sudah pun dinamakan orang kaya dan banyak sangat harta bendanya. Pada pandangan  aku juga orang makan gaji mempunyai berjuta2 kelebihan nya,iaitu pakaian nya smart,glumour dan sebagai nya.Walahualam.
Apa yang sangat menarik perhatian aku ialah tentang kucing yang ramai dipelihara olih brother ni, didangau tempat semaian sawitnya,Perlu juga diingat kawasan semaian ini jauh ditepi kampung dan kawasan ini   ada binatang buas seperti harimau dan babi hutan.Jadi mungkin tak selamat kapada kucing mendiami tempat ini,tapi apakan daya kucing yang menjadi kegemaran tuan punya kebun sudah terlalu banyak dirumah dan sebahagian nya dibawa kekebun ada sebahagian dari kucing yang dipelihara didangau ini telah dibuang oleh mereka2 yang tak bertanggung jawab.Ketekunan brother ni datang untuk memberi kucing ni makan seolah2 mendapat keuntungan darinya,padahal dengan kucing belaan nya ni bolih mendatangkan kesusahan kapadanya....

Aku juga teringat binatang yang sangat disukai olih nabi SAW adalah kucing,jadi menyayangi kucing dan menjaga nya sangat2 dituntut.Banyak kita mendengar kelebihan mereka2 yang membela dan menyayangi kucing,Semoga keperihatinan brother ni mendapat kerehdaan ALLAH...











HADITH2 CELAAN YANG BERKAITAN DENGAN KUCING.
Al-imam al-bukhari meriwayatkan dari ibnu umar ra dari Nabi S.A.W bersabda, "Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi."

Hukum menjual dan membeli kucing dalam syariat islam adalah haram hukumnya berdasarkan dalil hadith Nabi Muhammad yang diriwayatkan dari sahabat nabi jabir bin abdilah bahawasanya,"nabi telah melarang memakan kucing dan melarang memakan harga kucing,"...sekian...

Rabu, 14 Mac 2012

akad nikah

  Lafaz ijab:
 "aku nikahkan akan dikau dengan sipolan binti sipolan berwakil wali bapanya kapadaku dengan mas kawinnya dua puluh ringgit tunai"
Lafaz qabul:
"aku terima akan nikahnya dengan mas kawin yang tersebut itu"

Bermula rukun nikah itu lima perkara:
1)Lelaki
2)Perempuan
3)wali
4)Saksi
5)Lafaz ijab dan qabul 

Beberapa hari yang lalu dan dua tiga hari yang akan datang aku akan hadir di banyak majlis akad nikah perkawinan ,Yang paling penting dalam perkahwinan ialah akad nikah nya,Tetapi dalam majlis akad nikah mcm2 perkara yang terjadi,yang pertama aku perhatikan ialah upacara mendera pengantin,seolah2 part ini adalah wajib dilakukan,sesi ini dibuat dengan secara halus dan disedari olih ramai hadirin,cuma para hadirin menerimanya dengan terbuka hati kerana proses ini seolah2 menjadi keutamaan,Walau macam mana sekali pun sesi ini mungkin patut dihadapi olih pengantin sebagai ujian awal dialam berumah tangga,Kadang2 dalam upacara keugamaan seperti ini majlis jangan kelihatan terlalu serius.

Dalam video kat atas tidak mempuyai unsur2 tersebut tetapi sebelum pengantin dinikahkan macam2 perkara yang terjadi,usik mengusik antara sesama yang datang mungkin merimaskan pengantin,yang paling berat mata memandang,berat lagi bahu memikul ialah datang nya dari jurunikah sendiri,Kadang kala ada dari juru nikah sengaja melambat2kan majlis,memberi khutbah yang panjang dan mntafsir plk akan khutbah yang disampaikan,Selain itu pertanyaan yang berjela2 dari jurunikah seperti menyuruh pengantin membaca Fatihah,rukun mandi wajib,rukun islam dan rukun iman.
Perkahwinan ini antara muhamad zul ridzuan bin shamsudin dan siti nur baizura bt haji jafri.
Hairan juga dengan sikap jurunikah yang seperti itu sedangkan beliau hanya ditugaskan untuk melaksana kan sahaja.Sepatutnya jurunikah tak payah membuat kerenah yang bukan2 kerana apa yang disuruh semuanya telah pun ada semasa kursus nikah kawin yang setiap pengantin wajib mengikutinya sebab setiap nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan.sekian...

Selasa, 13 Mac 2012

Emping.......



Emping ialah sejenis makanan yang dibuat dari padi,Cara untuk membuatnya sangat senang iaitu padi digoreng sehingga panas dan ditumbuk didalam lesung kayu.Cara untuk memakan nya ialah dengan menyusap kedalam mulut,lepas tu kunyah sehingga sebati dan kemudian telan,proses seterusnya akan berlaku secara outomatik


Ada beberapa resepi yang disyorkan untuk menyedapkan lagi rasa emping,cara yang paling mudah ialah dengan mengaul dengan nyiur kukur dan sedikit garam sebagai perasanya.Selain itu emping juga bolih dimakan dengan kuah yang dipanggil serawa,Bahan2 untuk dibuat serawa ialah Santan,telur,nesan(bukan batu nesan la,tapi sejenis manisan)bawang merah dan halia,(Beres kerja untuk membuat emping dan cara2 untuk memakannya)
 Lesung dan alu.
Sejarah emping kapada aku:
                                            Dimasa zaman aku susah(sekarang ni pun susah jugak) membuat emping selalunya selepas siap mengetam padi atau memungut hasil dari tanaman padi,Diketika itu penduduk kampung memang kurang kerja nya, setelah semua hasil dipungut,biasa nya penduduk kampung akan mengunakan masa ini untuk membuat emping,Pada setiap malam penduduk kampung akan membuat emping dirumah yang berlainan,biasa nya akan menarik  minat orang2 muda lelaki untuk datang kerumah penduduk yang membuat emping tanpa diajak,Tarikan utamanya kapada pemuda lelaki untuk datang mengemping apabila disatu2 rumah mempunyai anak2 dara,mungkin disitu lah peluang untuk berkenalan dan mungkin langsung bertemu jodoh nya disitu.Dimasa yang lalu peluang untuk mengurat lelaki perempuan agak terbatas sikit jadi peluang yang ada digunakan dengan sepenuh2nya,walau macam mana sekali pun gejala yang tidak baik memang terjadi dimasa itu cuma ianya dibatasi dan didinding dengan baik...


Membuat emping dimasa sekarang:
                                                         Membuat emping dimasa sekarang sekadar suka2 dan merupakan sebagai memperingati budaya sahaja,Ianya diadakan atau dibuat apabila ada sesuatu keramaian atau pun menyambut pembesar negeri atau sultan yang datang kesatu2 daerah atau pun tempat.Membuat emping salah satu peninggalan yang tak mungkin dapat dilakukan seperti dimasa2 yang lalu.......
                                                     
Serawa...

Rupa emping yang sangat menakjubkan itu,huhuhu...

Ahad, 11 Mac 2012

Ranggok...

Ranggok merupakan perkataan tempatan diterengganu yang bermaksud menebeng atau pun meredah dan menebeng maksudnya membuat sesuatu kerja dengan usaha yang paling maksimum..Event ini telah berlansung pada 9-11hb march 2012 dikampung batangan Marang terengganu.Ia merupakan satu kejohanan yang melibatkan mountain bike,motorcross,cubcross dan 4x4,Kejohanan yang julung2 kali diadakan yang melibatkan semua katagori dalam satu pasukan,Event ini telah menarik 8 pasukan dari dalam dan luar negeri 
Acara2 sampingan yang lain seperti perlumbaan motorcross,cubcross dan cabutan nombor bertuah,Acara ini berakhir pada 11hb march 2012 dan ditutup dengan rasminya olih yang berhormat menteri besar terengganu DS Ahmad Said setelah penyampaian hadiah pada pukul 6.30 petang...
katagori ini melibatkan 2 buah 4x4 dengan seorang pilot dan pemandu arah,2 buah motorcross dan 2 buah cubcross menjadikan 1 team lapan orang peserta..Peserta mesti menhabiskan perjalanan sejauh 8km dengan halangan sebanyak 7 halangan yang hardcore,untuk menghabiskan pusingan tersebut mengambil masa selama 1 jam..

Litar yang luas
penuntun yang sangat tekun





Yang berhormat DS menteri besar terengganu sedang beramah mesra dengan pemenang cabutan bertuah...

Ahad, 4 Mac 2012

memasak tempat memancing

Memancing sesuatu yang sangat menyeronokkan kapada kaki pancing dan tidak memberi bekas apa2 pun kapada mereka yang tak suka dengan hobi ini.Memancing kapada aku merupakan hobi yang sangat aku nantikan bila disaat tertentu aku hadirkan diri ditempatnya,hehehehehehehe..

Sesuatu yang jarang mendapat perhatian dikala memancing ialah memasak ditempat memancing kerana mungkin pergi memancing tak perlu lama meninggalkan rumah jadi bekalan makanan akan dibawa dari rumah dan memasak ditempat memancing sudah tidak menjadi keperluan lagi....

Memasak ditempat memancing akan terjadi apabila pemancing meninggalkan rumah untuk beberapa hari, dan lokasi tempat memancing pula didalam hutan tebal serta dihulu2 sungai,jadi memasak ditempat memancing tak dapat dielakan lagi.

Baru2 ini aku dan 19 orang lagi telah berombongan ketaman negara terengganu untuk memancing dikawasan tersebut,Segala barang keperluan makan dibawa termasuk beras 25kg,mee segera 1kotak besar,air mineral,roti,air botol seperti 100 plus,biskut,budu 2 dozen,gula,teh,nescaffe,susu serta bawang lada dan peralatan memasak yang lain.

Dimasa2 yang lalu bila aku ada di rombongan maka aku lah yang biasanya akan menjadi tukang masak,Peserta2 yang lain mungkin malas atau pun tak tau untuk memasak,Memasak ditempat memancing mempunyai cabaran yang tertentu terutama nya untuk mencari kayu api,Kapada yang tak biasa dengan hutan tentu lah menyangka mencari kayu api merupakan kerja yang senang,sebenarnya kayu api memang tiada didalam hutan,kayu2 yang ada merupakan kayu2 yang basah yang sangat payah untuk dihidupkan api dan kerja memasak menjadi sangat payah apabila mempunyai bakaran yang tidak baik,Kapada yang dah biasa dengan hutan biasa nya mengunakan kayu2 yang terendam didalam sungai,kayu2 ini biasa nya kering kerana kayu2 ini mempunyai teras yang kalis air,selain dari itu buluh salah satu jalan keluar bila kayu api langsung tiada disatu2 tempat...

Dirombongan aku kali ini masalah kayu api untuk memasak sudah tidak menjadi isu lagi kerana bot yang disewa telah dilengkapi dengan semua peralatan memasak dari dapur gas hingga kepinggan mangkuk,yang perlu hanya lah memasak sahaja...

Memasak tempat memancing ni simple sangat yang pertamanya memasak nasi,kedua masak ikan yang dapat dari memancing..Ikan yang biasa aku dan peserta rombongan dapat ialah ikan kelah,memang nama mengail kelah tentu ikan kelah yang biasa aku dapat.

Masak nasi...
Bagi aku masak nasi kerja yang paling senang,senang cerita.., masak nasi ni bolih dibuat dengan kaki je,tak kisah apa2Ramai juga fren2 aku yang tak pandai masak nasi,bagi aku nak belajar masak nasi ni tak perlu masa yang lama, 10saat dah cukup untuk pandai,kalau 1 jam dah dapat PHD dah,hehehehehe,Apa susah sangat masak nasi ni terutamanya bila guna dapur letrik,Pertamanya isi beras dalam periuk,isi air hingga tengelam beras kadar 1 inci dan tekan suis on,beres kerja,hehehehe..

.Kali ini aku memasak untuk 20 0rang, Untuk 20 0rang  adalah kerja yang amat mudah kerana aku pernah masak nasi untuk 100 orang malah beribu2 orang,jadi kalau sekadar 20 orang memang tak jadi masalah apa2..

Prinsip memasak di tempat memancing ialah biar lebih asalkan jangan tak cukup,haaa,itu lagi lah senang,ambik 2 biji periuk bubuh 2.5 kilo untuk satu periuk,isi air secukup rasa dan rebus diatas dapur untuk selama yang sepatutnya dan kerja pun beres.....                              


Singang ikan kelah
Masak ikan kelah ni juga kerja yang senang kerana resepi nya sangat mudah,Ikan kelah pada pandangan aku merupakan ikan yang sedap tapi untuk menyedapkan lagi rasa nya tak memerlukan cara yang payah untuk dimasak,Yang aku tahu untuk memasaknya ada beberapa cara sahaja,Ikan kelah tak sedap kalau dimasak lemak atau digoreng atau dimasak dengan cara2 yang lain selain cara2 yang aku syorkan kat bawah ni....resepi yang aku gunakan memasak kelah ialah:
1) Bawang merah dan bawang putih,
2) Daun kesum,asam keping/gelugur,
3) Kunyit biasa,kunyit kesing serta garam dan air

Cara masaknya sangat mudah,semua benda2 kat atas tu diketuk atas batu tempat kita memancing, kemudian rebus hingga memdidih kecuali ikan kelah,setelah mendidih ambik ikan kelah yang dah dibersihkan campak sahaja kedalam periuk,tunggu sehingga kuah nya mendidih balik kerana setelah sosnya mendidih bermakna ikan kelah sudah pun masak.Kemudian angkat dan bolih dipelahap..kekekekekekekeke...(kapada yang makan budu bolih juga diisi semasa merebus bahan2 diatas,kalau tak suka budu memadai sahaja dengan resepi tersebut)

Cara kedua masak ikan kelah adalah cukup mudah dan tak memerlukan apa2 rempah ratus.
1) ikan kelah,
2) tempoyak
3) garam,asam keping dan air
Cara masaknya seperti cara2 kat atas tu,Rebus tempoyak,garam dan asam keping sehingga mendidih,isi ikan kelah,tunggu sehingga mendidih balik, lepas tu angkat dan makan je lah dengan nasi.Kuatiti tempoyak nak masak kelah bergantung kapada banyaknya ikan,kalau ikan kelah berat sekilo,tempoyaknya pula segelas besar begitu lah untuk banyak yang seterusnya,Kalau tempoyak yang nak diisi untuk satu sudu sahaja adalah lebih memadai digunakan pada resepi yang pertama sahaja,

Selain itu untuk memasak ikan kelah ialah dengan cara membakarnya dengan mengunakan rempah yang dijual dikedai2,Selebihnya lagi ialah dengan masak stim motor bot,hehehehehehe..Selain dari yang aku cadangkan kat atas tu masak ikan kelah memang tak sedap.sekian...........