Selasa, 28 Februari 2012

htmcc litar cheneh.

Perlumbaan motorcross/cubcross telah berlangsung dilitar cheneh kemaman pada 24hb feb 2012,Perlumbaan ini telah menjadi satu tarikan yang menjadi2,Ramai penonton yang datang memenuhi lapangan dan tak kurang juga kapada perniaga,.

Motorcross disertai lebih dari 30 pelumba dari daerah kemaman dan kawasan sekitarnya,Dalam katagori cubcross pula disertai olih 37 pelumba dari kemaman,besut dan hulu terengganu.

Dibawah gambar2 yang sempat aku ambik.

start














Antara kenamaan yang hadir...

Rabu, 8 Februari 2012

keruak

Kampung keruak terletak dalam mukim hulu besut dalam daerah besut terengganu,Kampung ini merupakan kampung tradisional yang paling hulu didaerah besut,terletak sejauh 35km dari bandar jertih iaitu bandar yang paling besar dalam daerah besut,Walau pun kampung keruak terletak paling hulu sekali namun pembangunan nya setaraf dengan lain2 tempat didaerah besut,Kampung lain yang ada disebelahnya ialah felda keruak dan kampung tradisional yang tinggal nama ialah kampung subhanallah,Aku cuba jgk bertanya kapada penduduk yang ada disekitar kampung itu perihal kampung subhanallah, dari situ lah apa yang aku ketahui kampung itu telah pun menjadi sebahagian dari felda keruak....walahualam.
Kampung keruak mempunyai sebuah balai polis yang pada agakkan aku polis2 disini bukan lah berfungsi sebagai polis dibandar2 kerana ramai sangat budak2 yang membawa motor tanpa memakai topi keledar tetapi semacam tak jadi masalah kapada polis2 tersebut.Pada pandangan aku polis2 ini ditempatkan disini hanya lah untuk kecemasan yang amat sangat kerana,perkara yang remeh temeh tak menjadi apa2 masalah kapada mereka.
Dikawasan ini merupakan ditengah2 kampung,Jalan nya yang besar serta lebar,mungkin tempat ini dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul ramai2 pada satu2 masa yang perlu..
 Mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang kampung keruak akan menjadi pekan kecil untuk kemudahan penduduk setempat,Pada masa sekarang kampung keruak sudah pun menjadi seakan2 pekan kecil,Dibina beberapa buah kedai yang setanding dengan yang ada dipekan2,, disamping kedai lama yang telah sedia ada...
Perpustakaan desa salah satu kemudahan yang ada.

Kampung keruak merupakan kampung yang tak pernah aku sampai dan disatu kesempatan ini aku mengambil masa untuk mengunjunginya untuk mengenal hati budinya,mungkin kampung ini tak mempunyai satu kepentingan pun kapada aku menyebabkan aku tak pernah terfikir pun untuk datang.,Walau macam mana pun dengan keuluan tempatnya tidak menampakan kampung ini tersangat ulu kerana rumah2 kedai yang moden berserta dengan rumah penduduknya yang kelihatan sangat terkini dan dikawasan tersebut mmpunyai perkampungan felda maka ulu nya kawasan tersebut langsung tidak nampak.

Aku mengambil masa yang agak lama duduk diwakaf kampung keruak sambil makan2 makanan yang aku beli diperjalanan datang...Olih kerana lama masa aku disitu aku telah disapa olih beberapa penduduk yang lalu untuk kekedai atau pun yang hanya untuk lalu lalang,Dari kesimpulan aku penduduk disini merupakan yang suka beramah tamah dan sangat menghurmati orang,Sekian..........

Ahad, 5 Februari 2012

LA Hot Spring

Taman rekreasi air panas LA hot spring terletak didaerah besut terengganu,Jauh dari kuala terengganu lebih kurang 130km,mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai dari bandaraya kuala terengganu.Jauh dari bandar jertih sekitar 35km sahaja.Dari kampung aku pula mungkin dalam sekitar 150km.Untuk kesana sangat lah mudah kerana taman rekreasi ni mengunakan jalan raya yang baik sehingga ke dalam kawasan rekreasinya.Aku sendiri mengambil masa selama hampir 3 jam untuk sampai ke taman rekreasi ni dengan perjalanan yang sejauh itu,ini mungkin disebabkan jalan yang sibuk dan takut untuk memandu laju kerana perangkap banyak disepanjang perjalanan.(perangkap laju)
Ditaman rekreasi air panas LA hot spring disediakan macam2 kemudahan,Parking yang luas,kedai2 makan dan cederamata,surau,tandas,chalet untuk disewa dengan kadar yang murah,tempat mandi air panas untuk lelaki dan perempuan selain dari kolam air panas yang memang disediakan untuk pengunjung menikmati kepanasan air panas nya yang sangat panas.Nak masuk kedalam kawasan air panas LA dikenakan bayaran parking rm 1,chalet yang disediakan pada kadar rm60 untuk satu malam,(kadar sewa 4 tahun yang lalu,pada masa sekarang aku tak tenguk plk,hehehehehe)

Kolam utama,tak ramai yang berani menyelam kedalam kolam ini kerana airnya sangat panas,sekadar rendam kaki je.
Aku tak pernah tanya renger kat kolam  air panas ni sebab apa airnya jadi panas macam tu,tp ada yang kata sebab2 air ni panas kerana ada belerang kat perut bumi yang bolih memanaskan air yang melaluinya.Dibawah sedikit dari kolam ni ada sebuah lagi kolam yang disediakan yang panasnya agak kurang sedikit dan dibwah dari kolam yang kedua ada sebuah anak sungai yang mengalir yang sangat sesuai untuk budak2 mandi manda.
Pengunjung berebut untuk merasa kepanasan air panas yang kononnya bolih menyembuh beberapa jenis penyakit seperti gatal2(aku pikir kalau dah gatal sangat pergi kawin je,hehehehehe) Aku pernah jugak tanya seorang doktor kat klinik jertih sama ada air panas yang ada kandungan belerang seperti di LA hot spring bolih menyembuhkan penyakit,Jawapan doktor amat negatif sekali.

video

Kawasan yang sangat bersih dan sentiasa dijaga rapi.
Sungai yang mengalir dibawah kolam air panas
Jalan susur yang baik wakaf2 banyak disediakan untuk pengunjung berehat.
Bagi aku kolam air panas LA patut dikunjungi kerana kita bolih merasakan kelainan nya disamping itu dapat menjelajah hutan rimba yang ada dikawasan itu.Semasa aku datang ke tempat ini aku dapati ramai sangat pengunjung yang datang termasuk  dari luar negara.Yang jadi istimewa kolam air panas ni kerana dikawasan sekelilingnya adalah hutan rimba hanya dihadapannya sahaja tanah rancangan sawit,Memang kolam air panas LA hot spring menepati sebagai tempat untuk berekreasi kerana tidak langsung membahaya kapada kanak2 untuk mandi walau pun dalam hujan yang lebat. Sekian....

Khamis, 2 Februari 2012

Mesyuarat dan gelagatnya.

Firman Allah s.w.t.

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;” (Asy-Syura: 38)
Assalamualaikum,
Pada dasar nya hidup kita memang tak dapat lari dari bermesyuarat samada ianya berbentuk formal atau pun tidak,Mungkin kita tak menyedari percakapan biasa kita sudah pun bolih diertikan sebagai mesyuarat kerana bermesyuarat hanya lah untuk mengeluarkan hasil dari apa yang kita cakap.Bolih jugak dikatakan percakapan kita dimana2 merupakan mesyuarat asalkan disituasi itu ada lebih dari satu orang individu,cuma dimasa itu mungkin adat2 mesyuarat nya tidak dijaga dan bolih lah jugak dikatakan disituasi itu mesyuarat tidak dijalankan,walahualam.
Sidang parlimen juga adalah bermesyuarat
Aku sering benar menghadirkan diri dalam mesyuarat, sama ada mesyuarat nikah kawin,persatuan2 dan koperasi.Yang sangat menarik kapada aku ialah tentang hasil dari mesyuarat.Kalau sebelum mesyuarat aku dapati sesesuatu yang hendak dibuat seolah2 tak mampu untuk dilakukan,tapi setelah bermesyuarat benda2 yang kita fikirkan tak bolih dihasilkan dengan mudah dapat dilaksanakan,Dan mungkin itu lah maksud dari firman Allah dari ayat dipermulaan ini,Mesyuarat banyak sangat kelebihan nya dan kepentingan mesyuarat sangat2 dititik berat kan dikatakan Rasulallah sendiri bermesyuarat dengan isterinya hanya untuk kepasar..


Pada fikiran aku mesyuarat ada dua jenis,mesyuarat yang tak memerlukan minit mesyuarat dan mesti ada minit mesyuarat.Mesyuarat yang tak ada minit mesyuarat ialah mesyuarat bernikah kawin cuma yang perlu ada hanyalah agenda mesyuarat,Kalau diperhatikan betul2 agenda mesyuarat nikah kawin ada dua agenda yang pertama ucapan pengerusi mesyuarat dan agenda kedua ialah apa yang nak dimesyuaratkan mungkin pada peringkat mesyuarat rasmi sebagai agenda hal-hal lain,kerana pada peringkat mesyuarat rasmi mesti mempunyai agenda sekurang2nya seperti berikut:
                                           a)ucapan pengerusi.
                                           b)mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
                                           c)perkara berbangkit.
                                           d)lain-lain hal
Diperingkat mesyuarat rasmi seperti mesyuarat koperasi dan persatuan2 mungkin bolih dibagikan kapada dua,iaitu mesyuarat AJK dan mesyuarat agong,Mesyuarat AJK melibatkan AJK yang dilantik dimesyuarat agong di satu2 persatuan dan mesyuarat agong melibatkan semua ahli dalam persatuan dan agenda mesyuarat agong ada mempunyai agenda yang lain sedikit dari mesyuarat AJK biasa,sebagai contoh lapuran kewangan,lapuran tahunan dan sebagainya...
Mesyuarat kenduri kawin

Yang sebenarnya bukan lah mesyuarat dan kemerapuan aku kat atas tu yang aku nak hadirkan disini,Yang aku benar2 nak hadirkan ialah gelagat peserta mesyuarat.Aku tersangat terpesona dengan peserta mesyuarat terutamanya dimesyuarat agong kerana sebelum bermesyuarat kebanyakan pesrta akan bercakap berapi2 dengan memberi macam2 komen dan ketidakpuashati dalam kegiatan atau aktiviti persatuan masing2,apabila masa mesyuarat kebanyakan peserta akan menikus seribu bahasa dan segala hujah sebelum mesyuarat akan tinggal hujah untuk selama2nya.Yang aku perhatikan seseorang yang bercakap banyak diluar mesyuarat dengan menyatakan tidak puashati dengan persatuan masing2 ialah individu yang paling penakut apabila didalam mesyuarat yang sebenarnya.Peserta2 ini akan duduk dikerusi yang paling tepi dan sedikit kebelakang dan peserta ini akan sentiasa berbisik2 dengan peserta lain.
Yang melucukan apabila mesyuarat sedang bermula kebanyakan peserta akan menyatakan persetujuan keatas mana2 agenda terutamanya mengesahkan minit mesyuarat,dan biasanya setiausaha akan menulis dalam minit mesyuarat sebagai bersetuju dengan sebulat suara padahal peserta tidak membaca pun minit mesyuarat yang ada ditangan masing2.Sebenarnya perlekehan yang terjadi dalam mana2 mesyuarat disebabkan malas dan tak tahu langsung akan hak yang ada pada peserta.
Mesyuarat yang paling lekeh sekali ialah mesyuarat nikah kawin,(walau macam mana lekeh pun mesyuarat nikah kawin,aku fikir sidang parlimen pun tak kurang lekehnya,bukti nya banyak,ada YB yang berucap standard kampung, malah mesyuarat kedai kopi lebih standard dari sidang parlimen,Perhati dan tenguk2 lah). Mesyuarat ini biasanya hanya satu dua orang sahaja yang bercakap dan yang lain nya biasanya mendengar sahaja dan mengikuti apa yang telah diputuskan tanpa banyak soal.Kebanyakan peserta biasanya nak balik awal dan nak menghabiskan mesyuarat dengan secepat mungkin.Walau macam mana sekali pun yang aku betul2 hormat apabila diadakan mesyuarat walaupun hanya mesyuarat nikah kawin ialah pesertanya menjadi sopan dengan mengunakan bahasa yang baik sebagai contoh pengunaan perkataan saya, saudara,yang dihormati,padahal kebanyakan yang hadir mesyuarat hanyalah mengunakan perkataan AKU MUNG,AKU MUNG sahaja bila diluar mesyuarat(terkhas ditempat aku sahaja diterengganu tetapi tempat2 lain tak)
Kesimpulannya,Walau macam mana jenis mesyuarat yang paling aku hargai ialah keputusannya,kalau sebelum mesyuarat satu2 keputusan payah diambil, bila sudah sahaja mesyuarat beban nya akan menjadi lebih ringan,sebagai contoh dimesyuarat nikah kawin,mungkin sebelum mesyuarat saiz persiapan untuk kenduri kawin adalah kecil sahaja tetapi sesudah mesyuarat akan jadi lebih besar dan meringankan, kesan dari mesyuarat yang diadakan. sekian......  
Kesan dari mesyuarat