Ahad, 22 Januari 2012

lagenda batu penyu

Atas bukit ini lah terletaknya batu yang menyerupai penyu.

Hari ini aku ke-bukit batu penyu dirantau abang,dungun terengganu,Dari kampung aku jauh nya mungkin 120km,jauh dari bandaraya kuala terengganu dalam sekitar 60km.Dari bandar dungun dalam 10km(agak2 je tu)Aku teragak2 jugak nak pergi sebab kata fren fb aku tempat tu jauh dan payah untuk sampai tempat bersemayam nya batu yang sangat diagung2kan olih sesetengah orang.Tapi setelah aku bertanya dengan tuan punya gerai tempat singgah untuk makan dan mimun(makan keropok lekor tau)dia mengatakan bahawa jalan untuk kesitu telah pun di turap dengan baik jadi aku meneruskan perjalanan aku yang tak sepertinya itu.

Sebenar aku tak tau lah pulak tentang cerita batu penyu ni,yang aku tahu dengan sebab batu ini lah maka penyu datang untuk bertelur dipantai rantau abang,Yang aku ketahui batu yang serupa dngan batu dibukit ini hanya ada 2 tempat sahaja didunia,yang satu lagi nya terletak di kepulau lautan pasifik,walahualam...

Aku mula di lebuh raya ajil bukit besi,Dilebuh raya ni aku ambik masa dalam 15minit sahaja sejauh 42km dengan kelajuan 170km maintain,mungkin laju aku pecut tu tp nk buat macam mana sebab nak cepat,Nak kata salah memang lah salah sebab kelajuan lebuh raya ialah 110 km sahaja,Walau pun aku salah tapi kereta kat depan aku tu lagi2 lah salah sebab kereta tu ialah kereta polis,dia dah ajar aku macam tu, aku turut je lah,hehehehehhe..
 
Bila aku sampai kat batu tu terkejut jugak aku sebab bangunan yang meneduhi batu tu mewah sangat,Sebelum aku kesitu aku tak jangka langsung tempat batu tu dibuat sedemikian rupa,Mewah sangat2,Mungkin ratusan ribu dia punya belanja.Kadang2 aku rasa pihak2 yang tertentu terlalu mendewa2kan benda yang macam ni, tak patut dibuat sedemikian rupa.
Ini lah rupa batu penyu yang aku ambil dari belakang.
Ada rupa penyu tak,Aku rasa seakan2 adalah.

Pandangan dari sisi agak2 menampakan sedikit rupa penyunya.



Mamat yang sentiasa menyibuk,kat mana2 aku pergi mesti dia ada,hapa laaaa..
 Permandangan dari atas puncak bukit mengadap laut cina selatan.


Video yang aku sempat ambil..

Aku tak tau lah sama ada tempat ini patut dikunjungi atau pun tidak,Tapi untuk memenuhi masa lapang patut jugak lah mencubanya kerana tempat ini bolih sampai terus kebatu penyu dengan menguna kan kereta tanpa masalah langsung.Bolih dikatakan untuk sampai kebatu ni sekadar berlenggang kangkung kerumah mak limah je,tak ada cabaran langsung.sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan