Ahad, 22 Januari 2012

lagenda batu penyu

Atas bukit ini lah terletaknya batu yang menyerupai penyu.

Hari ini aku ke-bukit batu penyu dirantau abang,dungun terengganu,Dari kampung aku jauh nya mungkin 120km,jauh dari bandaraya kuala terengganu dalam sekitar 60km.Dari bandar dungun dalam 10km(agak2 je tu)Aku teragak2 jugak nak pergi sebab kata fren fb aku tempat tu jauh dan payah untuk sampai tempat bersemayam nya batu yang sangat diagung2kan olih sesetengah orang.Tapi setelah aku bertanya dengan tuan punya gerai tempat singgah untuk makan dan mimun(makan keropok lekor tau)dia mengatakan bahawa jalan untuk kesitu telah pun di turap dengan baik jadi aku meneruskan perjalanan aku yang tak sepertinya itu.

Sebenar aku tak tau lah pulak tentang cerita batu penyu ni,yang aku tahu dengan sebab batu ini lah maka penyu datang untuk bertelur dipantai rantau abang,Yang aku ketahui batu yang serupa dngan batu dibukit ini hanya ada 2 tempat sahaja didunia,yang satu lagi nya terletak di kepulau lautan pasifik,walahualam...

Aku mula di lebuh raya ajil bukit besi,Dilebuh raya ni aku ambik masa dalam 15minit sahaja sejauh 42km dengan kelajuan 170km maintain,mungkin laju aku pecut tu tp nk buat macam mana sebab nak cepat,Nak kata salah memang lah salah sebab kelajuan lebuh raya ialah 110 km sahaja,Walau pun aku salah tapi kereta kat depan aku tu lagi2 lah salah sebab kereta tu ialah kereta polis,dia dah ajar aku macam tu, aku turut je lah,hehehehehhe..
 
Bila aku sampai kat batu tu terkejut jugak aku sebab bangunan yang meneduhi batu tu mewah sangat,Sebelum aku kesitu aku tak jangka langsung tempat batu tu dibuat sedemikian rupa,Mewah sangat2,Mungkin ratusan ribu dia punya belanja.Kadang2 aku rasa pihak2 yang tertentu terlalu mendewa2kan benda yang macam ni, tak patut dibuat sedemikian rupa.
Ini lah rupa batu penyu yang aku ambil dari belakang.
Ada rupa penyu tak,Aku rasa seakan2 adalah.

Pandangan dari sisi agak2 menampakan sedikit rupa penyunya.



Mamat yang sentiasa menyibuk,kat mana2 aku pergi mesti dia ada,hapa laaaa..
 Permandangan dari atas puncak bukit mengadap laut cina selatan.


Video yang aku sempat ambil..

Aku tak tau lah sama ada tempat ini patut dikunjungi atau pun tidak,Tapi untuk memenuhi masa lapang patut jugak lah mencubanya kerana tempat ini bolih sampai terus kebatu penyu dengan menguna kan kereta tanpa masalah langsung.Bolih dikatakan untuk sampai kebatu ni sekadar berlenggang kangkung kerumah mak limah je,tak ada cabaran langsung.sekian....

Sabtu, 21 Januari 2012

cakap ulu

Cakap ulu dikaitkan dengan pertuturan yang digunakan olih penduduk yang tinggal dihulu2 yakni dikawasan yang jauh dari bandar,Percakapan yang dituturkan mungkin lansung tak difahami olih orang2 yang tak biasa,seperti orang2 bandar.Dihulu terengganu sahaja dikatakan mempunyai 14 loghat yang digunakan,Sangat berbeza bunyi nya antara satu2 loghat walau pun mempunyai makna yang sama

Video diatas merupakan satu loghat yang ditutur kan olih peduduk dihulu dungun terengganu,Video ini dihadiahkan olih seorang kawan aku untuk di you tube-kan,Video ini diambil dengan cara yang selamba,Watak dalam video ini bercerita tentang kisahnya...

Walau macam mana sekali pun loghat yang aku ketengahkan tak sama dengan yang dituturkan olih seorang penyajak terengganu yang bernama berahim yang popular dengan sajak nya yang bertajuk jadi lah awang.Nikmati lah.....


Rabu, 18 Januari 2012

NASA-misteri


Baru2 ini aku ada membaca sebuah blog "sebuah kehidupan" yang ditulis saudara Zharif alimin yang bertajuk black hole dan sijjin.Yang sangat menarik perhatian aku ialah tentang penemuan olih NASA(NATIONAL AERONAUTICS AND SPACE ADMINISTRATION) bunyi2an yang datang dari black hole.Bunyi yang solah2 suara manusia sedang meraung kesakitan seperti didalam neraka.Bagi aku langsung tiada pertikaian tentang bunyi2 tersebut sebab semua itu didalam kekuasaan ALLAH belaka.Aku sangat tertarik dengan tulisan beliau yang seperti ini:
                                                                                    

(Apa yang menjadi misteri paling mengejutkan ialah rakaman gelombang radio berfrekuensi ultra menggunakan sistem komputer sensitiviti bunyi kuasa tinggi telah dapat meghuraikan (extraction) raungan kesakitan dari lubang yang amat dalam itu. Rahsia ini dibongkarkan oleh seorang yang rapat dengan NASA. Adakah teleskop Hubble telah menemui “Neraka”? Tidak.

Hubble dengan peralatan saintifik yang ada padanya telah secara tidak langsung membuktikan kewujudan lubang hitam di angkasa. Selepas beberapa abad bertelagah pendapat, saintis akhirnya berhadapan dengan kepercayaan agama. Rakaman pita magnetik imej dan frekuensi bunyi memberi bukti terhadap apa yang dikenali sebagai roh tanpa sinar yang terbakar dan menjerit kesakitan dalam penyeksaan.

Menggunakan resolusi peleraian imej sangat tinggi, HST merakamkan imej seakan-akan roh-roh manusia yang terbakar dalam api yang sangat besar di dalam lubang hitam angkasa itu. Namun begitu, pihak NASA tidak memberitahu perkara sebenar kecuali seorang lain yang berhubung rapat dengannya yang telah mengakui melihat imej tersebut serta rakaman sebenar pita tambahan pula krew NASA juga sangat yakin bahawa imej seakan-akan roh-roh yang diambil tersebut memang sama bentuk dengan fizikal manusia.)
(Dengkuran anih dikota samarahan)
Terlalu banyak keanihan yang terjadi sejak akhir2 ini,Ada cerita yang aku temui  yang benar2 mengetarkan.Bagi aku semua peristiwa anih yang terjadi tidak lain dan tidak bukan hanya peringatan kapada kita supaya mentaati perintahnya.
(contoh manusia2 syaitan)manusia2 ini lah yang akan mendiami neraka jahanam yang setiap manusia mesti menghindarinya.

Kalau dipandang dari sudut harian, kita sebagai manusia yang berugama islam yang mendiami planet bumi ini, kita dapati ramai sangat yang tak menghiraukan tentang kejadian dan peringatan yang diberikan,tak ada langsung rasa nak insaf atau sebagainya.Contoh2 kejadian yang terjadi sehari2 tidak mencerminkan manusia takutkan tuhan nya.










 (Jahatnya pelaku2 ini melebihi dari syaitan)
Sebahagian kecil perkara2 yang berlaku dalam banyak2 peristiwa yang mengambarkan bahawa manusia tak takut kapada tuhan dan peristiwa seperti ini sentiasa berlaku tak kira ada amaran atau pun tidak.

Ada sesetengah kumpulan memperjuangkan pandangan masing2 yang langsung tak ada faedah kapada ugama nya,sebagai contoh tentang penemuan batu bersurat dikuala brang,Ada yang mengatakan bahawa terengganu lah yang terlebih dahulu menerima islam dari melaka.Padahal apa lah yang penting sangat tentang dahulu dan kamudian itu,yang sepatutnya  di-perjuangkan ialah apa yang terkandung ditulisan dibatu tersebut,melaksana dan mempraktikannya dalam hidup sehari2.Tapi apabila sampai bab untuk melaksanakan ajaran2 yang terkandung dibatu tersebut,mula lah ada rasa tidak senang dan yang lebih teruk membencinya. Ada suara2 yang mengatakan belum sampai masa semua ajaran atau undang2 islam yang terkandung didalam nya dilaksanakan kerana masih ramai lagi rakyat yang tidak memahaminya,sedangkan undang2 yang dipraktikkan dalam sesebuah negara tidak difahami dan tidak dimegerti olih rakyat tetapi undang2 itu lah yang disogok tanpa rakyat memahaminya.Bukankah itu lebih teruk lagi,jadi alasan2 yang dikeluarkan hanya kerana ingin ingkar kapada perintah2 tuhan nya.Apalah yang payah sangat untuk melaksanakan nya sedangkan undang2 Islam yang sepatutnya dilaksana sudah ada pun tertulis dan tak perlu hendak difikirkan lagi jalan penyelesaian kapada semua masalah yang melanda sama ada dalam keluarga,masyarakat atau pun didalam negara.


Allah mempunyai sifat yang maha pemurah lagi mengasihani dan juga mempunyai sifat yang maha mengancam,Allah sudah pun memberi pilihan kapada hamba2 nya iaitu manusia dan jin dengan katanya,

"kalau tak suka dengan apa yang aku perintahkan hendaklah kamu mencari dunia lain selain dari tempat yang aku jadikan,"

 Disini menunjukan memang tiada pilihan lain kapada hamba2 ALLAH selain mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.Kalau tidak terima lah ancaman yang ALLAH nyatakan.

Suara2 yang didengar olih NASA menunjukan seberapa majunya manusia takkan dapat lari dari bukti2 tentang keujudan ALLAH dan memang selayaknya kapada mereka2 yang ingkar akan segala suruhannya akan menerima akibat dari perbuatan mereka sendiri,wallahualam.

Jumaat, 13 Januari 2012

Lumba motor

 Rupa juaranya..

Motocross dan cubcross merupakan satu fenomena baru didaerah hulu terengganu,Pada hari jumaat 13hb jan 2012 telah berlangsung satu pertandingan yang melibatkan moto2 jenis ni yang melibatkan pelumba2 dari daerah ini. Ramai sangat yang datang untuk jadi penonton sambil tak lepas tangan peniaga melayan pelangan digerai2 mereka bukan sekadar nak layan pelumba sahaja.tapi para peniaga lebih sibuk dari pelumba motor sendiri,hehehehehehehehe....
 Penuh dengan penonton
 Gambar2payah untuk diambil sebab becak sangat (selut saje)
 Meraikan kejayaan.
Rupa pelumba  macam kerbau balor :)

 Penonton memenuhi jalan raya.

Polis paling sibuk untuk menyaman kereta2 yang diparking ditepi2 jalan,Kalau tak diletak ditepi jalan kat mana lagi penonton ni nak parking sebab tempat perlumbaan tiada ruang yang luas untuk tujuan tersebut.Agaknya kalau diletak ditengah2 jalan baru lah polis2 ni ternganga,Maksud aku bagilah peluang.Aku hairan dengan sikap polis2 ni sentiasa ambik kesempatan,Sepatutnya bagi lah peluang kapada yang datang untuk menonton dan parking ditepi2 jalan,Lagi pun semua kereta yang diletak ditepi2 jalan tak menghalang lalu lintas.(bukan pandangan aku saja,tp ramai yang bersungut dengan sikap2 polis ni,Ada yang nakal mengatakan,saja polis tu buat mcm tu untuk kenaikan pangkat,Apa2 pun  semua tu dah pun kerja polis dan tak perlu dipertikaikan)sekian...