Isnin, 31 Disember 2012

Bah kat kampung aku/kuala brang/31122012

 Banjir besar sedang melanda kampung aku diakhir tahun 2012 pada 31 hb dis 2012.Banjir yang aku upload gambar ni pada pukul 5.45 petang,Ditika ini air masih lagi naik,tidak menampakkan air semakin surut kerana hujan turun dengan lebat seolah2 tak nak berhenti,Mungkin menjelang maghrib air akan memenuhi jalan kat kampung aku,huhuhu TAKUT WEH.. Dua keluarga telah pun berpindah kerumah saudara yg lebih tinggi.Gambar kat bawah telah diambik pada sekitar pukul 6 petang..stop setakat ni,huhuhu...



Sabtu, 29 Disember 2012

Buah Pulasan

Buah pulasan,buah yang seakan buah rambutan cuma rambut pada buah nya sahaja yang agak berbeza,Buah pulasan mempunyai rambut yang keras dan buah rambutan mempunyai  rambut yang lembut.Dikampung aku buah pulasan dipanggil sebagai buah pahit....

Kat kampung aku memang payah nak jumpa buah ni,aku rasa nak buat ubat pun dah tak ada,Aku pun terasa hairan juga mengapakah buah pulasan tak seperti buah rambutan yang sentiasa ada dalam pasaran..Buah pulasan memang tak kalah dari segi rasa kerana rasanya sangat sedap memang tak kalah kalau dibandingkan dengan buah rambutan..Itu lah sahaja apa yang aku tau tentang buah pulasan,hehehehehe....

Khamis, 27 Disember 2012

Banjir di-dungun

 Pada tahun 2012 musim tengkujuh lambat terjadi,biasanya musim tengkujuh melanda pantai timur pada bulan oktober hingga bulan febuari,Tapi pada kali ini musim tengkujuh telah berlaku  agak lewat iaitu telah melanda pantai timur semenangjung malaysia pada hari ahad 23hb disember 2012..

Pada kali ini negeri yg teruk terjejas ialah pahang,kelantan dan terengganu iaitu negeri tradisi banjir,Dinegeri terengganu kawasan yg agak teruk dan lama limpahan airnya ialah didaerah dungun terengganu dengan mangsa dipindahkan agak ramai,Dewan2 dan sekolah telah dijadikan tempat permindahan,Dibawah gambar2 disekitar daerah dungun yang kawasan nya terjejas teruk...









Isnin, 24 Disember 2012

Main Air

 Banjir mula melanda kat kampung aku,Hujan turun tak henti2 semenjak dua hari yang lalu menyebabkan kawasan rendah dah pun dinaiki air sepenuh nya...Setelah hujan lebat tak hentinya pada tengah hari tadi air banjir dah pun menengelamkan jalan raya yang melalui kampung aku yang menghubungkan bandar kuala brang... Banjir ini dirakamkan pada 24hb dis 2012...pukul 6 petang..
 Rutin biasa bila banjir ialah main air,Keseronokan main air sudah menjadi tradisi sejak lama,Kebanyakan penduduk akan keluar hanya untuk melihat air atau bermain air..huhuhu...





Ahad, 23 Disember 2012

Buah Lekir


Buah lekir satu jenis tumbuhan yang aku sendiri tak tau jenis apa,Tapi buah ni menjadi makanan kapada burung2,Burung yang makan buah lekir ialah burung merbuk carut,Carut yang dimaksudkan ialah bunyi burung ini seakan2 mencarut..Disesetengah tempat dipantai timur terutama diterengganu burung merbuk carut juga dipanggil sebagai burung merbuk kong kang..

Buah ni hanya tumbuh pada musim banjir sahaja.Aku sendiri sudah lama tak tenguk buah ni sejak 10 tahun yang lalu.mungkin kerana kawasan yang menjadi tempat pokok ni tumbuh telah menjadi kawasan pertanian membuatkan ianya sukar untuk hidup...
Dimasa kecil aku, pokok ini menjadi kesukaan kapada yang suka menjerat burung musim banjir,Cara2 untuk menjerat burung yang memakan buah lekir hanya lah mengunakan jerat biasa yang digunakan untuk menjerat burung atau ayam hutan,Walau macam mana pun burung merbuk carut telah menjadi haiwan lindungan kerana burung jenis ni sangat berkurangan dan mungkin pada sesetengah habitatnya mungkin dah tak ada,Aku tak pernah tenguk burung merbuk ni sejak bebelas tahun yang lalu..Perlu juga diketahui bahawa buah ini tak boleh untuk dimakan,biasa nya buah ni sangat gatal...


Ahad, 4 November 2012

Teknologi

Dalam bidang komputer, aku tak pernah belajar kat mana2,Aku berfacebook dan mengikuti segala program yang ada kat dalam komputer, aku godeh sendiri.Masa aku kenal komputer aku memang tak tau apa2, sehingga kan google pun aku tak tau apakah fungsi nya

Dimasa2 yang lalu aku  menyangka computer hanya lah ganti mesin taip, maksud nya computer hanya lah tempat orang tulis surat,Setelah aku kenal benda ni, baru lah sangkaan aku itu benar2 meleset.

Computer bkn hanya sekadar itu, malah lebih lagi.Salah satu yang sangat menarik minat aku tentang empat  gambar yang aku paparkan,Macam mana kah ianya berfungsi??Pening aku memikirkan nya...Walau macam mana sekali pun, mereka yang arif tentang benda2 ni, tak menjadi satu perkara yang besar kapada mereka, mungkin dihujung jari je,

Aku memang ada jalan keluar untuk mengetahui macam mana ianya dibuat, cuma aku malas je,iaitu dengan bertanya kapada mereka2 yg pakar,tapi bab ni aku memang sombong sikit,huhuhuhu...
Tanpa aku ketahui apa2 aku meneka mcm mana ianya dibuat:Aku rasa gambar ni diambil banyak2 dan diletakan pada tempat yang sama jadi kita akan nampak seolah2 gambar ni bergerak pada hal yang kita tenguk hanyalah gambar yang tak bergerak,huhuhu....


Selasa, 30 Oktober 2012

ramalan

Benarkah Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012?



Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Ahad, 28 Oktober 2012

Siaran langsung ini ditaja oleh rakyat malaysia...


Pada 20/10/2012,pukul 9 malam perlawanan akhir bola sepak piala malaysia telah diadakan dengan pasukan kelantan bertemu dengan pasukan ATM.Perlawanan ini sangat penting untuk kedua2 pasukan kerana pasukan kelantan ingin menjuarai kesemua kejuaraan yang diadakan pada tahun ini dan pasukan angkatan tentera ingin menjadi juara baru  piala malaysia kerana pasukan ATM belum pernah menjadi juara..Walau macam mana sekali pun pasukan kelantan telah berjaya menundukan pasuka ATM dengan keputusan 3-2...

 (Iklan dunhill)
Selain distadium perlawanan akhir ini akan disiarkan secara langsung oleh kebanyakan stesen TV terutamanya ASTRO,Dengan menyebut siaran langsung telah mengingatkan aku dimasa2 kecil aku tentang siaran langsung yang disiarkan diTV.Memang terasa sangat takjub dengan teknologi diketika itu,Sangat menjadi perbincangan hangat dikalangan warga tua kerana seperti tak mungkin tempat permainan yang beribu2 batu dapat dilihat dikaca2 TV ditempat yang lain pula...Kelucuan memang terjadi dengan andaian yang dibuat oleh warga2 tua,...


 (Mohammad Ali)
 Siaran langsung yang sangat popular pada tahun2 70an dan tahun2 80an ialah perlawanan tinju yang menampilkan jaguh tinju dunia Mohamad Ali,Diketika itu setiap perlawanan tinju yang membabitkan jaguh tinju Mohamad Ali mesti ada siaran langsung..Selain tinju, siaran langsung yang lain nya ialah perlawanan bola sepak piala dunia yang diadakan 5 tahun sekali

Setiap siaran langsung memerlukan kapada penajaan,Penajaan sangat perlu kapada siaran langsung kerana kos bayaran kapada syarikat penyiaran stesen Tv yang akan dibeli...

 (Iklan rokok Dunhill pada tahun2 80an yang menjadi penaja kapada siaran langsung samaada bolasepak piala dunia atau pun acara2 sukan yang lain seperti tinju,tenis dan beberapa acara sukan yang lain...)
Syarikat penajaan yang popular ialah syarikat rokok seperti dunhill,benson & henges,Rothman,dukes,perillys,craven A dan sebagainya...

 Pada tahun 1982 telah terjadi sesuatu yang pelik dari segi penajaan siaran langsung kerana pada tahun itu tiada syarikat yang sudi menaja siaran langsung untuk pusingan akhir piala dunia,Pada tahun tersebut perlawanan bolasepak piala dunia diadakan di Sepanyol.Pada tahun itu menampilkan Italy membenamkan german barat 3-1 untuk menjuarai piala dunia 1982....Seluruh rakyat malaysia yang meminati bolasepak  menjadi sangat kecewa dengan sikap kerajaan dan syarikat2 besar yang enggan menaja siaran langsung piala dunia tersebut...
(satelit bumi kuantan)
(Satelit Bumi Kuantan terletak dekat Pantai Beserah, Kuantan.Pahang.. Ia dikendalikan oleh Jabatan Telekom, yang telah bertukar nama kepada telekom malaysia Berhad (TM) selepas ia telah diswastakan. Stesen satelit ini siap pada 1970 dengan kos sebanyak 6.6 juta ringgit..Tujuan utama stesen satelit bumi ini ialah meningkatkan hubungan telefon dan siaran televisyen antarabangsa. Televisyen Malaysia yang dimulakan pada 1963 dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia..)


Disatu sudut dibumi malaysia telah tercetus satu idea oleh seorang peminat bola sepak untuk menulis sepucuk surat kapada sebuah akhbar tempatan memberi pendapatnya untuk mencari penaja untuk siaran bola sepak piala dunia disepanyol dan ideanya bukan lah ingin meminta kerajaan atau pun syarikat2 besar menaja siaran langsung tapi beliau meminta seluruh rakyat malaysia yang menaja siaran langsung untuk kali ini. Idea beliau ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakan,Seluruh rakyat telah menderma kapada sebuah tabung yang diujudkan,Hasilnya terkumpul sebanyak 2 juta ringgit tp dengan dua juta memang masih belum cukup untuk menaja kebanyakan perlawanan,dengan tidak disuruh2 telah mendapat simpati dari beberapa syarikat besar untuk mencukupkan jumlah nya iaitu bergabung dengan seluruh rakyat menjadi penderma..Disaat emosi diketika itu kejayaan telah dicapai untuk menaja siaran langsung yang dibawa dari sepanyol...

Sebelum siaran langsung dimulakan siaran TV akan memulakan dengan iklan syarikat penaja,tapi pada kali ini siaran TV telah dimulakan dengan iklan,

>>>>siaran langsung ini ditaja oleh rakyat malaysia<<<<

 Dalam keadaan penuh emosi ketika itu seluruh rakyat malaysia sangat berbangga dengan usaha dan keperihatinan seluruh rakyat sehingga dapat melihat sepak mula piala dunia yang dimulakan dengan Argentina vs Belgium dan Italy menjadi juaranya setelah berjaya mengalahkan Jerman barat dengan keputusan 3-1....


Pada masa sekarang perkembangan teknologi sangat pesat membangun dan siaran langsung  bukan menjadi perkara pelik malah tidak dihiraukan oleh sesetengah orang......

Khamis, 4 Oktober 2012

Tok Tun Indera

Tok tun Indera dikatakan seorang pemerintah ditersat beberapa abad yang lalu iaitu pada tahun 1725,Susur galur tok ton indera berasal dari johor,Kedatangannya keterengganu kerana pelantikan sultan terengganu iaitu sultan Zainal Abidin 1,(Sultan zainal Abidin 1 adalah pengasas kesultanan terengganu,Beginda diputerakan dijohor pada tahun 1702 masihi)

(Makam Tok Tun Indera)

(Gambar makam ni diambil pada 4hb.10 2012,Makam Tok Tun Indera sudah tak dijaga seperti yang sepatutnya)

Tok Tun Indera dikatakan sebagai seorang pahlawan dan pengiring sultan terengganu semasa kedatangan sultan zainal Abidin 1 keterengganu selepas pelantikan nya.Tok Tun Indera dikatakan mempunyai tujuh beradik yang datang bersama rombongan diraja.
1)Tok Tun Segempa Ali
2)Tok Tun Segempa Alam
3)Tok Tun belian mahmud
4)Tok tun Bukit jerat..(tak diketahui nama sebenarnya)
5)Tok Tun Daud..
6)Tok Tun Indera Muda..(Tun Indera)
7)Tok Tun Adinda
(Tersorok dalam semak ini lah terletaknya makam Tok Tun Indera,terletak dikuala kempar,dikampung kuala menjing bersempadan dengan kampung lubuk pait)
  Cerita-cerita dari dari mulut kemulut yang dikutip dari orang2 tua telah menceritakan kedatangan tok tun indera ke-tersat kerana menguruskan masalah yang dihadapi oleh penduduk disekitar kampung2 ditersat,Tok Tun Indera sememangnya utusan sultan Zainal Abidin 1 dan diberikan kepercayaan untuk menguruskan masalah yang dihadapi oleh penduduk.

Salah satu cerita yang sangat popular dimasa tersebut ialah tentang cerita harimau terbang,Harimau terbang dikatakan akan memburu mangsanya pada waktu malam dan memakannya.Akibat dari kepahlawanan Tok Tun Indera maka diutuskan beliau untuk menyelesaikan masalah tersebut..(mungkin harimau terbang yang dimaksudkan itu hanyalah terkaman harimau untuk mendapatkan mangsanya dengan cara melompat melalui rumah2 penduduk dan mungkin juga tempat kejadian ialah dikawasan penanaman padi bukit dan rumah yang dimaksukan ialah dangau2 yang dibina dikawasan penanaman padi)

(Makam Tok Tun Belian Mahmud)
(makam beliau telah mengalami kerosakan akibat sikap penduduk yang tak ambil cakna dan menghargai sejarah tempatan.Terletak dikampung kuala menjing,jalan yang menghala ke kampung kemat)
Dimasa itu kampung2 ditersat mempunyai masalah kepimpinan, kedatangan Tok Tun Indera dapat mengisi kekosongan tersebut,Bertitik tolak dari masalah yang dapat diselesaikan oleh beliau maka ton tun indera telah dilantik menjadi pemimpin dikawasan tersat pada masa itu,(1725).Semua saudara Tok Tun Indera telah menjadi ketua dikampung2 kawasan tersat iaitu kampung pelandan kampung ceting,kampung pasir nyiur,kampung air mer,kampung lubuk pait,kampung mekan/kampung lebat daun dan kampung tepas...


 Kehebatan Tok Tun Indera sangat terserlah semasa menjadi pemerintah tersat tetapi beliau tidak meninggalkan waris kerana beliau tidak pernah berkahwin dan telah meninggal dunia pada masa yang muda.

 Dikatakan kepimpinan Tok Tun Indera dan Tok Tun Belian Mahmud adalah yang paling terserlah jika dibandingkan dengan saudara2 nya yang lain.Makam2 mereka masih lagi ada dikampung kuala menjing,Kuala Berang Hulu Terengganu.Makam2 saudara nya yang lain terletak dikampung ceting dan kampung sekitarnya..


Penemuan makam dan cerita2 disebaliknya:
1)Pada tahun 50an semasa jalan sekayu hendak dibuat telah terjadi kejadian yang pelik disekitar makam,semasa jalan dibina jentera yang digunakan untuk membuat jalan telah gagal dihidupkan,Dengan kejadian tersebut membuatkan pekerja dan penduduk tempatan telah mengsyaki sesuatu yang tak kena sehingga lah terjumpa nya nisan dimakam berkenaan,Jalan telah diubah laluan nya dan kerja2 membina diteruskan dengan tak mempunyai masalah lagii...Dengan sebab2 kejadian itu lah makam  Tok Tun Indera dijumpai...
2)Biasa terjadi kapada penduduk tempatan yang tersesat dikawasan tersebut akan dibawa sesuatu sehingga kemakam berkenaan.
3)Biasa terjumpa dengan individu yang tak dikenali dan apabila diperhatikan individu berkenaan akan pergi kemakam dan ghaib pada pandangan mata.

Sebenarnya banyak kejadian pelik yang terjadi cuma ianya tak menjadi masalah kapada penduduk yang memang tau dengan tempat tersebut
.(CERITA INI TELAH DICERITAKAN OLEH SEORANG PENDUDUK YANG BERUMUR LEBIH DARI 100 TAHUN,CERITA DARI MULUT KEMULUT YANG DITITIP DARI GENARASI KEGENARASI,WALLAHUALAM)



















































Rabu, 19 September 2012

masjid kristal

 (bahagian hadapan)

Baru2 ini aku kemasjid kristal dipulau wan man yakni pusat tamadun islam dikuala terenggganu yang mashyur itu.Tujuan aku kesitu bukan lah untuk lihat masjid yang dibuat dgn kaca tu tapi membawa kawan2 yang tak pernah sampai kekawasan taman tamadun islam dan melihat masjid kristal...

Aku dah kerap benar kepulau wan man ni, cuma gambar yang aku ambik tak menyeluruh seperti aku ambik pada kali ini...Sebenarnya tak ada apa yang aku nak ceritakan tentang masjid kristal kerana telah diceritakan orang dalam pelbagai bentuk sama ada dengan blog,surat kabar dan dimedia massa lain...

Rupa masjid kristal yang aku ambil ni nampak serupa tapi gambar2 yang aku ambil dari sudut yang berlainan...Aku sengaja ambik gambar dan muatkan kedalam blog aku untuk memenuhi ruangan,huhuhu..

Kalau ada fren facebook aku yang nak pergi tenguk masjid ni dan memerlukan juru tunjuk, aku dengan rela merelakan diri menunjukannya tanpa kena bayaran apa2 pun,huhuhu...

Kat bawah ada gambar masjid kristal yang aku ambik dengan pelbagai gaya,Kalau ada yang nak tenguk dipersilakan,kalau tak nak tenguk tak apa,Aku tak kisah,huhuhu...








Khamis, 13 September 2012

ribut didungun

Assalamualaikum...
Pada pukul 4.30  petang tadi 13hb 9 2012 satu kejadian ribut telah berlaku di daerah dungun terengganu,Ribut yang boleh dikatakan sebagai kuat dan telah berlaku beberapa kerosakan kapada rumah penduduk ditempat tersebut,Tempat yg paling kuat melanda ialah disekitar perumahan rakyat di-kampung gong pasir dan beberapa kampung lain yang berdekatan.Sehingga pukul 6.30 petang belum dipastikan tempat2 lain yang terlibat...

Kejadian ribut tersebut terjadi tak sampai 5 minit tetapi dengan angin yang kuat menyebabkan berlaku kerosakan yang agak teruk tak sepadan dengan masa terjadinya ribut...

Beberapa kerosakan telah sempat diambil, kerana kesuntukan masa tiada banyak gambar untuk dimuatkan...

Sabtu, 1 September 2012

bisnes internet

Assalamualaikum,
Baru2 ini aku tertarik dengan iklan tentang bisnis internet yang banyak di iklan kan di-internet,Aku telah diberitahu bahawa bisnis internet telah banyak memakan korban dan penipuan,Walau macam mana sekali pun tak semua bisnis yang melibatkan internet mesti dicampuri dengan penipuan,Ramai individu yang berjaya dalam menjalankan perniagaan yang melibatkan dengan internet..

Aku mendapat tahu bahawa bisnes internet atau membuat duit diinternet  terbahagi kapada tiga:
1)Perniagaan Internet...
2)Program Internet...
3)Pelaburan Internet..

1)Perniagaan Internet
Perniagaan internet berasaskan seperti perniagaan biasa,cuma urusannya mengunakan internet,Tak kira lah perniagaan apa sekali pun samaada menjual peralatan yang paling kecil atau pun peralatan atau benda yang besar2,Mungkin dari menjual pucuk paku atau pun menjual kereta atau punbarang2 jualan yang lain seperti yang ada dipasaran...

2)Program Internet...
Program yang aku faham dari program buat duit diinternet ialah periklanan seperti nuffnang,google adsense dan aku telah join progran ni kerana pembuat blog seperti aku memang mengunakan perkhidmatan tersebut...

3)Pelaburan Internet..
Progran ini lah yang biasa terjadi penipuan dan ramai yang memakan korban,Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buat duit di Internet harap pergi ke-WANGCYBER.COM kerana sumber yang aku tahu tentang buat duit di-internet bersumberkan dari laman ini,huhuhu...

Program buat duit di internet yang telah aku join ialah pada program bernombor 2,Aku seperti terasa atau gatal2 tangan untuk pergi ke iklan yang ada di facebook aku.Aku sebenarnya ingin sangat nak tau apa kah benda nya, kata orang tak cuba maka tak tau lah sampai keakhir,Kalau ada yang terasa nak tenguk website aku cuba lah di-http://slimberryxtreme.com/?referid=marza Aku bukan lah jenis suka mempengaruhi orang supaya menyertai program yang macam ni cuma sekadar nak suka2 je.Tentang pendapatan yang telah aku perolehi ialah heheheheheehhehehe,Rahsia tau,sekian terima kasih

Ahad, 26 Ogos 2012

hari raya



Hari raya datang lagi dan diucapkan selamat hari raya kapada semua..Setelah sebulan berpuasa umat islam diseluruh dunia menyambutnya dengan penuh syukur,Pada tahun ini hari raya telah jatuh pada hari ahad bersamaan dengan 19hb.ogos dan sememangnya bersamaan dengan 1syawal tahun 1433 hijrah kerana pada tahun hijrah raya aidilfitri jatuh nya pada tarikh tersebut,huhuhu...

 
Hari raya telah terasa semenjak dari mula2 berpuasa pada 1 ramadhan,Detik2 nya bermula dari sahur hingga sepenuh harinya dengan mengikut segala kehendak berpuasa dari menahan lapar dahaga,perkara2 yang membatalkan puasa,perkara2 yang sunat sehingga lah kapada berbuka puasa dan dihiasi dengan ibadat malam nya dengan solat tarawih,berkiamulail,bertadarus dan sebagainya,Begitu lah seterusnya selama 29 atau 30 hari..Banyak kelebihan bulan ramadhan yang telah diberitahu sama ada dari hadith rasullallah serta didalam kitab suci sendiri,Salah satunya ialah malam lailatuqadar,Mlam lailatuqadar telah diberitahu mempunyai kelebihan seribu bulan yang bersamaan dengan 83 tahun,Setiap amal yang dibuat akan diberi 10 kali gandaan dari bulan2 yang lain...
Pada 29hb bulan ramadhan penyimpan mohor besar raja2 akan mengumunkan tarikh hari raya akan jatuh pada keesukan  hari nya atau pun puasa akan dilanjutkan untuk sehari lagi bergantung kapada rukyah dan hisab...

Pengisian berhari raya dan berpuasa telah diisi dengan bermacam2 kegiatan kekeluargaan,berkumpulan dan perseorangan.Yang paling ternampak pada keluargaan dan berkumpulan ialah majlis2 berbuka puasa beramai2,berkiamulai,khatam al quran, bersolat tarawih,bertakbir dimalam raya hingga ke waktu asar besuknya,kunjung mengunjung antara jiran dan kenalan..
 


Pada sesetengah pihak tuntutan berpuasa dan berhari raya ialah dengan menahan lapar dan dahaga,penyediakan juadah berbuka,berbaju baru pada hari raya,Pada sesetengah lain pula tuntutan berpuasa dan berhari raya bukan sekadar berlapar dahaga tapi lebih dari itu...


Masa berbuka
Juadah berbuka..
Rumah terbuka
Hari raya dimasa sekarang sudah berubah coraknya dari bermain mercun kapada berinternet..
Duit raya..