Khamis, 29 Disember 2011

Pasir Raja..

Pasir raja ialah nama sebuah kampung yang paling hulu sekali didungun terengganu,Terletak dibahagian paling hulu ditepi sungai dungun,Kampung nya cukup indah dan permai,Kampung pasir raja sangat menepati sebagai sebuah kampung tradisional.Aku dapati kampung ini cukup sunyi jauh dari hiruk pikuk dan bunyi kederaan.Bila dikampung ini aku rasa masa telah berundur kebelakang  selama 20 tahun.Aku rasa kapada mereka2 yang betul2 hendak merasa suasana benar2 kampung,kampung pasir raja lah tempatnya.Kampung nya masih lagi dikelilingi dgn hutan rimba dan aku rasa sangat menakutkan bila waktu malam....
Sebelum jalan tar dibuat, hubungan utama kekampung pasir raja ialah jalan sungai,Diwaktu iitu bot2 sangat memain kan peranan yang penting untuk membawa hasil2 kampung kebandar dan membawa penduduk sendiri kebandar.Pekan atau bandar yang menjadi tempat persinggahan penduduk pasir raja  bila ke bandar ialah pekan kuala jengal,pekan jerangau sungai dan terus kekuala dungun.Masa yang diambil untuk kebandar dungun ialah dua hari pergi dan balik....

Itu cerita 20tahun yang lalu,sekarang ni kampung pasir raja telah pun dihubungi dengan jalan tar yang selesa,dah pun mempunyai kemudahan letrik dan air,Kemudahan asas yang lain ialah rumah tumpangan,balai polis.klinik,masjid dewan orang ramai, tadika,sekolah(murid2 dikampung ni akan belajar sehingga tahun 3,selepas itu murid2 akan bersekolah di pekan kuala jengai sehingga tahun 6 dan sekolah menengah,disitu dilengkapi dengan asrama dan sebagainya,kuala jengai terletak lebih kurang 30km dari kampung pasir raja.) dan balai ketibaan.Balai ni dibina ditepi sungai dungun,sangat selesa kapada pengunjung.
Kemudahan asas yang disediakan.Balai ni dibina ditepi sungai dungun.
Kampung pasir raja terletak 130km dari bandar kuala terengganu,80km dari kuala berang,38km dari bandar Almuktafi Billah Syah dan  90km dari bandar dungun,Untuk merasai atau datang kekampung pasir raja mesti melalui bandar Almuktafi Billah Syah melalui jerangau jabor atau pun lebuh raya pantai timur.

Mungkin sangat payah untuk kita menemui kampung macam ini lagi diterengganu,mempunyai kawasan pendalaman  dan tidak ada hiruk pikuk,kadaan sangat sunyi,Kampung seangkatan dengan kampung pasir raja ialah kampung syukur,terletak 2km kehilir dari kampung pasir raja.Kapada yang telah biasa dibandar mesti mencuba suasana kampung yang benar2 kampung,Dapat beramah tamah dengan penduduk nya dan merasa gerak nadinya,sekian
Balai p0lis
Homestay

Tiada ulasan:

Catat Ulasan